Friday, May 27, 2011

Kisah Keluarga Maulana Ilyas Rah


Seputar Kisah Keluarga Maulana Ilyas Rah. (siri 1)

Kisah Hidup Mak Dan Ayah Maulana Ilyas Rahmatullahalaih. (Org Yg Menghidupkan Semula Usaha Dakwah Nabi Saw Akhir Zaman)

Maulana Ismail Nama Bagi Ayah Maulana Ilyas. Setelah Kematian Isterinya Yg Pertama, Maulana Ismail Telah Berkawen Semula Dengan Isteri Daripada Keluarga Mufti Ilahi Bakhshi Kandhlawi. Seorang Alim Besar. Mufti Ilahi Bakhsh Merupakan Pelajar Pintar Kepada Shah Abdul Aziz. Beliau Telah Meninggalkan 40 Buah Kitab2 Dalam Bahasa Arab Dan Parsi. Yang Paling Masyhur Ialah “Syiyamul Habib” Dan “Mathnawi Maulana Rum Ka Takmila”

Maulana Muhammad Ismail Adalah Seorang Pengajar Kepada Anak2 Mirza Ilahi Bakhsh Yang Bersaudara Dengan Bahadur Shah Zafar, Maharaja Maghul Yang Terakhir. Berhampiran Tempat Tinggalnya Itu Terletak Sebuah Masjid Kecil Yang Mempunyai Tempat Berteduh Diperbuat Daripada Tin Berhadapan Dengan Kamar Tetamu Mirza Ilahi. Sempena Dengan Itulah Masjid Itu Dikenali Sebagai Masjid Bangle Wali (Masjid Yang Mempunyai Teduhan).

Maulana Ismail Menjalani Kehidupannya Tanpa Dikenali Kedudukannya Sehinggakan Mirza Ilahi Bakhsh Tidak Menyedari Tentang Tarafnya Yang Tinggi. Beliau Hanyalah Menyedarinya Apabila Beliau Sendiri Mengalami Suatu Pengalaman Tentang Makbulnya Doa Maulana.

Solah, Zikir Dan Berkhidmat Kepada Musafir Dan Mengajar Quran Serta Menerangkan Tentang Keimanan Adalah Merupakan Pekerjaannya Yang Utama Dalam Hidupnya. Maulana Menurunkan Beban2 Yang Berat Daripada Junjungan Buruh Yang Dahaga Dan Mengambil Air Dari Perigi Untuk Memberi Mereka Minum. Kemudian Dia Akan Bersolat 2 Rakaat Tanda Bersyukur Kerna Allah Memberi Peluang Kepadanya Untuk Berkhidmat Kepada Hamba Hambanya Walaupun Dia Tidak Layak Uuntuk Itu. Beliau Mencapai Darjah Ehsan Dalam Ibadatnya ( Beribadat Seolah Olah Melihat Allah Dan Yakin Allah Melihat )

Suatu Ketika Beliau Meminta Maulana Rasheed Ahmad Gangohi Mengajarnya Tentang Suluk ( Suatu Jalan Kerohanian Dalam Istilah Kesufian ), Maulana Rasheed Ahmad Gangohi Mengulas, “ Kamu Tidak Memerlukannya. Kamu Telah Mencapai Matlamat Yang Sepatutnya Dicapai Melalui Jalan Ini. Ini Adalah Seumpama Seorang Yang  Telah Membaca Quran Berkata Dia Perlu Membaca Buku Asas Bahasa Arab Kerana Dia Belum Bermula Daripada Situ.”

Hubungan Dengan Mewat Juga Telah Terjalin Pada Masanya. Pada Satu Ketika Beliau Telah Keluar Untuk Mencari Seorang Islam Yang Dapat Diajak Ke Masjid Untuk Solah Berjemaah Dengannya. Apabila Bertemu Dengan Buruh Buruh Islam Beliau Bertanya Kamu Hendak Ke Mana? “Kami Hendak Mencari Kerja” Jawab Mereka. Maulana Bertanya, “Berapa Banyak Yang Kamu Jangka Boleh Didapati Dari Pekerjaan Itu”. Maka Buruh2  Itu Pun Memberitahu Pendapatan Harian Yang Mereka Biasa Perolehi. “Jika Kamu Boleh Mendapat  Sebanyak Itu Di Sini Mengapa Bersusah Payah Mencari Di Tempat Lain?” Mereka Pun Bersetuju Dan Maulana Pun Membawa Mereka Ke Masjid Dan Mulalah Mengajar Mereka Mengenai Solah Dan Quran.

Mereka Ini Dibayar Gaji Setiap Hari. Begini Lah Bermulanya Madrasah Di Masjid Bangle Wali Dan Buruh2 Nie La Merupakan Pelajar Yang Awal.


Maulana Muhammad Ismail Meninggal Dunia Pada 26hb Februari, 1898 Di Masjid Khajur Wali (Masjid Pokok Tamar) Di Tiraha Bahram Dalam Bandar Delhi. Begitu Ramai Yg Datang Ziarah Sehinggakan Buluh2 Diikat Sebelah Menyebelah Keranda Untuk Orang Ramai Sama2 Memikulnya.

Disebabkan Orang Terlalu Ramai, Maka Solah Jenazah Terpaksa Dilakukan Beberapa Kali Dan Pengkebumian Terlewat. Pada Masa Itulah Seorang Yang Mulia Dan Seorang Yang Lain Yang Dapat Dikenal Ketinggian Kerohaniannya Telah Nampak Secara Kasyaf Bahawa Maulana Muhammad Ismail Telah Berkata, Segerakanlah Pengkebumianku, Aku Sangat Malu, Rasul Saw Sedang Menungguku”.



3 comments:

Ziarah76 said...

masya-Allah

IBNU ARAHMAN said...

salam
tuan yg mulia, crita tu mcam tak habis je..
smbung lah lg blum msuk crita m.ilys lagi ni...

AkuHuduh said...

yor la baru siri satu 1... siri seterusnya bila allah beri taufik huhuhu...doa karo..

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH