Google+ Followers

Wednesday, July 28, 2010

Siri BerCaKap DenGan Family MisKin...huhuhu

Siri Bersahabat Dengan Jin Keluarga Miskin



Satu Hari Aku Beritahu Isteriku Nak Ziarah Orang Miskin Supaya Dapat Sikit Menghirup Aura Kemiskinan Dengan Lebih Jelas Dan Terkesan. Macam Mana Kesusahan Sahabat Nabi Saw Dan Nabi Sendiri Yang Hidup Dlm Kemiskinan. Supaya Dapat Diamalkan Ilmu Dalam Fadhilat Sedekah Tu..


Supaya Lebih Dapat Mensyukuri Nikmat Tuhan Pada Aku Dan Keluarga Aku Sendiri...Supaya Bila Time Susah Skit Atau Makan Tak Sedap Skit Aku Dan Anak2 Aku Lebih Bersabar...


Supaya Isteriku Menjadi Tumpul Nafsunya Dengan Kehendak Dunia Materialistik (Contohnya Nak Buat Facial Ker, Nak Buat Rebonding Ker, Nak Vacation Mana2 Ker....Huhuhu) Sedangkan Ade Perut Yang Kelaparan Yang Mana Duit Facial Tu Bole Beli Beras Sekampit.....


Kali Nie Aku Memilih Satu Keluarga (Karkun) Yang Mempunyai 8 + 1 Anak Yang Baru Pindah Ke Kampung Aku. Memang Aku Tau Keluarga Nie Ade Masalah Keperluan...Lektrik Umah Pun Dah Kena Potong. 6 Dari Anak Anaknya Tak Sekolah Kerna Masalah Keperluan. Yang Sulung Dulu Sekolah Hafiz Hingga 5 Juzuk, Adiknya Pompuan Pun Dah Sampai 4 Juzuk Setengah Terpaksa Ditangguhkan Dulu Pengajian Kerna Masalah Keperluan.


Jadik Petang Lepas Asar Selasa 14/07/2010 Aku Singgah Ke Kedai Runcit Untuk Beli Roti Dan Lain2 Barang Makanan Nak Bawak Ke Umah Keluarga Tu.


Masa Tu Anak Laki Ku Minta Aku Belikan Air..., “Ish Tak Abis2 Air.” Jawab Aku Tak Endahkan Permintaan Dia. Sampai Umah Isteri Ku Tanya Nape Tak Belikan Air Untuk Dia? Jawab Aku Biar La Dia Tak Dapat Sume Apa Yang Dia Mau.... “Tapi Abang..., Dia Pose Ari Nie, Ikram La Skit,” Bising Isteriku. Glurrp..Pose Rupanya...Rasa Sesal Lak Aku, Tapi Tak Sangka Lak Dia Pose Sebab Isnin Dah Pose, Biasa Isnin Khamis Jer Dia Buat Walau Umur Baru 9 Tahun, Kesian Lak Huhuhu.


Sampai Umah Keluarga Tu Dekat2 Nak Maghrib, Lepas Antar Ahliah Terus Aku Gi Masjid. Lepas Isyak Baru Aku Gi Ambik Ahlia. Berikut Ialah Sessi Karkuzari (Laporan) Dari Ahlia( Isteri) Aku Dari Melangkah Kuar Halaman Rumah Keluarga Tersebut.


AMARAN DARIPADA PENULIS UNSUR UNSUR SERAM DAN MENYAYAT HATI DIMASUKKAN.....


Hujan Renyai Renyai Lesu Menyiram Bumi...Kelam Kabut Aku Mengembangkan Payung Sambil Mengontrol Lubang Hidung Supaya Tidak Kembang Bersama. Ahliaku Yang Mengendung Baby Terus Mencapai Payung Menyusun Langkah Ke Kereta Yang Di Letak Di Sebelah Taman2 Syurga (Kubur). Deras Langkahnya Kali Nie Sederas Air Hujan Yang Semakin Lebat Mencurah Ke Bumi.


Aku Ditinggalkannya Bersama Sama 3 Lagi Anak Kami Yang Sudah Pandai Berjalan Sendiri. Memang Rumah Keluarga Tu Bersebelahan Kubur. Sayup Sayup Di Telinga Ahliaku Nipis Suaraku Mengingatkan Batu Nesan Berhampiran Kereta Huhuhu....Bole Tahan Jugak Jarak Rumah Keluarga Tu Ke Kereta, Mungkin Dalam Seperlaung Suara Rasanya.


Tiba Tiba Aku Nampak Sesuatu Yang Sangat Besar Tegak Berdiri Di Sebelah Pintu Penumpang Keretaku. Berbulu Bulu...Besarnya Mungkin Dalam Dua Pemeluk Dewasa.., Badannya Berketak Ketak..., Berduri Duri Sambil Melambai Lambai Mengikut Tiupan Angin Sejuk Malam Itu...


Yang Nampak Aku Sorang Saja Sebab Ahlia Dan Anak Anak Aku Berjalan Pandang Bawah. Eemmm Bila Semua Anak Beranak Dan Ahlia Aku Dalam Kereta, Aku Suruh Ahlia Pandang Sebelah Dia..., “Tanak!!!” Kata Dia... Aku Kata Tadak Apa Apa.... Allah Maha Kuasa Mahkluk Sume Tiada Kuasa.


Kali Nie Baru Ahlia Aku Beroleh Kekuatan Memandang Sebelah Dia....Ceh!!! Pokok Kelapa Bali (Sawit) Rupanya.....Kuikuikui.....


“Macam Mana Keadaan Keluarga Tu?” Tanya Aku Pada Ahlia Sebaik Tiba Di Umah.


“ Emmm Kesian Sangat La Abang...., Apa Yang Kita Bawa Itu La Yang Mereka Jamu Balik....Memang Umah Depa Tadak Apa Apa...Huhuhu, Yang Buat Terharu Lagi Tu Mereka Sekeluarga Tidak Tunjukkan Kesusahan Mereka Sehinggakan Anaknya Yang Paling Kecik Umur Dalam 3 Tahun Lebih Pun Tahu Ikram. Dia Kata Makan La Makcik Roti Tu...., Jangan Segan Segan Walhal Dia Pun Lapar Jugak.” Citer Ahliaku Sedih.


Masa Minum Air Ingatkan Nescafe Rupanya Kopi..... Cair Sangat Mungkin Dah Abis Kopi Kat Umah Depa, Huhuhu.... Lepas Maghrib Tuan Umah Dah Gelisah Sebab Tak Tahu Nak Jamu Apa Kot. Nasi Mungkin Tak Cukup Atau Segan Nak Jamu Tetamu Lauk Yang Selalu Mereka Makan Pada Tetamu. Ahlia Aku Tanya Masak Apa Ari Nie, Anak Pompuan Dia Segan2 Nak Jawab, “Jawab La Makcik Tanya Tu...” Tenang Ibu Dia Bersuara. “Masak Nasi Lauk Kangkung Makcik,” Jawab Anak Pompuan Dia. Glurrpp... Tersentuh Hati Ahlia Aku Mendengarnya.


Ibu Dia Sekarang Tengah Mabuk Mengandung Jadik Tak Berupaya Nak Buat Kerja2 Dapur. Harap Pada Anak Pompuan Dia Yang 14 Tahun Tu Yang Uruskan Dan Dibantu Adik Lelaki 10 Tahun Di Dapur.


Masa Ahlia Aku Tengah Perangat Ayam Masak Kicap Kat Dapur, Aku Pi Cakap Kat Dia, “Agak Agak Keluarga Tu Bila Last Agaknya Makan Sedap Camni?” Ahlia Aku Menjawab Dengan Hamburan Air Mata Huhuhu.....






*2 Hari Selepas Itu Kami Pergi Bertandang Lagi Dengan Membawa Gulai Ayam Dan Bubur Durian.... Kata Ahlia Ku, Anak2 Mereka Makan Tak Bercakap Langsung ( Seolah Olah Begitu Lama Tak Makan Sedap Macam Tu Huhuhu)


Dari Abu Hurairah Ra Meriwayatkan, “ Seseorang Mengadu Pada Rasulullah Saw Tentang Hatinya Yang Keras. Maka Rasulullah Saw Bersabda, ‘Usaplah Kepala Anak Yatim ( Dengan Kasih Sayang ) Dan Berilah Makan Pada Orang Miskin.’ ” (Hr. Ahmad, Dan Perawinya Shahih- Majma’uz Zawaa’id Viii/293 )


















3 comments:

z@i said...

erk! nape last skali ader gambr org pijak anak tu?

salam..
masyallah... begitu skali mak ayah die ajar anak2.. kita skarg nie makan dah belambak-lambak dalam peti g beli lagi.tu pon komen xsedap la.. nak tu nak ni... huhu...

sedey dgr cter diorg.. klu pergi lagi kmslm sy kt keluarga tu..moga Allah balas dgn mahligai d syurga nnti. insyaallah

Naqhuhines said...

apa cite orang pijak budak tu? minta penjelasan sket. terima kasih.

Zaujah Shamsul Baharin said...

Salam
Tak sedar ada air mengalir di birai mata..... ALLAH.... Bersyukurnya aku kerna punya keperluan yg cukup..... Bagusnya mereka....

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH