Tuesday, March 15, 2011

Pompuan Mati Katak (Siri 3)


Pompuan Mati Katak (Siri 3)
Pakaian Purdah Tidak Ada Dalam Islam...

Nie Aku  Nak Tulug Habag Skit Sifat Sifat Pakaian Wanita Dalam Islam, Kot2 Ade Lagi Yg Tak Tahu Sebab Asyik Dok Tengok Ustazah ‘M’ (Bukan Nama Sebenar) Pakai Macam Macam Stail.

1.     Sudah Tentu La Pakaian Apapun Yg Dipakai Mesti Menutup Aurat N ‘Aura’

2.    Pakaian Tu Mestilah Jangan Nipis. Nie Lagi Bahaya Sebab Kadang2 Orang Cakap ‘Pakai Baju Macam Tak Pakai Aje’. Tak Bole Pakai Pakaian Yg Bole Nampak Bayang2 Batang Tubuh. Nie Bra/Coli Pun Orang Laki Nampak Pakai Warna Apa Tiap2 Hari. Siap Ade  ‘Tema’ Lak Tu. Hari Isnin Warna Apa...Selasa Warna Apa.... Siap Sedondong Warna Kat Baju Ari Tu. Huhuhu Kasi Seksa Batin Lelaki Jer

3.    Pakaian Tu Mestilah Tidak Ketat Atau Sempit. Huh... Jangan La Sampai ‘Bukit Berapit’ Korang Tu Menyebabkan Ramai Lelaki Eksiden Kat Jalan Raya.Aku Pun Heran Lor Orang Pompuan Nie??? Aku Yang Masa Zaman Kegemilangan Lagi Gagah Perkasa Muda2 Dulu Pun Tak Sanggup Kuar Bandar Pakai Pagoda, Sebab Segan Rase Cam Tak Pakai Baju. Tapi Bila Aku Duk Lepak Kat Hentian Kotaraya Sambil ‘Tertengok’ Kaum Pompuan Pakai Pagoda..Ish Tak Faham Aku. Pakaian Tu Mestilah Menutup Part2 Yg Sensitive Yg Bole Menyebabkan Kaum Lelaki Merana Kerna Orang Umah Basuh Telekung Minggu Tu Huhuhu.

4.    Warna Pakaian Plak Mesti Suram Atau Gelap. ( Senang Cakap, Pakai Cam Pi Ziarah Orang Mati) Tujuannya Supaya Nafsu Orang Laki Pun Jadik Mati... Menurut Ibnu Kathir, Dalam Tafsirnya. Pakaian Wanita2 Pada Zaman Nabi Saw Ketika Kuar Umah Adalah Berwarna Hitam.

5.    Pakaian Itu Jugak Jangan Disemburkan Dengan Bau Bauan Yang Harum. (Tapi Kalu Ade Perfume Yang Bau Cam Bangkai Cicak Mmg Digalakkan Sangat Lor.) Kerna Bau Yg Wangi Mendatangkan Pengaruh Pada Lelaki Ajnabi. Pompuan Yg Kuar Umah Pakai Minyak Wangi Disifatkan Oleh Rasulullah Saw Sebagai ‘Zaniyah’ Yakni Pompuan Pelacur. Yang Nie Pun Aku Heran Jugak...Pompuan Nie Kalu Kuar Tandas Mesti Bau Minyak Wangi. Apa Hampa Buat Tandas Yer??? Lepas Tu Mesti Bawak Beg Tangan. Besar Lak Tu.Takkan Masuk Tandas Pun Nak Kena Bawak Ic Dan Lessen Memandu??? Musykil Musykil....( Ceh Musykil Konon...Pi Raahhh...Hang Taktau Kaa.. Dlm Beg Tangan Pompuan Tu Sume Ade. Set Bedak, Perfume, Cermin Kecik Lipstick, Ush Macam Macam Adaaaa.... Ntah2 Kuih Raya Pun Ade!!! Ahaks)

6.    Pakaian Tu Jugak Tak Bole Bertashabbuh (Menyerupai) Pakaian Lelaki. Dah Tentu La Suar Takleh Pakai. Ape? Ustazah Pakai. Wei...Agama Nie Bukan Ikut Ustaz Ustazah, Agama Ikut Quran Hadis Lor.

7.    Pakaian Tu Jugak Tak Bertashabbuh Dengan Pakaian Perempuan2 Kafir Dan Musyrik. Dalam Quran Pun Tuhan Tanya Kita “Sama Ka Orang Yg Fasik Dengan Orang Yg Beriman; Langsung Tak Sama.”

8.    Pakaian Tu Jugak Bukanlah Libasu ‘Sh-Shuhrah, Yakni Pakaian Yang Dipakai Semata Mata Nak Bangga Atau Megah Megah Atau Tuk Menunjuk Nunjuk Atau Berhias Hias. “Nie Kain Nie Suami I Order Kat Kawan, Dia Balik Dari Dubai Bari Nie Ahaks.”
Sebenarnya Wanita Zaman Jahiliyah Di Tanah Arab Mendedahkan Aurat Mereka Seperti Wanita Moden Sekarang Nie. Ada Yang Berkelumbung Kepala, Tapi Dedah Muka, Dedah Dada.
Bersambung pada siri akan datang....

6 comments:

Mohamadazhan.com said...

senang sangat nak jumpa tak tutup aurat...

jay said...

setujuuuu..... peace..

Mariah Binti Abd Rahim said...

Alhamdulillah.. peringatan yg bagus bagi yg masih belum menutup aurat, juga bagi yg sudah menutup aurat tetapi blum sempurna..

Marina Ali said...

entri yang menarik untuk dishare,hehehe akak pun malu siput sedut kalau tengok pompuan pakai seksi....merana mata akak nie...kalau jalan ngn suami ternampak minah seksi cepat2 akak cakap kenapa mata abang nie...suami pun mengelabah ekh kenapa pulak dgn mata abg...nak alih perhatian suami...kih!Kih :)

AS SAFI TIJARAH ENTERPRISE said...

Salam.

Best gak baca n3 drp pembayan sorg ni. Tp smpai skrg kompius, awat pompuan tu mati katak?

AkuHuduh said...

to mhjdesa...
hang buat bancian dari umah ke tempat keje jumlah wanita hang jumpa dan kira nisbah tutup aurat ngan tak tutup aurat sempurna. lepas tu hang fikiq berapa ramai lak laki kena tarik masuk neraka...huhuhu

to personal blog...
peace taik kucing

to mariah KARI...
yg sempurna aurat sahabiah.

to marina BEACH..
cuba SEKSI skit dlm umah...jgn jadik PAIP BESI....

to ikanharuan oopss aliaazuan...
entry nie bukan citer HINDUSTAN tgok 5 minit leh tau ending..

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH