Thursday, January 21, 2010

ini ku khasKan untuk Aku...aku sangat perlukan..huhuhu



Ambiya a.s, nabi-nabi datang buat usaha atas hati-hati manusia kerana tempat iman hanyalah hati. Anggota-anggota manusia adalah tempat zahirnya amal. Tempat iman adalah hati. Oleh kerana itu, riwayat ada mengatakan, “Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri”. Hati ini akan jadi mufti yang betul, bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka, nampak, ada basirah, hati yang ada iman. Nifak, sifat munafik adalah kebutaan pada hati. Allah s.w.t kata, “ Bukanlah buta mata-mata mereka, tetapi buta hati yang ada dalam dada-dada mereka”. Oleh kerana itu, medan usaha nabi-nabi adalah hati-hati manusia supaya hati kenal zat Allah s.w.t yang maha tinggi. Nabi-nabi kenalkan Allah s.w.t kepada hati-hati manusia kerana iman duduk pada hati manusia. Iman kena sampai pada tempatnya yang sebenar. Nabi-nabi usaha atas insan dan atas hati-hati manusia. Semua anggota manusia adalah tempat zahirnya amal. Islah akan datang sebab adanya iman. Amal akan datang sebab adanya iman. Dari kepala hingga ke kaki, gunakan semua anggota atas dasar hukum Allah s.w.t, itulah dinamakan Islam dan ini akan datang dengan kekuatan iman. Tanpa iman atau iman yang lemah, maka akan zahir amal-amal yang bukan Islam. Semua amal manusia dalam apa lapangan pun yang mengikut hukum Allah s.w.t, ikut sunnah Nabi s.a.w, itulah yang dinamakan Islam. Amal akan zahir melalui anggota-anggota sebanyak mana ada iman dalam hati. Islam adalah kezahiran iman. Islam tidak ikut suasana, Islam tidak ikut keadaan tetapi Islam ikut iman. Islam tidak ikut suasana, Islam tidak ikut keadaan. Amal yang dibuat ikut suasana, amal yang dibuat ikut keadaan, bukan Islam.Amal yang dibuat dengan dasar iman akan menukarkan keadaan dan suasana. Untuk bina amal, kena bina iman. Amal yang dibuat dengan iman akan kekal dan atas itulah ada janji-janji Allah s.w.t.

Pengenalan orang Islam, Nabi s.a.w kata, “Orang Islam adalah orang yang mana, orang Islam yang lain tidak dapat kesusahan daripada lidah dan tangannya”. Nabi s.a.w kata, “Islam itu bukan hanya satu amal sahaja tetapi seluruh lapangan hidup manusia untuk ikut peritntah Allah s.w.t, itulah Islam”. Dalam setiap lapangan dalam hidup ada pengenalan dalam Islam. Pengenalan orang Islam dalam setiap lapangan hidup. Dalam perniagaan, dalam pertanian, dalam kehakiman, dalam muasyarat, kalau hendak tengok Islam, tengok orang Islam dalam perkara itu. Kamu hidupkan hukum-hukum Allah s.w.t dalam lapangan hidup kamu, hidupkan sunnah-sunnah nabi dalam lapangan hidup kamu, itu akan menjadi asbab hidayat untuk manusia.

Usaha untuk iman tidak diberi tumpuan. Orang tidak sangka bahawa iman itu pun satu benda yang perlu diusahakan. Mereka menyangka, beramal (buat amal) kemudian barulah iman akan meningkat, sedangkan tanpa iman, amal tidak ada roh. Kalau tidak ada keyakinan pada janji-janji Allah s.w.t, apakah benda yang akan bawa manusia kepada hukum-hukum Allah s.w.t? Siapakah yang akan timbulkan harapan pada janji-janji Allah s.w.t? Siapa akan bawa manusia ini takut pada amaran-amaran Allah s.w.t? Oleh kerana iman, sahabat-sahabat sentiasa ada fikir. Banyak mana iman bertambah, maka sebanyak itulah dia akan takut kepada nifaq. Hanzalah r.a kata dia telah munafik. Abu Bakar r.a kata dia telah munafik. Ini orang Badar, orang Uhud, tidak pernah mungkir janji, tidak pernah khianat mana-mana amanah, tidak pernah ada mana-mana alamat nifaq pun pada mereka, tetapi sebabnya hanya keadaan mereka berlainan depan Nabi s.a.w, dengar cerita syurga, neraka dan apabila mereka pulang ke rumah, sudah berubah. Mereka dengar, orang-orang beriman ini, seolah-olah mereka nampak Allah s.w.t di mana-mana pun. Perasaan mereka depan Nabi s.a.w telah hilang, sebab itu dia kata, “Hanzalah telah munafik”. Abu Bakar dengar dan Abu Bakar kata, “Ini pun berlaku pada aku juga”.

Sebanyak mana iman meningkat, sebanyak itulah seseorang akan takut pada nifaq, akan benci pada nifaq. Tidak mungkin ada alamat-alamat nifaq dalam diri mereka. Oleh kerana kita tidak ada tumpuan pada iman, walaupun ada tanda-tanda nifaq dalam diri kita, tetapi kita sangka kitalah orang yang sempurna. Tidak penuhi janji, khianat dalam amanah, sangka ia satu kejayaan bila dapat khianat amanah orang. Ini semua tanda-tanda nifaq kerana tidak ada iman. Oleh itu, perkara yang terdahulu yang perlu diusahakan ialah atas iman. Iman akan datang bila usaha atas iman.Usaha iman ialah seru manusia kepada Allah s.w.t tetapi kita telah salah faham iaitu dakwah untuk orang lain. Dakwah sebenarnya untuk da’i itu sendiri. Dakwah ialah untuk orang yang buat dakwah itu sendiri. Siapa yang bagi dakwah untuk dia sendiri, maka dengan dakwah itu, yakin dia akan bertambah dan orang yang didakwah akan datang kepada apa yang da’i itu yakini. Dakwah adalah untuk da’i itu sendiri. Dakwah untuk pendakwah itu sendiri. Jangan kita salah faham iaitu dakwah untuk orang lain. Apabila kita bagi dakwah pada orang lain untuk bina iman kita, untuk bawa diri kita sendiri kepada amal, untuk bawa yakin kita kepada Allah s.w.t, maka dakwah cara itu akan bawa keyakinan pada diri dia sendiri.

Bila dakwah keluar daripada umat, maka keluar yakin daripada umat. Bila yakin telah keluar daripada umat, maka dia akan bergerak mengikut tempat yang dia nampak ada manafaat. Tidak nampak lagi jalan untuk ambil manafaat dari khazanah Allah s.w.t, melalui perintah-perintah Allah s.w.t. Dia tidak yakin lagi dengan melakukan larangan-larangan Allah s.w.t, dia akan dapat kejayaan dan dia akan taat pada apa yang dia yakin. Manusia beribadat atas apa yang dia yakin.
Rukuk (tunduk), itu bukan hanya ibadat, kita tidak tunduk di depan selain daripada Allah s.w.t, bererti kita tidak beribadat selain daripada Allah s.w.t. Ibadat bukannya tunduk di depan mana-mana benda. Islam bukannya tundukkan kepala pada mana-mana, Islam adalah serahkan diri pada Allah s.w.t. “Diri saya dan harta saya, daripada lahir hingga mati, seluruh ibadat, seluruh pengorbanan”. Yang dimaksudkan dengan sembahyang ialah pengorbanan diri. Semuanya diserahkan kepada Allah s.w.t, itulah yang dinamakan Islam. Bukan hanya untuk tundukkan kepala. Ibadat bukan hanya tundukkan kepala.

Apa yang diyakini, kita akan taat pada benda-benda itu. Apa yang kita yakin, kita akan beibadah pada benda-benda itu. Nabi s.a.w telah beritahu dalam satu riwayat, “Bila taat sahaja pada satu benda, maka dia telah beribadat pada benda itu”. Kita tengok antara kita sendiri, kita taat isteri kita, kita taat perniagaan kita, kita taat kedai kita, kita taat kerajaan kita, kita taat selain daripada Allah s.w.t. Kita lihat diri kita masing-masing. Bila taat pada benda itu, maka dia sedang beribadat kepada benda itu, mahfum hadith Nabi s.a.w, seorang sahabat, dia seorang nasrani, dia telah beriman dengan Nabi s.a.w. Selepas masuk Islam dia tanya, “Wahai Rasulullah, sebelum beriman dengan tuan kami beribadat kepada Allah juga, kami taat pada Allah juga, kami tidak pernah terima selain daripada Allah sebagai Rab, kami hanya taat pada Allah s.w.t. Sebelum datang kepada tuan, kami dalam satu agama yang beribadat kepada Allah s.w.t, tetapi kami tidak faham, dalam Quran ada ayat yang mengatakan, ‘Mereka telah menjadikan rahib-rahib mereka sebagai tuhan, sebagai Rab, selain daripada Allah s.w.t’, kenapa Allah s.w.t kata demikian dalam Quran? Nabi s.a.w jawab, “Beritahu aku, apabila rahib-rahib kamu, mereka menghalalkan perkara yang haram, mengharamkan perkara halal, adakah kamu terima mereka?” Kata sahabat tadi, “Ya, apa yang mereka kata kami terima”. “Kalau kamu terima mereka, maka kamu telah beribadat kepada mereka”.

Kita tengok kilang, pekebun-pekebun, pemerintah-pemerintah, tengok majoriti, kita taat sesuatu perkara, maka kita sedang beribadat kepada benda itu. Segala ibadat-ibadat badan, segala ibadat-ibadat harta, diri dan harta, daripada mula lahir, semua untuk Allah s.w.t. Keyakinan pada janji-janji Allah s.w.t akan menyebabkan manusia taat perintah Allah s.w.t, menjalankan hukum-hukum Allah s.w.t. Taat disebabkan janji-janji Allah s.w.t. Sebanyak mana keyakinan kepada janji-janji Allah s.w.t, maka sebanyak itulah manusia akan mampu untuk taat perintah Allah s.w.t tetapi keyakinan pada makhluk, kejahilan pada agama, kesesatan dari segi aqidah akan datang bila manusia tinggalkan dakwah. Bila tinggalkan dakwah, pertama, kejahilan, kedua, kesesatan dari segi aqidah. Tidak akan kenal siapa yang menciptakannya. Bila tinggalkan dakwah, keyakinan pada Allah s.w.t akan keluar, keyakinan pada selain dari Allah s.w.t akan masuk sehingga insan tidak boleh membezakan manakah jalan kejayaan untuknya. Adakah kejayaan saya dalam perintah-perintah Allah s.w.t ataupun dalam bentuk-bentuk dunia.


Apa yang didakwahkan, itulah keyakinan yang akan masuk ke dalam hati. Ini satu perkara yang pasti. Kalau buat perniagaan, tidak mungkin akan datang yakin kepada Allah s.w.t, kalau buat dakwah kepada pertanian, tidak mungkin akan datang keyakinan pada Allah s.w.t. Dakwah kepada selain daripada Allah s.w.t tidak mungkin akan datang keyakinan Allah dalam hati. Keyakinan pada Allah s.w.t datang hanya dengan dakwah kepada Allah. Yakin kepada Allah s.w.t akan datang bila kita bawa hamba Allah kepada Allah s.w.t. Bila umat telah hilangkan dakwah, maka datang satu keadaan yang mana telah menyebabkan hilang amalan makruf nahi mungkar. Sehingga begitu sekali, sehingga umat telah salah faham iaitu kalau dia sendiri tidak amal, maka dia tidak perlu dakwah orang lain. Ini kefahaman umat sekarang. Salah faham yang begitu besar dalam umat. Kerana salah faham ini, kejahilan telah berleluasa dalam umat. Buat sendiri-sendiri sahaja. Kalau tidak buat amal, jangan beritahu orang lain, ini salah faham yang berlaku dalam umat. Umat ini telah diberitahu tanggungjawabnya berkali-kali.
Masa nabi menyediakan umat ini, nabi telah beritahu tanggungjawab umat ini. Nabi tidak kata, “Kalau kamu tidak amal, kamu jangan suruh orang lain buat”. Satu orang yang tidak amal untuk diri dia sendiri, tidak ada kekurangan tanggungjawab dia untuk dakwah orang lain pada amal itu. Bukanlah dia tidak amal perkara itu, tanggungjawabnya untuk dakwah orang lain pada amal itu tidak kurang sedikit pun. Satu orang tidak sembahyang fardhu, kefardhuan dia untuk dakwah orang lain kepada sembahyang tidak kurang sedikit pun. Satu orang tidak buat satu amal, tidak bererti tanggungjawab dia untuk bawa umat kepada amal itu berkurangan, tidak! Tanggungjawab dia masih sama lagi.

Sahabat-sahabat r.a, perangai mereka, tabiat mereka adalah tabiat dakwah. Mereka tidak anggap kerja mereka itu sebagai kerja kecuali hanya dakwahlah kerja mereka. Mereka telah dapat nisbat dakwah. Mereka anggap yang lain-lain itu sebagai nisbat kerja mereka, pertanian, perniagaan, kerajaan, pakaian, kasut, emas, perak, semua tidak ada apa-apa perhubungan pun. Mereka buat perniagaan besar-besar, tetapi mereka tidak anggap mereka ada hubungan dengan perniagaan. Di belakang nama mereka radiallahuanhu wa roduan. Mereka kenalkan diri mereka sebagai Ansar atau Muhajir, ini cara pengenalan mereka. Mereka tidak ada hubungan langsung dengan benda-benda lain. Mereka ada hubungan terus dengan kerja Nabi Ibrahim a.s. Allah s.w.t kata, “Aku namakan kamu sebagai orang Islam”. Allah s.w.t yang ciptakan kita dan bagi nama pada kita. Umat ini telah diberi nama oleh Allah s.w.t sebagai orang Islam, bukan orang peniaga, bukan petani, bukan pegawai.Umat ini tinggalkan dakwah, sehingga dia telah lupa hubungan dia dengan dakwah. Tidak ada mana-mana hubungan dalam sahabat, kecuali hubungan sebagai Ansar atau hubungan sebagai Muhajir kecuali satu orang yang telah berhijrah kerana satu orang perempuan bernama Ummu Qais. Dia dinamakan muhajir Ummu Qais, yang lain semua hanya Muhajir dan Ansar. Dia masyhur sebagai muhajir Ummu Qais, hijrah kerana perempuan

Begitulah dakwah adalah umum dikalangan mereka. Ada juga dikalangan mereka, siapa yang ada asbab sahaja, belajar agama. Buat usaha duit dulu kemudian belajar agama? Tidak! Sahabat-sahabat r.a, banyak mana kemiskinan mereka, dialah yang paling banyak hasilkan agama. Abu Hurairah r.a, paling kebulur, paling lapar, tetapi dialah pakar hadith yang paling besar. Usman r.a orang yang paling lapar, tetapi dia orang yang paling malu sekali. Jaafar r.a paling lapar, tetapi paling tepat bagi fatwa, mufti paling besar, yang paling tahu tentang halal dan haram.
Tidak diberitakan agama akan datang sebanyak mana asbab yang kamu buat tetapi diberitahu bahawa agama akan datang sebanyak mana usaha yang kamu buat. Agama tidak datang berkadar asbab, tetapi agama datang berkadar usaha. Agama tidak datang dengan asbab-asbab dunia. Hanya satu cara sahaja untuk dapat hidayat iaitu dakwah. Sebanyak mana kita dakwah manusia kepada Allah s.w.t, sebanyak itulah kayakinan kita kepada Allah s.w.t dan bawa kita kepada sembahyang, bawa kita kepada zikir, bawa kita kepada tilawah, bawa kita kepada ikhlas. Sebanyak mana usaha dijalankan, sebanyak itulah agama akan hidup. Atas inilah Nabi telah bangunkan sahabat-sahabat.
Seorang sahabat datang untuk belajar agama, menunggang unta, jatuh dari unta, patah leher. sahabat lain datang beritahu Nabi s.a.w, “Telah berlaku sekian-sekian”. Nabi kata, “Tengok keadaan sahabat kamu, dia telah meninggal”. Nabi s.a.w datang dan tengok dia. Nabi s.a.w kata, “Dia datang belajar agama dalam keadaan lapar”. “Bagaimana tuan tahu?”, sahabat tanya. Nabi s.a.w kata, “Saya tahu bila rohnya keluar, bidadari-bidadari datang bagi makanan pada dia kerana itulah saya tahu dia datang dalam keadaan lapar”.


Keperluan kita kepada hidayah adalah lebih besar daripada makanan kita, pakaian, kenderaan, rumahtangga kita. Oleh kerana itu, hidayah tidak pernah disertai dengan benda-benda yang lain. Hidayat tidak diletakkan berkadar dengan harta atau berkadar dengan pakaian atau berkadar dengan benda-benda lain. Satu orang datang beritahu, “Wahai Rasulullah s.a.w, saya ini hitam, saya miskin, saya hodoh, saya buruk, masukkanlah saya ke dalam syurga”. Rasulullah s.a.w kata, “ Kenapa tidak? Bahkan saya akan masukkan kamu ke dalam syurga. Sahabat itu terus bagi nyawanya di jalan Allah s.w.t untuk takazah agama. Rasulullah s.a.w datang untuk sembahyangkan jenazahnya. Rasulullah s.a.w senyum apabila tengok jenazahnya. Rasulullah s.a.w kata, “ Rupa/Wajah kamu telah dicantikkan oleh Allah s.w.t, harta kamu telah dibanyakkan oleh Allah s.w.t”. Hidayat tidak bergantung pada rupa paras. Allah s.w.t tidak tengok pada rupa paras dan harta kamu. Allah s.w.t tengok keinginan hati untuk beri hidayat. Nabi s.a.w beritahu sahabat-sahabat, “Rupa buruk, kulit hitam, miskin, Allah s.w.t telah tambahkan hartanya dan Allah s.w.t telah masukkan dia ke dalam syurga dan Allah s.w.t telah jadikan dia cantik”. Rasulullah s.a.w kata, “ Saya tengok bidadari-bidadari syurga bergaduh, siapakah diantara mereka yang mula-mula sekali masuk ke dalam jubah sahabat tadi”.

Hidayah tidak pernah pandang keadaan seseorang. Rasulullah s.a.w tidak pernah ajar sahabat cari makan dahulu, lepas cukup makan, baru buat kerja hidayat atau baru hendak belajar agama. Rasulullah s.a.w tidak pernah beritahu sahabat-sahabat sempurnakan segala keperluan dunia kamu, kemudian barulah buat kerja agama. Oleh kerana itu, didapati dikalangan sahabat-sahabat, walaupun mereka orang paling miskin, walaupun paling lapar sekali, paling banyak menderita kelaparan tetapi merekalah paling banyak mujahadah untuk agama Allah s.w.t dalam apa segi sekali pun. Abu Hurairah r.a paling lapar sekali tetapi muhadith yang paling besar. Kaab b. Malik adalah qari yang paling baik dan dia juga orang yang paling lapar. Usman r.a mempunyai sifat yang paling pemalu sekali. Keadaan agama sahabat-sahabat tidak pernah bergantung pada keadaan dunia mereka. Apa pun keadaan dunia mereka, mereka diajar oleh Nabi s.a.w untuk buat kerja agama.Agama terhasil bukan bergantung pada asbab-asbab dunia tetapi bergantung pada sebanyak mana usaha. Sebanyak mana usaha dijalankan, maka sebanyak itulah agama dapat dihasilkan. Mereka tidak pernah dihubungkan dengan mana-mana benda dunia atau mana-mana kerja dunia mereka walaupun mereka buat benda itu, mereka berniaga, mereka ada kebun, tetapi tidak ada satu orang pun daripada mereka dihubungkan dengan benda-benda itu. Pengenalan mereka, ta’aruf sesama mereka, mereka tidak kenalkan diri mereka sebagai peniaga, petani dsbnya. Sebaliknya apabila kita sebut nama mereka, belakangnya ada ‘radiallahhuanhu’. Pengenalan diantara mereka samada muhajir atau ansar. Inilah keadaan sahabat-sahabat. Muhajir dan ansar, dua keadaan untuk bantu agama, untuk kerja agama.


Kita perlu fikir atas asas apakah Rasulullah s.a.w telah tinggalkan umat ini? Bagaimana Rasulullah s.a.w, pada hari pertama lagi, Baginda s.a.w telah bentangkan dakwah pada umat ini dan semasa Baginda s.a.w tinggalkan umat ini, masa tinggalkan dunia ini. Didapati daripada riwayat, Rasulullah s.a w tinggalkan 3 perkara kepada umat ini. 3 perkara yang Baginda s.a.w pesan sebagai pesanan terakhir. Apakah perkara terakhir yang Baginda s.a.w bagi pada umat ini sebagai wasiat? Wasiat adalah perkara yang wajib diamalkan kerana orang itu sudah hendak pergi, sebelum pergi dia tinggalkan pesanan. Atas 3 perkara inilah tarbiyah umat ini dan atas 3 perkara inilah umat ini telah dibangkitkan. Telah diserahkan 3 tanggungjawab ini pada umat ini. Semasa tinggalkan umat ini, Rasulullah s.a.w tidak beritahu perkara yang baru. Atas 3 asas inilah sebenarnya usaha nabi, tarbiyah nabi.
Kalimah-kalimah terakhir Nabi s.a.w semasa meninggalkan dunia ini. Baginda s.a.w pesan, pertama, “Assolah, assolah”, “Jagalah sembahyang, jagalah sembahyang”. Kedua, “Hak-hak hamba. Ketiga, “Hantarlah tentera Usamah r.a”. Semua orang faham apa kedudukan wasiat dalam agama. Wasiat ini wasiat siapa? Wasiat Nabi s.a.w, khatammul ambiya, nabi terakhir. 3 pesanan ini termasuk ibadah, muamalat, muasyarah dan usaha untuk menghidupkan ibadat, muamalat, muasyarah. Baginda s.a.w beritahu apa yang perlu dibuat dan beritahu bagaimana perkara-perkara ini boleh dihidupkan. Dalam pesanan Nabi s.a.w, “Assolah, assolah” telah termasuk semua hukum-hukum Allah s.w.t. Hak hamba adalah yang paling kecil, tetapi yang paling kecil pun dipesan, bermakna yang lebih besar daripada itu, hak ayah, hak isteri, hak anak, hak orang-orang Islam, semuanya dipesan oleh Nabi s.a.w.
Sembahyang adalah tiang agama yang membezakan antara iman dan kufur. Nabi s.a.w telah pesan tentang sembahyang dan semua hukum-hukum ibad. Seluruh agama telah dipesan. Bagaimana hendak hidupkan 2 perkara ini. “Jangan kamu terkesan dengan kewafatan aku”. Dakwah diterima daripada Nabi s.a.w tanpa ada apa-apa halangan. Nabi s.a.w telah tinggalkan 3 perkara ini iaitu hukum Allah s.w.t, hukum ibad dan bagaimana hendak usahakan untuk hidupkan semua agama ini. Nabi s.a.w pesan, teruskan hantar tentera Usamah r.a. Apa wasiat Nabi s.a.w? Walaupun datang musibah yang paling besar, apa musibah yang lebih besar daripada wafatnya Nabi s.a.w? Tidak ada! Walaupun dunia ini ditimpa musibah yang paling besar sekalipun , jangan tangguh kerja agama, itulah maksud Nabi s.a.w. Tidak ada musibah yang lebih besar menimpa dunia ini selain daripada kewafatan Nabi s.a.w, tetapi itupun Nabi s.a.w pesan, jangan tangguhkan tentera Usamah r.a. Usamah adalah cucu angkat Nabi s.a.w iaitu anak kepada Zaid r.a.
Oleh kerana itu, kita kena istighfar atas kelalaian kita dan buatlah keputusan bahawa kita akan jadikan kerja ini sebagai maksud hidup kita. Sebanyak mana dakwah hidup, sebanyak itulah agama akan hidup. Iman dan amal akan hidup berkadar dengan dakwah. Sebanyak mana dakwah keluar, sebanyak itulah agama akan keluar dan kelemahan dalam yakin pun akan datang. Masalah sebenarnya bukan untuk kita seorang sahaja. Seluruh usaha ini adalah untuk tukar suasana seluruh dunia. Kalau tidak, keadaan kerosakan akan mengalahkan agama yang ada pada infradi-infradi. “Aku adalah Rasul kepada kamu semua dalam satu masa”, untuk orang hitam, untuk orang putih, untuk peniaga, untuk pekilang, untuk orang yang majoriti, untuk orang yang ada kekuatan jasmani, untuk raja, untuk menteri, untuk mana-mana kampung, untuk mana-mana tempat. Nabi s.a.w tidak khususkan pada mana-mana benda ini. Nabi s.a.w datang untuk semua manusia. Sekarang ini, nabi untuk seluruh umat dan umat ini hanya untuk infradi mereka, tidak! Tanggungjawab kenabian adalah untuk ijtima’i, untuk seluruh umat. Demikian juga tanggungjawab umat ini untuk seluruh umat.

Nabi tidak datang untuk mana-mana kaum tertentu atau mana-mana kampung tertentu. Nabi s.a.w adalah untuk seluruh alam. Oleh itu, setiap peribadi umat ini juga bertanggungjawab untuk seluruh manusia di seluruh alam. Setiap orang daripada umat ini bertanggungjawab untuk seluruh manusia. Allah s.w.t beritahu pada Nabi s.a.w, “Nabi adalah untuk seluruh umat dan seluruh umat adalah untuk seluruh umat”. Amal untuk peribadi, tidak cukup untuk umat ini. Keselamatan umat ini adalah dalam fikir untuk seluruh umat yang lain. Kalaulah rumah jiran terbakar, dia keluar daripada rumahnya sendiri, kalau dia keluar untuk jaga rumah dia sahaja, maka rumah jiran dia tidak akan selamat dari kebakaran dan kebakaran akan kena rumah dia juga. Kita kena ajar agama untuk keluarga kita. Kejahilan adalah neraka. Keadaan yang tidak ikut agama adalah neraka. Dalam Quran ada diberitahu, “Jaga diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka”. Apa maksudnya? Ajar agama pada keluarga kamu. Belajar agama dan kamu kena ajar agama pada keluarga kamu. Belajar agama dan ajar agama. Ajar jiran kamu, ajar orang kampung kamu, ajar orang marhallah kamu, ajar orang daerah kamu, ajar orang negeri kamu dan ajar orang seluruh alam.

Dengan perantaraan dakwah, kita kena tukarkan keadaan, tukarkan suasana untuk jaga agama. Kita jaga agama kita dan kita jaga agama orang lain juga. Sekarang bukan masanya kita lari dari tempat yang rosak agama dan selamatkan diri. Siapa yang tinggalkan satu tempat untuk jaga agama dia seorang sahaja bererti dia telah engkar tanggungjawab dia untuk jaga agama umat ini. Peningkatan agama dalam diri sendiri ialah bila kita usaha untuk tingkatkan agama dalam diri orang lain. Agama dalam diri kita akan kekal dengan kita usaha atas agama dalam diri orang lain. Siapa yang tidak dakwah orang lain untuk bawa pada iman, untuk ajak pada amal, maka dia sendiri telah tutup jalan keselamatan untuk diri dia sendiri. Tafsir surah Al-Asr, siapa yang amal untuk diri dia sendiri, tidak bawa orang lain pada amal, dia sedang tutup jalan keselamatan untuk diri dia sendiri. Perkara yang disebut oleh Quran untuk selamatkan diri adalah bawa umat kepada amal, bawa umat kepada iman. Ini ditentukan oleh Quran, cara Quran. Apa yang ditulis dalam Quran bukan sekadar pengalaman tetapi satu benda yang pasti berlaku. Oleh itu, kita kena tambah pengorbana kita dan buat azam untuk sebarkan kerja agama ke seluruh alam.

No comments:

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH