Showing posts with label PoMpuaN TuLung Jgn BaCe. Show all posts
Showing posts with label PoMpuaN TuLung Jgn BaCe. Show all posts

Thursday, September 5, 2013

MINTA JANGAN BACA NANTI SAKIT JIWA!!!


PESANAN MASTURAT
MENUNTUT ILMU YAKNI ILMU YANG KAMU SANGKA ILMU SEPERTI MANA YAHUDI NASRANI MAU KAMU SANGKA BEGITU!!!
SATU PAHALA RIBU RIBU DOSA!!!
1.      Pompuan Menuntut Ilmu Dan Kuar Umah Sorang2 Taklah  Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Tuntut Ilmu.
2.      Pompuan Menuntut Ilmu Duk Dlm Kelas Campur Aduk Laki Pompuan Taklah Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Tuntut Ilmu.
3.      Pompuan Menuntut Ilmu Pakai Baju Warna Putih Hingga Nampak Warna Kulit Taklah Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Tuntut Ilmu.
4.      Pompuan Menuntut Ilmu Sampai Solah Lengah  Taklah Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Tuntut Ilmu.
5.      Pompuan Menuntut Ilmu Sampai Mai Period Tak Sempat Solah Taklah Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Tuntut Ilmu.
6.      Pompuan Menuntut Ilmu Sampai Terpaksa Main Alat Muzik Taklah Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Tuntut Ilmu.
7.      Pompuan Menuntut Ilmu Sambil Buat Assingment Dengan Budak Lelaki Taklah Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Tuntut Ilmu.
8.      Pompuan Menuntut Ilmu Sambil Nampak Lengan Tangan Taklah Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Tuntut Ilmu.
9.      Pompuan Menuntut Ilmu Sampai Tinggal Suami Kat Umah Taklah Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Tuntut Ilmu.
10.  Pompuan Menuntut Ilmu Sambil Pakai Baju Tabarujj Berwarna Warni Taklah Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Tuntut Ilmu.
11.  Pompuan Menuntut Ilmu Sampai Kaum Lelaki Memandang Dgn Syahwat Taklah Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Tuntut Ilmu.
12.  Pompuan Menuntut Ilmu Kuar Umah Sambil Pakai Minyak Wangi Taklah Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Tuntut Ilmu.
13.  Pompuan Menuntut Ilmu Sambil Bersembang Dengan Pelajar Lelaki Taklah Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Tuntut Ilmu.

TAMBAHAN
*Pompuan Keluar Umah Bekerja Tinggal Suami Hingga Suami Naik Syahwat Balik Umah Syok Sorang2 Taklah Berdosa Sangat Kalu  Dibanding Dosa Tak Kuar Umah Tuk Bekerja
*Pompuan Keluar Umah Pi Kerja Sampai Tinggal Kerja Didik Anak2 Kat Bibi Atau Sub Kat Pusat Asuhan Anak2 Taklah Berdosa Sangat Kalu Dibanding Dosa Tak Umar Tuk Bekerja
NOTA TAMBAHAN
POMPUAN HANYA WAJIB KUAR RUMAH HANYA JIKA TIDAK KELUAR UMAH MUDHARAT BAGI DIRINYA ATAU TERHALANG DARI MENGERJAKAN YANG FARDHU
Beberapa Definasi Ilmu Mengikut Ulamak Muktabar
“Ilmu Ialah Mengetahui Sesuatu Amal Yang Allah Paling Suka Kita Amal  Pada Sesuatu Saat Dan Ketika Dan Diamalkan Mengikut  Cara Yang Ditunjukkan Oleh Rasul Saw”
            “Ilmu Ialah Perkara Yang Dapat Menolong Kita Di Alam Selepas Kematian”
            “Haram Menuntut Ilmu Fardhu Kifayah Selagi Belum Habis Belajar Ilmu Fardhu Ain”
            *Ilmu Fardhu Kifayah Bukan Sains Matematik Tapi Ilmu Tafsir Quran Dan Hadis.
Contoh : Saufi Berumur 15 Tahun Pergi Sekolah Belajar Bahasa Inggeris. Saufi Masih Tidak Dapat Membaca Fatihah Dgn Betul. Jadik Haram Belajar Bahasa Inggeris Kena Belajar Fatihah Dulu.
Amirah Belajar Ukur Bahan Di Sebuah Universiti Tempatan.  Period Amirah Tidak Menentu Tetapi Amirah Masih Tidak Tahu Ttg Hukum Darah Jika Keluar Period Tidak Mengikut Adat. Nanti Solah Puasa Tak Sah. Maka Haram Belajar Ilmu Ukurbahan Kena Belajar Ilmu Period Dulu.

*LELAKI, AYAH ATAU SUAMI YG RELA ISTERI ATAU ANAK POMPUAN KUAR UMAH TANPA DARURAT ADALAH LELAKI YG MEMPUNYAI UNSUR2 DAYUS DAN TIDAK CEMBURU BAHKAN MEMENTINGKAN KEHIDUPAN DUNIA

KU SAMPAIKAN WALAU AYAH

Wednesday, August 28, 2013

Handphone Lagi Besar Daripada Suami???


Wahai Kaum Isteri Bagaimanakah Keadaan Kamu Ketika Suami Memanggil?

 Adakah Kamu Berlari Lari Datang Kepada Suami Seperti Mana Kamu Berlari Lari Datang Kepada Handset Yang Berbunyi???

Adakah Kamu Teruja Menyambut Panggilan Suami Seperti Mana Kamu Teruja Menyambut Panggilan Handphone???

Adakah Kamu Wahai Isteri Akan Bangun Daripada Tidur Tanpa Keluh Kesah Menyahut Panggilan Suami Seperti Mana Tiada Keluh Kesahnya Kamu Menyambut Panggilan Handphone???

Adakah Kamu Wahai Isteri Bangun Pantas Sepantas Bangunnya Kamu Mendengar Panggilan Handphone Kamu???


Mari Aku Ceritakan Pada Kamu Wahai Para Isteri Tentang Kisah Khadijah Rha.

Satu Hari Ketika Beliau Gering Yang Amat Sangat Yang Membawa Kepada Wafatnya Beliau Terdengar Taut Langkah Nabi Saw Pulang Ke Rumah. Sudah Semestinya Sebagai Seorang Isteri Yang Solehah, Pasti Mengenali Apa2 Tanda Kehadiran Suami. Hingga Taut Langkah Suaminya Sendiri Dapat Dibezakan Dengan Taut Langkah Orang Lain. Dengan Susah Payah Siti Khadijah Rha Berusaha Bangun Dalam Kesakitan Dan Kesusahan Yang Amat Sangat Untuk Menyambut Suaminya Yang Tercinta Rasul Saw.

 Maka Ketika Itu Anak Yang Dikasehi Iaitu Fatimah Az Zahra Telah Menegur Umminya : “Wahai Ummi, Kenapa Bersusah Payah Begini... Bukankah Ummi Sedang Gering?”

Jawab Khadijah Rha : “BENAR..,TAPI AKU TIDAK MAHU DALAM SEJARAH ISLAM ADA SEORANG ISTERI YANG BERBARING KETIKA SUAMINYA PULANG KE RUMAH.”


*Akhir Zaman Suami Balik Terpaksa Bukak Sendiri Pintu Umah Sedangkan Isteri Menonton Tv. Selamba Jer Tgok Tv Sebab Dia Fikir Suami Dah Ada Kunci So Buat Apa Nak Susah2 Sambut.

* Sudah Menjadi Lumrah Menyuruh Anak2 Plak Sambut Bapak Balik. Bapak Tanya: “Mak Mana?” Jawab Anak: “ Mak Tidor...”  Ish Sihat Walafiat Bukan Sakit Nak Mati, Tapi Suami Balik Bole Relax Jer. Sebenarnya Para Isteri Tidak Bole Bagi Alasan. Dah Bertaun Kawen Takkan Tak Bole ‘Budget’ Masa Suami Pulang. Time Tu Jangan Ler Baru Nak Mandi Dan Sebagainya. Kena Wujudkan Perasaaan Teruja Seperti Mana Time Kita Kecik2 Dulu Teruja Bila Ayah Kita Balik Atau Atok Opah Datang Umah. Melonjak Lonjak Kat Pintu Tak Sabar Nak Jumpa.

bukan ler nak suruh tahap camni khidmat...


Ku Sampaikan Wala Ayah

Tuesday, August 27, 2013

Sape Kata Pompuan Jahat Untuk Laki Yg Jahat!!! (Siri 2)


Maka Berkata Perempuan Itu Baginya : “Ehh Awat Hang Jadi Lagu Nie!!!? Maka Berkata Lelaki Itu : “ Ish Aku Takut Akan Allah Tuhanku. Minta Maaf La, Aku Nak Kuar Dari Sini, Duit  Tadi Walaupun Aku Tak Guna Service Hang, Tapi Kira Halal La.

Kata Pompuan Pelacur Tu : “ Aku Tgok Hang Macam Tak Biasa Jer Buat Projek Camni.” Maka Berkata Abid Tersebut : “ Memang Aku Tak Pernah Pun!!!”

Maka Berkata Pompuan Tersebut : “Hang Mai Mana, Apa Nama Hang?” Maka Si Abid Tu Pun Bagi Ler Alamat Dia Duduk Di Sekian2 Kampung, Sekian2 Lorong, Sekian2 Umah. Maka Keluarlah Si Abid Sambil Menangis Tersedu Sedan.

Maka Jatuh Kesedaran Pada Hati Perempuan Tersebut Dengan Berkat Abid Tersebut. Berkata Dia Pada Dirinya : “ Si Lelaki Tu Baru First Time Berbuat Dosa, Tapi Punya La Takut Dengan Allah Swt Sampai Terketaq Ketaq. Aku Plak Buat Dosa Acap Kali Non Stop Punya. Dan Tuhan Yg Sangat Ditakuti Lelaki Itu, Yakni Tuhan Ku Jugak!!! Sepatutnya Aku Terlebih Patut Takut Kepada Kepada Tuhan Daripada Ketakutan Dia!!!”

Maka Taubat Lah Pompuan Tersebut Kepada Allah Swt. Ditutuplah Rumah Tempat Dia Melacur Tersebut. Maka Hiduplah Dia Dengan Zuhud Sekali Memakai Pakaian Yg Buruk2 Serta Menumpu Dia Pada Ibadah.

Masya Allah! Maka Berkata Ia Pada Dirinya : “Mudah Mudahan Nanti Aku Dapat Berjumpa Lelaki Tersebut. Moga2 Dia Mau Berkawen Dengan Aku Supaya Dapat Aku Belajar Agama Dengan Dia Dan Dapat Membimbing Aku Menghampiri Allah Swt.”

Maka Pompuan Tersebut Memulakan Perjalanan Sambil Membawa Sedikit Harta Dan Ditemani Khadam. Menuju Dia Kepada Kampong Lelaki Tersebut.

Maka Orang Kampong Pun Bagi Tau La Kat Si Abid Tu : “Ada Pompuan Cari Hang.” Maka Keluar Si Abid Tu Berjumpa Pompuan Tersebut. Maka Bila Pompuan Tu Tgok Jer Si Abid Tu, Lantas Dibuka Purdahnya Supaya Kenai Si Abid Tu Kepadanya.
Bila Saja Si Abid Tu Terlihat Wajah Pompuan Tersebut, Maka Kenai Lah Dia Akan Pompuan Tersebut Langsung Teringat Kisah Dulu Ketika Dia Mau Meromen Pompuan Tersebut. Menjerit La Si Abid Tadi Dengan Satu Jeritan Yang Amat Kuat Kerna Ketakutan Mengingat Akan Dosanya. Akhirnya Si Abid Tersebut Meninggal Dunia Di Situ Juga Kerna Amat Takut Akan Dosanya.

Maka Sedihlah Pompuan Tersebut Amat Sangat Sambil Berkata Pada Dirinya : “Aku Datang Kerna Dia, Dan Sungguhnya Mati Ia. “ Bertanya Pompuan Tersebut Pada Orang Kampong Kot2 Ada Saudara Mara Si Abid Tersebut Yang Lelaki Dan Mau Berkawen?” Owh Ada Sorang Saudara Si Abid Yang Soleh Tetapi Miskin Kendana Tiada Berharta.” Takpe2...Aku Tak Kisah Bab Harta2 Nih. Harta Yang Ada Bagiku Cukup Untuk Kami Berdua.
Maka Berkawen La Perempuan Tadi Dgn Saudara Si Abid Tadi. Dapat Anak Tujuh Orang. Semuanya Menjadi Nabi Pada Kaum Bani Israel.

Jadi Pompuan Jahat Jika Berubah Niat Nak Jadik Baik Maka Akan Dijodohkan Jugak Dgn Lelaki Soleh. Bahkan Zuriat Mereka Jugak Menjadi Keturunan Yg Soleh.

So Sape Kata Pompuan Jahat Untuk Laki Yg Jahat!!!

Friday, August 23, 2013

Sape Kata Pompuan Jahat Untuk Laki Yg Jahat!!!


Ini Statement  Yg Bole Memutuskan Harapan Untuk Mereka2 Yg Mau Berlari Ke  Arah Kebaikan. 

Sebenarnya Pompuan Yg Jahat Mmg Dipasangkan Dgn Lelaki Atau Suami Yg Jahat Atau Buruk Perangai Atau Kaki Dose, Tapi Hanya Jika Si Pompuan Tersebut Masih Nak ‘Stay’ Atau Tak Nak Berubah Menjadi Solehah Atau Berubah Menjadi Baik.


Ok, Pendek Citer Daku Persembahkan Sebuah Kisah Yg Dinukilkan Dari Sebuah Kitab Untuk Tatapan Umum. Moga Menjadi Pedoman, Semangat Serta Menghidupkan Harapan Hati Yg Kelam....

Hikayat

Pada Zaman Dahalu Kala Yakni Di Zaman Bani Israel  Adalah Sorang Pompuan Zaniyyah (Pelacur) Tukang  Penyanyi Yang Memfitnahkan Orang Dengan Cantik Rupawannya Wajahnya. Cun Melecun Abes. Tgok Sekali Mmg Nak Tgok Lagi Berkali Kali. Pintu Umahnya Selalu Jer Terbuka Tapi Bukan Ler Dia Buat Rumah Terbuka Atau ‘Open House’ Dlm Bahasa Kini.

Saja Pulak Dia ‘Setting’ Katilnya Bertepatan Dengan Pintu Rumahnya. Bila Orang Tgok Jer Arah Pintu Umahnya Yg Sengaja Dibiarkan Terbuka Langsung Nampak Keadaan Dirinya Atas Katil Dengan Posisi Yg Menghairahkan. Sehingga Dikatakan Tiada Sorang Pun Yg Tgok Akan Terlepas Dari Godaan Wajahnya Yg Cantik Rupawan Tu.

Dan Tiada Dizinkan Masuk Kepadanya Melainkan Ada Hadir 10 Dinar Atau Lebih. Mau Kalu Mesti Baying. Takde Menda Free Dlm Dunia Nie Cik Abang Oooiii....

Nak Jadik Citer, Lalu Seorang Ahli Ibadat Daripada Bani Israel, Maka Dia Pun Tergoda Jugak Dgn Kejelitaan Pelacur Tersebut. Si Ahli Ibadat Nie Tak Bole Control Jugak Diri Dia. Si Abid Tadi Pun Pergi Kepada Wakil Pompuan Tadi ( Perrhh Ada Jugak Pekerja Jual Tiket ). Setelah Menjelaskan Bayaran Dia Pun Pergi Mendapatkan Pompuan Pelacur Tersebut.

Holala...Bila Dia Tgok Pompuan Pelacur Tu Dah Menghias Hias Dirinya. Apa Lagi Melompat Duduk Ler Si Abid Tadi Atas Katil Bersama Pompuan Pelacur Cantik Rupawan... Mana Tahan Beb!!!

Walaubagaimanapun Berkat Ibadat Yg Dilakukan Dengan Rahmat Allah Swt Maka Tiba Tiba Terbit Rasa Takut Dia Pada Allah Swt. Barulah Tersedar Diri Dan Sedar Dia Akan Perbuatan Berdosa Lagi Haram Yg Dia Lakukan. Maka Gementar Dirinya Dan Berubah Warna Muka Dia...


Bersambung Ler Plak..........

Thursday, June 20, 2013

Pompuan Mati Katak (Siri 7)

Hukum Wanita Yg Kuar Rumah

·         Untuk Beri Khidmat Sesama Wanita
·        
Sepatutnya Tak Payah Habaq Keje Utama Sorang Isteri Atau Sorang Wanita Yg Asas Atau Paling Utama Atau No 1 Ialah Tugas Keibuan. Seluruh Rohani Dan Jasmaninya Allah Telah Masukkan ‘Spana Spana’ Atau ‘Tools’ Atau Kelengkapan Yang Canggih Tidak Terdapa Pada Kaum Lelaki Untuk Settle Problem2 Atau Menghadapi Kes Kes Anak ‘Break Down’. Cam Orang Laki Jugak...Bila Kereta Breakdown Tau Jer Nak Buat Apa. Paling Tidak Bukan Bonet Depan Tgok Enjin, Lepas Tu Sentuh2 Sikit Macam Tau2 Jer. Tapi Pompuan Kalu Kereta ‘Breakdown’ Terus Panik...Padahal Kadang2 Minyak Jer Abis Huhuhu.... Minyak Hitam Tu Wujud Dalam Kereta Ntah Dia Tau Ke Tidak!!! Tu Belum Tanya Bab Minyak Gear, Minyak Brek,Minyak Power Stering...Yg Mereka Tahu Masuk Kereta Jolok Kunci Lepas Tu Pusing Kunci Start Enjin.

Contohnya Dari Segi Jasmani Allah Reka Cipta Kaum Hawa Nie Perfect Sungguh. Bentuk Badan Sume Ade 2 Dalam 1 Fungsinya. Cuba  Kita Tgok Orang Pompuan Dukung Anak...Perrhh Mmg Cantik Sungguh. Sangkut Anak Kat Pinggang Elok Jer Nampak. Patut La Allah Buat Pinggang Pompuan Nie Ramping Cam Kerengga, Cantik Dipandang Lelaki; Senang Pulok Menyangkut Anak .‘Two In One’ Huhuhu.
Contoh Keduanya Kita Tgok Pulak Tetek Pompuan. Molek Molek Jer Gantung Kat Depan Dada. Senang Nak Menyusu Anak. Ngam2 Jer Bila Duduk Bersila Kepala Baby Sampai Ke Puting. Ber’bantal’kan Lengan Ibu, Ber’toto’kan Peha Ibu. Cuba Bayangkan Kalu Jarak Puting Susu Ngan Mulut Baby Tak Sampai, Mampuih Lenguh Nak Susukan Baby. Tetek Pompuan Lak Time Ade Anak, Lanjut Jer Sampai Ke Mulut Baby. Takde Bulu Lak Cam Tetek Orang Laki. Huh..Aku Takleh Bayang La Kalu Tetek Mak Aku Berbulu Cam Tetek Bapak Aku....Huhuhu..

Tu Contoh Dari Segi Jasmani. Kalu Dari Segi Emosi Pulok Mmg Memang Dlm Class Tersendiri Dengan Anak Nih... Anak Menangis Waktu Malam.... Sape Yg Sedar??? Kalau Si Suami Sedar Bukannya Pujuk Anak, Tapi Pi Gerak Bini Lak Suruh Tgok Anak.....Huhuhu. Yg Len Time Baby Kecik Menangis Melalak  Pukul Tiga, Empat Pagi Maka Kamu Akan Lihat Suami Kamu Mengamalkan Sepotong Ayat Quran, “Sesungguhnya Kamu Akan Dapati Kami Termasuk Dalam Golongan Yang Sabar” Huhuhu... Relax Jer.

Cuba Kita Tgok Berapa Lama Satu Orang Ibu Bole Mendukung Baby... Pi Pasar Malam, Pi Nilai 3, Pi Supermarket....Pergghh Mmg Lama Lor. Cuba Bagi Kat Ayah Pulak Dukung... Berapa Lama Agaknya Yer Huhuhu. Dahsyat Allah Beri Kekuatan Luarbiasa Kat Wanita Nih.


Sifat Keibuan Bukanlah Membawa Maksud Setakat Jadik Isteri, Lepas Tu Mengandung Dan Beranak, Kerna Kemahiran Nie Binatang Pun Ade. Bahkan Binatang Lagi Advanced Dan Hebat. Bab ‘Gomol’ Suami Isteri, Buaya Lagi Tero. 3 Hari 3 Malam Lor... Kalu Bab Beranak Babi Mmg Produktif. Peerrhh... Kurang Kurang 8,9 Ekor Sekali Beranak.


Jadik Apakah Ertinya Menjadi Seorang Ibu....?????

·         ‘Jiwa’ Keibuan Mesti Dihidupkan Kembali Dalam Umat Ini. Sorang Ibu Mesti Ade Sifat Penyayang,Sabar, Lemah Lembut, Suka Berkhidmat Pada Suami, Suka Mendapat Anak, Tidak Mementingkan Kenikmatan Diri Sendiri, Sanggup Menahan Kesakitan Dan Keperitan Mengandung Dan Beranak Serta Sanggup Berjerih Perit Menguruskan Rumah Tangga.

·         Keibuan Bererti Berkorban Kepentingan Diri Sendiri Untk Membahagiakan Suami Dan Zuriat Yg Lahir.
·         Keibuan Bererti Berkorban Untuk Memperkukuhkan Keluarga Yg Menjadi Tapak Asas Bagi Masyarakat Dan Mewariskan Kpd Anak2 Ajaran2 Dan Nilai2 Suci Dari Syariat Ilahi.

Tugasan Yang Nie Pun ‘Bapak’ Penatnya. Masa Satu Orang Ibu Abis Digunakan Untuk Laksanakan Tugas Keibuan. Abis Letih Dan Lesu. Tu Sebab  Pompuan Skrg Lagi Sanggup Keje Kat Luar Dan Serahkan Tugas Keibuan Pada ‘Bibi’ Atau Pusat Asuhan Kanak2. Kadang Kadang Sanggup Duk Dlm Kotak 2 Kaki Darab 4 Kaki Cam Kat Plaza Tol Daripada Duk Dalam Umah Yg Besaq2 Daripada Duk Umah Jaga Anak. Nie Sume Kes Ikut Nafsu Jer. Bila Nafsu Suka Tempat Sempit Pun Takpe. Tgok Masjid, Sume Besar Besar Tapi ‘Nyelek’ Tarakkk Orang Pun..

Oleh Itulah Pompuan Beriman Nie Mesti Tak Suka Menjadi ‘Ibu Sambilan’ Atau Part Time Mother Cam Pompuan2 Kafir. Yakni Dia Tak Suka Buat Keje Lain. Sebahagian Masa Kat Pejabat Dah Letih Lesu Kat Tempat Keje Baru La Balik Umah. Masa Yang A Punya, Masa Yg Kualiti Punya Kasi Kat Pejabat, Masa Yg Prime Punya Kasi Kat Org Luar, Masa Yg High Class Kasi Anak Org Len. Masa Yg ‘Serdak’, Masa Yg Low Class, Masa Yg Lesu, Masa Yg Dah Hilang Tumpuan Baru Kasi Kat Family  Huhuhu.

Jadik Pompuan Sebenarnya Letakkan Kerja Sebagai Ibu Sepenuh Masa Sebagai Target Utama.  Tambahan Skrg Bole Pencen Awal Dtg Duit Ganjaran Terus, So Apa Yg Nak Tunggu Lagi??? Ade Yg Laki Punya Gaji Pun Cukup, Tapi Nafsu Punya Pasal Anak Kasi Sama Orang Lain Uruskan Dgn Pelbagai Alasan Yg Lebih Kpd Direka Reka.

Sepatutnya Antara Ciri2 Utama Pompuan Beriman Ialah Tidak Patut  Pompuan Beriman Acapkali Keluar Rumah Ziarah Kawan Taulan Melainkan Masa2 Tertentu Sahaja Dan Tidak Pulak Kerap.

Bersambung......

Tuesday, June 14, 2011

Pompuan Mati Katak (Siri 10)



Apa Citernya Percampuran Lelaki Perempuan Di Pusat Pusat Ipt

Emmm... Patutnya Digelar Pusat Pengajian Unisex Lagi Tepat. Usahlah Dibicarakan Pusat Pengajian Yg Menawarkan Bidang Logic Akal Spt Arkitek, Kejuruteraan Dan Sebagainya, Tetapi Marilah Kita Tgok Pusat Pengajian Yg Menawarkan Bidang2 Keagamaan Seperi University Islam, Kolej Islam Atau Lain2 Pusat Pengajian Yg Berlabel Islam. Sumenya Hampeehhh..... Sumenya Campur Bercampur Antara Student Laki Dan Pompuan Sama Jugak 2 X 5 Dengan Lecturenya.

Pencampuran Pelajar Laki Pompuan Nih Secara Sedihnya Aku Katakan Telah Masuk Dlm Otak Orang Islam Dan Bole Diterima Pakai Oleh Sume Orang. La Nie Sampai Tadak Langsung Orang  Yg Nak Bercakap Bab Nie. Tak Dengaq Dah Suara Bantahan Atau Demo Yang Mengatakan Bahawa Campur Laki Pompuan Nie Haram Hukumnya.

Peliknya Kat Masjid2 Buka Kitab Kata Tgok Pompuan Tutup Aurat Pun Haram. Plak Tu Bila Anak Laki Pompuan Dah Besar Pun Takleh Tido Sekali Dalam Satu Bilik Kena Asingkan. Tapi Bab Nie Buat ‘Sepi’ Jer Dan Pandang ‘Sipi’ Jer.  Sume Otak Dah Kena ‘Karen’ Ngan Politik Yahudi Wal Kristian. 24 Hidup Jam Orang Kafir Sampai Lupak Cara Islam. Yg Maintain Jaga Tertib Nie Cuma Pondok2 Agama Jer.  Tu Sb Ustaz Keluaran Pondok Walau Tadak Degree Dunia Tapi Pengajian Mereka Diberkati... Dan Member Kesan Pada Orang Yg Dengar. Yg Belajar Cara Moden Nie Ilmu Banyak Laaa.... Tapi Amal Hampeh..!!! Bab Bab Degree Nie Pun Aku Bukan Berkenan Sangat Pun.. Nie Sume Dakyah Kafir Yahudi Nasrani.  Mereka Rancang Begitu Halus.. Buat Tertib Kalu Nak Keje Gaji Besaq Kena Masuk Sekolah Dan Pusat Pengajian Yg Mereka Beri Iktiraf. Kalu Setakat Sekolah Pondok Mmg Tak Laku La.... 

Tapi Bila Belajar Kat Tempat Kafir Nie Kena Ikut System Kami Laa...
Mesti Ade Assignment.. Kena Buat Grouping...Pulak Tu Mesti Campur Laki Pompuan Group Tu. Satu Group, Kongsi 2 Laki, 2 Pompuan Yer.... Baru La Semangat Skit Buat Tugasan.( Yor... Setan Nafsu La Yg Semangat Sangat Tu...) Sekali Tu Aku Tgok Bukan Main Semangat Ustaz Dan Ustazah Kacau Gulai Nak Jamu Orang Asli Makan Time Bulan Pose Lepas. ‘Kukeh..Kukeh Gelak...’ Pandai Betui Ustaz Buat Lawak Sampai Nak Putus Urat Perut Ustazah Gelak.... Nie La Kesannya Bila Time Belajar Pun Dah Biasa Campur Laki Pompuan.

Pencampuran Laki Pompuan Time Belajar Nie Ataupun Co-Education Diwujudkan Kerna Mereka Menganggap Tiada Perbezaan Dari Segi Jiwa Jasmani Antara Lelaki Pompuan Nih. Mmg Nafsu Menguasai Akal Mereka Yg Turut Berkongsi Pandangan Camtu!!! Abis Tu Nanti Kat Umah Suruh Jer Anak Dara Kau Kongsi Bilik Dgn Anak Teruna Korang...Apa Nak Risau..Lagipun Adik Beradik Membesar Bersama Sama Dari Kecik.

Tu Sebab Bila Pompuan Duk Kat Luar Skrg Dah Hilang Rase Malu N Segan. Selamba Jer Sembang Dgn Laki. Mana Belajar Nih? Lor Mana Lagi... Belajar Kat Sekolah N Unirversiti Laa... Kisah2 Wanita Solehah Dianggap Lagenda Dan Tak Sesuai Lagi Diamalkan Zaman Skrg. Bagaimana Kisah Anak Pompuan Said Al Musaiyib Yg Masuk Umah Husband Dia Sampai Terjatuh Dek Kerna Malu. Kerna Selama Hidup Tidak Pernah Berbual, Melihat, Bercampur Atau Membuat Sebarang Hubungan Dgn Sebarang Lelaki Bukan Mahram. Begitu Jugak Mak KePada Sheikh Abdul Qadir Jailani.

Meletakkan Anak2 Dara Ke Pusat2 Ipt Yg Bercampur Aduk Laki Pompuan Tak Kira La Sama Ada Pelajar Pompuan Dan Laki Atau Pensyarah  Berlainan Jantina Seolah Olah Kamu Mengurung  Ayam Bersama Sama Dengan Musang. Berapa Lama Sangat Musang Tu Bole Tahan... Walaupun Musang Berjanggut!!!

Walaupun Tulisan Aku Nie Tidak Dibaca Oleh Pocik2 Dan Mocik2 Kerna Buta It, Tetapi Tetap Disantap Oleh Anak2 Muda. Golongan Nie Sebenarnya Ramai Yg Tak Tau Strategi Yahudi N Nasrani. Sebuah Syair Yg Amat Terkenal Dan Selalu Disyairkan Kita Sejak Kecik Lagi... Lebih Kurang Begini Bunyinya :

﴾ Tuhan Ku…Aku Tidak Lah Layak Untuk Syurgamu….﴿
﴾Tapi Aku Tidak Mampu Menahan Panas Api Nerakamu 
﴿
Cuba Study Balik Kisah Di Sebalik Lagu Tu… Bagaimana Kisah Seorang Pemuda Yg Terperangkap Dlm Sebuah Bangsal Ketika Hujan Lebat Bersama Sorang Pompuan. Hingga Dia Membakar Jari Dia Pada Unggun Api Supaya Ingatkan Panas Api Neraka, Takut Dia Beringinan Terhadap Pompuan Tersebut.
Sekarang Cuba Tgok Hati Masing2 Ade Rasa Dosa Tak Bila Sembang Bebas Dgn Student Jantan. Selemah Iman Benci Dlm Hati.

Kamu Bercita Cita Syurga Yg Sama Dengan Mereka, Malangnya Jalan Yg Kamu Ambik Jalan Ke Neraka!!!

Bersambung.....Siri Akan Datang..


Thursday, June 9, 2011

Penulis terfikir untuk berfikir....

Seminggu Dua Nih Ade Beberapa Perkara Yg Meresap Fikiran Ku... Keduanya Berkaitan Perhiasan Dunia Yakni Wanita...

Kisah Pertama : Kisah Budak Pompuan Ting 5

Diriwayatkan Dari Ahliaku (Isteriku) Daripada Ahlia Kawanku Yg Datang Ke Umah Baru2 Nie...Katanya:
Suaminya Telah Menampar Atau Melepang Anak Jiran Sebelah Rumahnya. Puncanya Bila Kedengaran Bising2 Serta Makin Hamun Yang Tidak Sepatutnya Dari Rumah Jirannya Itu.

Perawi Hadis Ni Selanjutnya Menceritakan Mereka Suami Isteri Pun Kuar Dan Pergi Ke Rumah Jiran Tersebut. Lalu Didapati Anak Pompuannya Yg Baru Tingkatan 5 Sedang Memaki Hamun Ibu Kandungnya Sendiri. Dikatakan Puncanya Budak Pompuan Tu Naik Kerna Mak Dia Menegur Dia Suka Bawa Budak Laki Balik Rumah Dan Pulang Lewat Malam. Untuk Menghangatkan Lagi Keadaan Budak Pompuan Tersebut Turut Menyepak Ibu Kandungnya Sendiri.

Akhirnya Mak Dia Cakap Kat Perawi Hadis Nie Suami Isteri Begini, “ Buat La Apa Nak Buat, Kak Dah Taktau Nak Buat Apa.” Bila Kawan Aku Cuba Nasihat Maka Dia Telah Dijerkah Oleh Budak Pompuan Tu, “Hoi..Awak Nie Sape Hah...Nak Campur Urusan Keluarga Orang!!!” Maka Terus Dijawab Oleh Kawan Aku Dengan Bahasa Isyarat Yg Cukup Mudah. Jawabnya, “Pang” Lekat Kat Muka Sebijik.

Berakhir Riwayat......Hasan Lagi Gharib.


Ini Sume Kerna Di Rumah Tiada Amalan Masjid Atau Suasana Masjid. Bela Anak Bukan Setakat Bagi Makan Minum..Itu Menternak Namanya... Anak Mesti Dididik Dan Hidup Dalam Suasana Agama. Apa Itu Agama? Agama = Cara Hidup 24jam. Dari Makan Tido Kuar Umah Yakni Cara Hidup Dari Tido Sampai Tido Balik. Perkahwenan Membina Masjid. So Dlm Masjid Mana Ada Tv Dan Hiburan..., Tapi Kat Rumah Nape Ade?????????



Kisah Kedua : Kisah Kematian Anak Dr Mahathir @ Dr Firdaus Parit Buntar.

Diriwayatkan Daripada Ahliaku Daripada Ahlia Abdul Rahman Di Taman Sempadan Parit Buntar Ketika Menziarahi Rumahnya Baru2 Nie... Katanya :

Anak Pompuan Dr Firdaus Yg Meninggal Baru2 Nie Diserang Demam Seminggu Dua Sebelum Meninggal. Manakala Dr Firdaus Dan Ahlianya Sedang Kuar 2 Bulan Jemaah Masturat. Route Ipoh Dan Taiping.
Arwah Juga Merupakan Seorang Hafizah. Berumur 32 Tahun Dan Seorang Surirumah Sepenuh Masa. Menjaga Aurat Dgn Sempurna Yakni Berpurdah. Dikatakan Jugak Sangat Menjaga Bacaan Qurannya 2,3 Juzuk Sehari.

Seterusnya Kata Perawi Hadis Ini, Beberapa Hari Sebelum Arwah Dijemput Allah, Arwah Akan Bertanyakan Kepada Adiknya Adakah Hari Ini 1hb? Bole Dikatakan Hari2 Arwah Bertanyakan Adakah Hari Itu 1hb Atau Tidak. Sehingga La Sehari Sebelum Kematiannya, Baru La Adiknya Terfikir Dan Hairan Kenapa Kakaknya Asyik Bertanya Tentang Tarikh 1hb Tu.

Maka Ditanya Adiknya, “Kenapa Kakak Asyik Tanya Tentang 1 Haribulan?” Maka Jawab Kakaknya, “Tarikh Tu Kakak Mati.” Dan Selepas Subuh Pada 1hb Jun 2011 Arwah Telah Dijemput Oleh Allah Swt Kira2 10 Minit Selepas Menghabiskan Solah Subuh Awal Waktu Dalam Keadaan Berwuduk Dan Mengucapkan Kalimah Iman Dan Juga Bertelekung.

Berakhir Riwayat......Hasan Lagi Gharib.( kitab pompuan mati katak)


Beruntung Arwah Mati Mati Dlm Husnul Khatimah... Dan Menjalani Kehidupan Hanya Dlm Rumah Khidmat Untuk Suami. Untuk Peringatan Buat Yg 50 – 50 ,  Ingatlah Bahawa Kamu Semua Berkebarangkalian Mati Diluar Rumah Dgn Pelbagai Alsebab. Semoga Allah Elakkan Kamu Sume Mati Katak. Yakni Mati Dlm Setiap Langkah Melanggar Perintah Allah. Berada Diluar Rumah Tanpa Darurat. Hanya Kerna Kesenangan Nafsu Dan Tipu Daya Setan. Tiada Alasan Depan Allah Esok. Arwah Jugak Tinggal Di Malaysia Kerajaan Yg Sama  Dan Suasana Yg Sama. Adakah Kamu Ingat Perempuan Seperti Arwah Tiada Keinginan Seperti Kamu????

Ya Allah Selamatkan Lah Letakkan Kemabali Wanita Di Tempat Yg Sepatutnya Dank Au Bantu Mereka Yg Mempunyai Azam Tuk Jaga Aurat Yg Sempurna Dari Segi Zahir Batin.

Thursday, May 26, 2011

Pompuan Mati Katak (Siri 9 )


ini bukan anak katak.....

Ada Setengah2 Orang Islam ( Nie Geng Yg Cinta Dunia ) Menggunakan Hadis2 Tentang Wanita Islam Menyertai Peperangan Sebagai Dalil Atau Alasan Nak Bagi Boleh Jugak Pompuan Keluar Rumah. Memang Ada Dalam Beberapa Hadis Tentang Beberapa Sahabiah Yang Membantu Nabi Saw Berperang Melawan Orang Kafir. Tapi Biasa La Ulamak Suu’ ( Ulamak Jahat N Chenta Dunia Bersarang Dlm Hati) Memang Pandai Manipulasi Fakta. Ambik Hadis Tu Kemudian Syarah Pulak Ikut Nafsu. Tu Ular Dalam Semak Ulamak, Yang Lagi Kelakar Ustaz Yg Baca Terjemahan Bahasa Melayu Jer Kitab Hadis Pun Pandai Nak Syarah Hadis. Lepas Kaitkan Hadis Tu Dengan Pompuan Bole Kerja Jadik Nurse, Jadik Tentera, Jadi Itu La.., Jadik Ini La.. Dengan Alasan Islam Tak Sempit, Islam Tak Rigid, Islam Tak Larang ( Biasa La Sebab Bini Ustaz Pun Keje) Orang Pompuan Keje..

Memang Wanita Bole Kuar Umah Membantu Di Dalam Peperangan Seperti Menyediakan Makan Minum, Merawat Orang Cedera Atau Kalu Perlu Angkat Senjata Turut Sama Berperang. Tapi Hang Pa (Kamu) Mesti Ingat, Menda Tu Terjadi Dalam Keadaan Tidak Normal Atau Tidak Biasa Atau Tidak Selalu Atau Lebih Tepat Lagi Ketika Dharurat.

Pompuan2 Dalam Kes Ini Diberi Keharusan Untuk Ke Medan Perang Kerana :

·         Itu Adalah Dharurat;
·         Peperangan Itu Bukannya Perang Yang Berasaskan Kefahaman Kebangsaan, Kenegaraan, Perkauman Atau Sewaktu Dengannya, Tetapi Perang Fi Sabili’llah Bahkan Dipimpin Oleh Imam Yg Beriman Dan Solih Lagi Taqwa.
·         Peperangan Itu Dilakukan Mengikut Hukum2 Peperangan Yang Diajar Di Dalam Syariat Islam.
·         Tarak Gaji Atau Elaun Sara Hidup = Ikhlas Kerna Allah Swt.


Kumpulan2 Atau Individu Yang Memperjuangkan Dan Menghalalkan Sewenang Wenangnya Kaum Wanita Keluar Rumah Dengan Memperalatkan Quran Dan Hadis Terang2 Telah Khianat Terhadap Allah Dan Rasulnya. Kerana Tujuan, Sebab2 Dan Keadaan Wanita Moden Keluar Rumah Itu Tiada Sama Seperti Wanita Wanita Beriman Keluar Rumah.


Lagipun Tidak Setiap Hari Dan Masa Wanita2 Beriman Itu Keluar Rumah. Dalam Keadaan Normal Wanita2 Beriman Pada Adat Kebiasaannya Tinggal Di Dalam Rumah Memainkan Peranan Keibuan Mereka. So Bukannya Setiap Hari Wanita2 Beriman Keluar Rumah Atau Di Medan Perang. Ini Hari2 Kuar Pi Keje, Apa Citer? Kat Mana Dharuratnya? Ini Sume Kerna Cintakan Dunia....Takut Menjadi Miskin Dan Takut Akan Rezeki Serta Tidak Sanggup Hidup Berpada Pada Dengan Dunia Yang Sementara Nih....

Sambung lak....


Thursday, May 19, 2011

Pompuan Mati Katak (Siri 8)

Hukum Wanita Yg Kuar Rumah

·         Untuk Beri Khidmat Sesama Wanita


Antara Musakah Atau Sebab Yang Membolehkan Pompuan Kuar Rumah Hanyalah Semata Mata Untuk Menolong Wanita2 Yang Perlukan Pertolongan. Itupun Dengan Syarat Pompuan Tersebut Telah Dan Dapat Membereskan Sume Urusan Rumahtangganya. ( Nie Kategori Pompuan Bionic Atau Superwomen Nih Sebab Ada Extra Power)

So….Apakah Jenis Pertolongan Atau Bantuan Yang Nak Diberi Kepada Kaum Pompuan Yang Lain Tu???
Adakah Tulung Ajar Buat Kek Sarawak??? Atau Ajar Jahit Langsir Ka??? Atau Ajar Resepi Kuih Yang Baru Ka??? Atau Tulung Buka Katalog Tupper Ware Ka??? Tulung Ajar Menaip Ka??? Ceh Rata2 Pompuan Sekarang Kuar Rumah, Sume Berurusan Dengan Kaum Lelaki.

Khidmat Jenis Apa Yang Membolehkan Lantas Menjadi ‘Alasan’ Mengharuskan Seseorang Wanita Itu Kuar Rumah???

Antaranya Ialah Pompuan Tersebut Kuar Rumah Untuk Member Bantuan Pada Wanita2 Yg Melarat Dan Susah Hidupnya. ( Tu Pun Dgn Izin Suami = Suami Yg Tahu Hokum Agama Lor…Kalu Suami Izin Pakai Skirt Kat Luar Pun Takleh Pakai)

Pompuan Tersebut Bole Kuar Umah Untuk Menjadi ‘Guru’. Ya…. Guru, Tapi Bukan Guru Pendidikan Jasmani Atau Sewaktu Dengannya. Setakat Campur Tolak Yang Basic Tu, Bapak Pun Bole Ajar. Kalu Pergi Kedai Pun Mana Ade Guna Sin, Kos Tangent, Kalkulis Teorem Sabda Rasulullah s.a.w:

"Apabila datang kepada kamu lelaki yang beragama dan berakhlak maka kahwinlah dia, kalau tidak akan timbul fitnah dan kebinasaan." Para sahabat bertanya, "Bagaimana kalau ia telah berkahwin?" Jawab baginda s.a.w, "Kahwinilah juga ia (diulang sebanyak tiga kali)."


Pompuan Jugak Bole Bekerja Sebagai Tabib Atau Doctor Atau Jururawat Yg Merawat Pesakit2 Wanita Sajer Terutamanya Bagi Penyakit2 Yang Khusus Bagi Wanita.( Bab Selak Bawah Kain ) Contohnya Berhubung Kehamilan Dan Kelahiran Anak.

Yang Jadik Sekarang Sume Pesakit Hampa Layan.. Tak Kira Laki Atau Pompuan…Dari Daftar Nama Sampai Nak Kuar Hospital Sume Campur Aduk.

Ingin Aku Menyentuh Satu Isu Di Sini Yakni Bab Beranak Nie. Langsung Tadak Jaga Aurat. Mengikut Laporan Yang Dipercayai. ( Ni Hospital Tempat Aku Lor) Bila Masuk Dewan Beranak Tu…Huh!!! Sana Katil Kangkang… Sini Katil Kangkang… Sana Katil Selak Sampai Perut Kain… Sini Selak Abis… Mana Hampa Belajar Nie… Dari Kitab Ke Dari Yahudi Nasrani…. Tu Tak Kira Yg Doctor Laki Cina Hindu Melayu Yg Duk Ke Hulu Hilir Lagi…. Peerrhhh Bengung Sungguh Org Islam Nie. Hampa Bole Tak Jeles Laki Lain Duk Selongkar ‘Private Part’ Bini Hampa..Ceh Dayus Sungguh.

Yg Berhujah Kata Time Tu Takpe Sebab Darurat, Dengar Sini Yer….

Ok Nanti Time Hangpa Atau Bini Hampa Mati Keras. Time Mandi Mayat Nanti Suruh Lah Tok Imam N Tok Bilal Mandikan. Lepas Tu Takyah Cover Apa2.. Biar Bogel Jer. Takyah Pakai Tirai. Takyah Pakai Kain Basahan.. Lagipun Bila Dah Mati Maka Tiada Dose Pahala Lagi. Biar Semua Orang Tgok Mana Bulu Yang Berserabut… Hang Plak Bila Mati Suruh Nurse Atau Bidan Mandikan.. Biar Bogel Jer..Nak Malu Apa Kan…..Kan..Kan..Lagipun Mata Dah Pejam.

Ini Time Beranak Dose Pahala Duk Atas Kepala Sewenang Wenang Saje Langgar Perintah Allah Tanpa Rase Malu Dan Segan. Ikut Sangat Sains Yahudi Dan Nasrani Nih. Kat Singapura Pun Pompuan Islam Time Delivery Anak Jika Yg Datang Berserban Maka Terus Mereka Naikkan Satu Note “Muslimah Doctor Only.” Sebabnya Ada Satu Kisah Sorang Lelaki Yg Nak Jaga Aurat Wife Dia Dan Mempertahankan Aurat Isterinya  Minta Dan Terangkan Cara Islam Sambut Baby.

Tetapi Yg Paling Terpenting Andaikata Dalam Menjalankan Tugas2 Tersebut, Wanita Tersebut Terdedah Kepada Fitnah, Atau Secara Tidak Disedari Maupun Disedari Menjadi Fitnah Bagi Lelaki, Atau Terpaksa Melanggar Hokum2 Syara’ Dan Dengan Demikian Laknat Allah Turun Padanya, Maka Wajiblah Dia Tinggal Tetap Di Rumah Dan Haramlah Ke Atasnya Keluar Rumah.

Bersambung  Lagi….

Thursday, April 7, 2011

Pompuan Mati Katak (Siri 6)




Pompuan Mati Katak ( Siri 6 )

Wanita Yg Tiada Sesape Yg Jaganya, Atau Keadaannya Fakir Atau Miskin, Atau Lelaki Yang Menjaga Dan Menanggung Sara Hidupnya Ditimpa Sesuatu Kecacatan Atau Penyakit Yang Berat, Diharuskan Oleh Syara’ Untuk Keluar Mencari Nafkah Yang Halal.

Sebenarnya Dalam Tamadun Islam, Wanita2 Sedemikian Akan Mendapat Bantuan Dari Baitulmal. Tapi Dalam Keadaan Sekarang, Yg Mana Orang Yg Duk Kat Baitulmal Sibuk Sangat Sampai Tak Sempat Cari Orang Fakir Miskin Atau Pompuan Kematian Suami Nih, Maka Jatuh Darurat Bagi Pompuan Spt Nie Tuk Kuar Umah Mencari Nafkah Yang Halal.

Cuba Tgok Bangunan Baitulmal Sekarang... Huh Siap Aircond Lagi. Patutnya Mereka Kuar Masuk Kampung2 Cari Orang Fakir Dan Miskin Dan Jugak Wanita Yg Tiada Sape Menanggung Untuk Agihkan Wang Zakat. Tapi Yg Duk Jadik Skrg Sebaliknya... Orang Yg Perlukan Zakat Lak Kena Cari Geng Nih. Org Fakir Miskin, Wanita Atau 8 Asnab Tu Pun Ade Maruah Jugak... Lepas Tu Nak Kena Isi Borang Berkeping Keping Lak. Kena Ade Lawatan Tapak Lak. Macam Mengemis Jer. Ceh..Macam Duit Tu Mak Bapak Depa Yg Punya. Dah La Tadak Duit. Datang Pejabat Bukan Pakai Duit Kerang  Naik Bas. Nak Kena Ulang Alik 2,3 Kali Plak. Hampehh Betui. Baik Tipon Tv3 Jer Huhuhu.

Pompuan Yg Sebegini Jugak Jika Ada Kaum Kerabat Yg Beriman, Maka Kerabat Yg Beriman Tu Mesti Menanggung Pompuan Tersebut. Tapi Yg Nie Pun Nampak Cam Pupus Jer.. Huhuhu. Sembang Jer Lebih Tapi Tak Hulur Pun... Selain Drpd Itu Kaum Mukmin Yg Mempunyai Hartabenda Yg Lebih Drpd Keperluan, Wajib Berusaha Supaya Wanita Tersebut Tidak Terpaksa Kuar Dari Rumah Dan Terdedah Kepada Fitnah. Lebih Dr Keperluan Tu Kena Tanya Ulamak La Maksudnya. Bukannya Korang Pi Upgrade Flat Screen Or Tukar Keta Baru Maupun Handset Baru. Dalam Duit Kita Ada Hak Orang Len Lor. Kita Sebagai Pemegang  Amanah Saje. Nanti Ditanya Allah, Harta Kita Guna Buat Apa. Agak2 Kalu Cakap Bayar Mothly Astro Bole Tima Ker?

Hari Nie Orang Islam Dah Jadik Tamak. Hidup Nafsi Nafsi. Dah Tak Jadi Satu Badan. Kalu Satu Badan, Kaki Sakit Mesti Mata Nak Belek (Tgok) Apo Kono..., Tangan Pi Urut Urut..., Otak Fikir Fikir Nak Baiki Kaki. Mana Bole Tangan, Mata, Otak Buat Taktau Jer. Nanti Esok2 Kaki Lak Sakit, Dia Balas Dendam Lagi Susah. Kaki Tanak Jalan Pi Klinik. Kaki Tanak Pi Kerja. Huh Haru Biru Jadiknya. So, Nabi Saw Ibaratkan Orang Islam Nie Ibarat Satu Badan, Tulung Menulung...., Tapi Umat Islam Dah Bercelaru Huhuhu. “Tidak Beriman Kamu Jika Kamu Tidur Kenyang Sedangkan Jiran Kamu Tidur Dlm Kelaparan.”


Ok, Tiba Sudah Bab Yang Penting, Tetapi Ramai Yg Terlepas Pandang Atau Buat2 Taktau Atau Ulama Su’ Memanipulasikan Hukumnya Atau Kita Selama Hari Nie Hidup Dengan Ambik Nafsu Kita Sebagai ‘Tuhan’.
Adapun Wanita Yg Ade Suami Atau Penjaganya Untuk Menanggung Sara Hidupnya Dan Pendapatan Suami Atau Penjaganya Itu Sudah Cukup Untuk Memenuhi Apa Yang Benar Benar Dihajatinya Dari Segi Syari’at. Buat Membantu Dalam Menyempurnakan Ibadat Kepada Allah Sementara Belum Mati, Maka Tiadalah Harus Ia Keluar Rumah Semata Mata Kerna Bimbang Bahawa Rezekinya Akan Putus. Kerana Ini Menandakan Ia Kurang Iman Dan Tiada Tawakkal Kepada Allah Dan Tiada Yakin Bahawa Rezeki Seseorang Itu Sudah Dijamin Allah Sejak Azali Lagi Seperti Maut Dan Jodoh.

Kesimpulannya Kita Bekerja Untuk Sempurnakan Ibadat Kita Yakni:
·         Solah
·         Quran
·         Zikir
·         Doa

Kalu Kerja Punya Pasal Maka Terabai Ibadat, Aurat Takleh Jaga, Campur Aduk Laki Pompuan, Maka Sesungguhnya Kita Dah Kena Tipu Dek Setan N Nafsu.
Demikian Juga Tiada Harus Ia Keluar Rumah Semata Mata Untuk Menambahkan Lagi Pendapatan Supaya Dapat Menjaga Apa Yang Ada Dalam Istilah Orang2 Kafir Yang Dinamakan “Taraf Hidup” Atau Untuk Bermewah Mewah, Apatah Lagi Untuk Menjadi Moden Dan Meng’abdikan’ Dirinya Pada ‘Dewa Kemajuan.’


Sekarang Cuba Tanya Pada Diri Sendiri. Sebab Apa Saya Sebagai Pompuan Keluar Rumah Nak Bekerja?

·         Adakah Kerna Saya Nak Beli Rumah Nilai Ratus Ribu.
·         Adakah Kerna Saya Nak Cover Bayaran Bulanan Astro.
·         Adakah Kerna Saya Pakai 2 Bijik Kereta.
·         Adakah Kerna Saya Suka Makan Kat Restoran Sana Dan Sini.
·         Adakah Kerna Saya Nak Pakai Duit Beli Pasu Bunga Banyak2.
·         Adakah Kerna Saya Nak Tukar Kerap2 Beg Tangan Saya
·         Adakah Kerna Kasut Saya Mesti Mesti Drpd Pelbagai Jenis.
·         Ataupun Kerna Saya Mmg Diasuh Keluar Rumah Sejak Dari Kecil
·         Ataupun Kerna Saya Boring Banget Duduk Dalam Rumah Saja.
·         Ataupun Kerna Bini Ustaz Pun Keluar Rumah Jugak.
·         Ataupun Kerna Memang Nafsu Saya Memang Suka Bekerja.
·         Ataupun Tak Tahu Selama Hari Nie Apa Saya Buat Salah.


Kadar Sara Hidup Atau Nafkah Yg Dihajati Mestilah Diukur Dengan Timbangan Ataupun Neraca Syarak. Kalu Nak Ikut Nafsu Memang Takkan Cukup Harta Benda Atau Duit Banyak Manapun. Kerna Nafsu Selama Lamanya Tiada Memada Dengan Barang Yang Sudah Ada, Bahkan Sentiasa Tamak Dan Gelojoh. Sedangkan Syaitan Pula Senantiasa Mengintai Peluang Untuk Membisikkan Keinginan2 Atau Hajat Yg Palsu.

Berapa Ramai Lagi Suami Isteri Yg Hanya Sang Suami Saje Yg Bekerja, Tapi Allah Cukupkan Rezeki Mereka. Takde Lagi Kes Kat Malaysia Yg Isteri Dan Anak2 Mati Kerna Suami Sorang Sajer Yg Kerja Huhuhu.

Jadi Ada 2 Hal Yang Akan Allah Anugerahkan Jika Wanita Ini Jika Mau Tinggal Dirumah Menghidupkan Daripada Amal-Amal Dan Mendidik Anak Dengan Baik :

1. Allah Akan Mudahkan Rizkinya, Diberkahi.
2. Allah Akan Anugerahkan Anak Yang Sholeh.

Kalau Wanita Keluar Rumah Maka Dia Akan Menghadapi 2 Hal :

1. Keberkahan Rizki Akan Allah Cabut
2. Anak-Anaknya Tidak Akan Menjadi Orang Sholeh

Musuh-Musuh Islam Mereka Tahu Ini Kekuatan Daripada Wanita Ini, Maka Mereka Berusaha Merusaknya 2 Perkara Ini :

Ø  Bagaimana Wanita Ini Keluar Dari Rumah.

Mereka Membuat Propaganda : “Wanita Dalam Islam Sudah Di Dzolimin Oleh Kaum Lelaki, Dengan Hanya Menyuruh Mereka Untuk Tetap Dalam Rumah Saja. Padahal Wanita Ini Dilahirkan Equal, Setara Dengan Laki-Laki, Maka Harus Ada Kesetaraan Jantina. Ini Namanya Emansipasi Wanita.”

Sehingga Hari Ini Banyak Wanita Yang Keluar Rumah. Akhirnya Banyak Anak-Anak Orang Islam Berpenampilan Seperti Orang Kafir. Bahkan Lebih Parah Lagi, Sampai Ada Isteri Ustaz Tanpa Malu-Malu Menjadi Promoter Dan Sponsor Idea Agar Wanita Dibolehkan Keluar Rumah. Ini Adalah Cara-Cara Yahudi Dan Musuh-Musuh Islam Menghancurkan Kekuatan Islam, Yaitu Dengan Mengeluarkan Wanita Islam Dari Rumah.

Ø  Bagaimana Wanita Ini Dirumah Tidak Bisa Jadi Pendidik Atau Guru Bagi Anak-Anaknya.

Duk Sibuk Didik Anak Orang Len Kat Sekolah. Anak Sendiri Kasi Bibi Jaga.
Mereka Membuat Strategi Jitu Yaitu Dengan Membuat Maraknya Tv Di Rumah-Rumah Orang Islam. Siap Flat Screen, Home Theatre, Bunyi Surround Dobly System. Dah Jadik Pawagam Rumah Orang Islam Skrg Nih.  Sehingga Apa Yang Terjadi Anak-Anak Bukan Lebih Dekat Ke Ibunya Atau Belajar Dari Ibunya, Tapi Kini Anak-Anak Lebih Dekat Ke Tv Dan Lebih Banyak Belajar Dari Tv. Guru Dari Anak-Anak Ini Bukan Lagi Ibunya Tapi Tv, Dan Tokoh-Tokoh Seperti Superman, Batman, Cicakman Dan Sebagainya.

Kerajaan Sekarang Pulak Telah Umumkan Sesiapa Yg Pencen Awal, Maka Akan Terus Diberi Ganjaran. So Puan2 Yg Bekerja Kat Sana Tu Sila Ambik Peluang Nie. Jangan Ikut Nafsu.

Kadang2 Ada Wife Yg Suami Mati Awal Al Sebab Kemalangan, Hanya Diberi Cuti 3 Hari Saje Untuk Kematian Saudara Terdekat. Abis Kuat Tambah Cuti Lain Sikit2 Dapat La Seminggu Dua. Maka Menangis Teresak Esak La Sang Isteri Tadi Kesedihan Yang Amat Sangat Kerna Kehilangan Suami Yg Tersayang. Sibuk La Mengenang Kembali Hak2 Suami Yg Diabaikan Semasa Suami Hidup Disisi. Maka Kenduri Tahlil Pun Diatur Dengan Tujuan Untuk Meng’cover’kan Dosa2 Suami Dan Jugak Tanda Kaseh Sayang Tak Berbelah Bahagi Si Isteri Pada Sang Suami.

Selepas Abis Cuti Maka Si Isteri Pun Kuar La Umah Walaupun Tahu Tempoh Iddah 4 Bulan 10 Hari Belum Abis Lagi!!! Kalu Masa Mula Mati Si Isteri Kirim Pahala Pada Sang Suami Dgn Doa Dan Tahlil, Maka Bila Kuar Umah Pergi Kerja Bermula La Pulak Si Isteri Mengirim Bara Api Neraka Dalam Kubur Suami. Huhuhu. Adakah Tak Cukup Duit Simpanan Suami? Adakah Pencen Suami Tak Cukup Lagi. Celaka La Nasib Sang Suami Yg Tak Fikir Ehwal Kubur Bila Mati Nanti. Dan Celaka La Bagi Si Isteri Yg Menunjukkan Kaseh Sayang Dgn Mengirim Bara Api Neraka Ke Kubur Suami.

Rezeki Ialah Barang Yg Telah Dijamin Atau Ditanggunug Oleh Allah Swt. Tidak Perlu La Biimbang Pasal Rezeki. Rezeki Ni Mencari2 Kita Lebih Banyak Daripada Maut Mencari Cari Kita. Apa Yg Disuruh Oleh Allah Ialah Kita Sibuk Atau Bimbang Dgn Beribadat Pada Allah. (Kalu Kita Punya Keje Bole Upgrade Ibadat Maka Dikategori Keje Kita Tu Jugak Ibadat. Kalu Sebaliknya Dikira Maksiat.)
Syaitan Sentiasa Menakutkan Kita Dgn Kemiskinan. Bimbangkan Kita Dgn Masalah Rezeki Dan Takut Miskin. Bimbang Dan Takut Pada Masalah Rezeki Dn Kemiskinan Adalah Tanda2 Butanya Hati Manusia.


Sebuah Kisah

·         Sorang Laki Yg Kerjanya Gali Kubur Curi Kain Kapan Telah Bertaubat Kpd Allah Swt. Satu Hari Ia Berkata Pada Gurunya, “Ya Tuan Guru, Telah Hamba Gali 1000 Kubur, Maka Hamba Dapati Sekalian Muka Mereka Itu Membelakangi Kiblat.” Maka Kata Tuan Gurunya, “Hai Anakku! Yang Demikian Itulah Orang Yg Syak Pada Rezeki Mereka Itu.”


Begitulah Akibatnya Orang2 Yg Syak Pada Rezekinya, Padahal Allah Telah Menjaminnya Di Dalam Quran Dan Hadis. Syak Pada Rezeki Adalah Suatu Dose Yg Berat. Benarlah, Bahawa Kita Disuruh Ikhtiar. Akan Tetapi Ikhtiar Kita Itu Mestilah Digunakan Untuk Mentaati Allah Swt Dan Mematuhi Segala Perintah Dan Larangan Yg Dinyatakannya Melalui Syariat.

Bimbang Tentang Rezeki, Tiada Berpada Dengan Apa Yang Ada, Dan Sanggup Mencari Nafkah Dengan Tiada Mempedulikan Hokum Syarak Tentang Aurat Dan Hijab, Tidaklah Dinamakan Berikhtiar, Tetapi Menyalahgunakan Ikhtiar.

Bersambung Pada Siri Akan Datang.....




I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH