قُلْ إِنَّ الْمَوْتَ الَّذِى تَفِرُّونَ مِنْهُ فَإِنَّهُ مُلَـقِيكُمْ ثُمَّ تُرَدُّونَ إِلَى عَالِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَـدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sebenarnya maut Yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang mengetahui Segala Yang ghaib dan Yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa Yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)".
ULAMAK MENULIS BAHAWA DARI SUDUT PERANGAI BERHUBUNG DENGAN MATI, MANUSIA TERBAHAGI KEPADA 4 GOLONGAN:
PERTAMA, MEREKA YANG SIBUK DENGAN DUNIA. PERBINCANGAN MENGENAI MATI PUN MEREKA TAK SUKA KERANA BIMBANG KELAZATAN DUNIA HILANG. ORANG YANG SEDEMIKIAN SEKALI SEKALA AJE INGAT MATI. JIKA TERKADANG KADANG INGAT PUN, MAKA MEREKA MENGINGATINYA DENGAN KEBURUKANNYA, SEBAB MATI ITU AKAN MENYEBABKAN MEREKA KEHILANGAN DUNIA DAN KELAZATANNYA; PERASAAN ITU MENYEBABKAN MEREKA MENYESAL DAN BERDUKACITA.
KEDUA,ORANG YANG HENDAK MENUJU KEPADA ALLAH TETAPI MASIH DALAM KEADAAN PERMULAANNYA. DENGAN MENDENGAR TENTANG MATI, DIA TAKUT JUGA PADA ALLAH DAN BERTAUBAT JUGA BERSUNGGUH SUNGGUH. ORANG YG SEDEMIKIAN TAKUT JUGA MATI TETAPI BUKAN DGNNYA AKAN KEHILANGAN DUNIA TETAPI TAUBATNYA BELUM SEMPURNA. DIA PUN TIDAK SANGGUP MATI PADA MASA INI SEBAB HENDAK ISLAH DIRINYA TERLEBIH DAHULU DAN SEDANG DLM FIKIR, RISAU, RUNSING MENGENAI ISLAH DIRINYA ITU.
ORANG BEGINI TIDAK BOLE DIPERSALAHKAN KERANA TIDAK SUKA PADA MATI SEBAB DIA TERPAKSA BERBUAT DEMIKIAN.DIA TIDAK TERMASUK MEREKA YANG TIDAK SUKA MENEMUI ALLAH BERDASARKAN SABDAAN BAGINDA RASULULLAH صلى الله عليه و سلم BAHAWA SESIAPA YANG TIDAK SUKA MENEMUI ALLAH, MAKA ALLAH JUGAK TIDAK SUKA MENEMUINYA. SEBAB DIA BUKAN TIDAK SUKA MENEMUINYA TETAPI TAKUT KERNA KEKURANGAN DAN KELEMAHAN DIRI SENDIRI. UMPAMA ORANG YANG SEDEMIMKIAN ADALAH SPT ORANG YG BUAT PERSIAPAN SEBELUM MENEMUI KEKASIH AGAR KEKASIHYA GEMBIRA.
AKAN TETAPI, MUSTAHAK BAGINYA UNTUK SENTIASA SIBUK DALAM PERSIAPAN ITU. DIA TIDAK SEPATUTNYA TERLIBAT DALAM KESIBUKAN YANG SELAIN DARI ITU. JIKA TIDAK, MAKA DIA PUN SAMA JUGAK SERUPA NGAN GOLONGAN YG PERTAMA TADI. DIA JUGAK TENGGELAM DALAM DUNIA.
KETIGA, ORANG YG WARAK YG MENGENALI TUHANNYA. TAUBATNYA SUDAH MENJADI SEMPURNA. MATI ADALAH YANG DIMINATI MEREKA DAN SENTIASA BERCITA CITA MENEMUINYA. SEBAB, TIADA KETIKA YANG LEBIH BAIK SEORANG YG MENYINTAI DRPD MENEMUI YANG DICINTAINYA. WAKTU MATI ADALAH WAKTU PERTEMUAN. PENCINTA YG HAKIKI TIDAK SESEKALI LALAI DARI PERTEMUAN DGN YANG DICINTAINYA. INILAH ORANG2 YANG BERCITA CITA AGAR KEMATIAN ITU TERCEPAT. MEREKA SENTIASA MENUNGGU MATI SEOLAH OLAH TIDAK DAPAT BERSABAR LAGI. SEBAB MEREKA NAK MELEPASKAN DIRI DARI DUNIA YANG MERUPAKAN TEMPAT MAKSIAT.
SATU RIWAYAT MENYATAKAN APABILA HADRAT HUZAIFAH ر صي الله عنه HAMPIR2 MENINGGAL DUNIA BELIAU BERKATA, "AKHIRNYA KEKASIH (MATI) YANG DINANTI NANTI ITU TIBA PADA KETIKA AKU SANGAT BERHAJAT PADANYA. SESIAPA YANG MENYESAL DIA TIDAK BERJAYA. YA ALLAH! ENGKAULAH YG MAHA MENGETAHUI BAHAWA AKUTELAH SENTIASA LEBIH SUKA KEADAAN MISKIN DRPD KAYA. AKU TELAH LEBIH SUKA KEADAAN SAKIT DRPD SIHAT DAN AKU LEBIH SUKA MATI DARI HIDUP. KURNIAKAN LAH AKU DGN LEKAS2 MEMBERI MATI SUPAYA AKU DAPAT MENEMUI ENGKAU!"
KEEMPAT, MERUPAKAN DARJAT YG PALING TINGGI ADALAH MEREKA YG TIADA APA2 KEINGINAN SAMA SEKALI MELAINKAN KEREDHAAN ALLAH S.W.T. MEREKA TIADA CITA2 UNTUK MATI MAUPUN HIDUP. DALAM KEADAAN CINTA YG MEMUNCAK TERHADAP ALLAHتعل لى MEREKA TELAH SAMPAI KEPADA DARJAT RIDHA رضا(PENERIMAAN TANPA PERSOALAN) DAN TASLEEMتسليم (PENYERAHAN DIRI SEMPURNA).
2 comments:
assalammualaikum...
minx inzin copy ye
Benar....Memang kita sering terlupa...Ya Tuhan...Jadikanlah Aku Golongan Yang SEDIKIT.....
Post a Comment