Thursday, August 25, 2011

MEMBURU LAILATUR QADAR KE SRI PETALING

Jumaat Malam Sabtu Aku Dan  Sorang Rakan Ku Daripada Ramai2 Rakan Yg Ku Pujuk Rayu Memulakan Perjalanan Ke Sri Petaling Dlm Keadaan Slow N Steady.

Target Utama Aku Ialah Nak Ibadat Kaw2 Punya...Malam 21 Ramadhan Sebab Dapat ‘Hint’ Tahun Nie Jatuhnya Lailatur Qadar Pada Malam 21. Sampai Sri Petaling Dlm Pukul  4 Pagi Lebih Dlm Perjalanan Kira 300 Km Lebih. Solah Beberapa Rakaat Terus Tiba Time Sahur Kat Sri Petaling.

Menunggu Waktu Subuh Dgn Mata Yg Belum Tido Semalaman....Aku Terus Gunakan Kepakaran Tido Sambil Duduk  Yg Telah Lama Dikuasai Bila Kira Kira 15 Tahun Dulu Huhuhu. Jap Jer Tido, Bila Aku Tgok Kawan Aku Tersandar Kat Tiang Masjid Sri Petaling Dgn Mulut Tergangga Cam Nak Tadah Air Hujan Jer. Langsung Aku Menuju Ke Dia Dan Kejutkan Dia. Letih Benor Mamat Tu Huhuhu. Semata Mata Dtg Sri Petaling Dgn Sahih Iktisab Mencari Malam 1000 Bulan...Harapkan Ganjaran.

Bayan Subuh Dari Jemaah Qatar Berbangsa Pakistan Bercakap Urdu. Antara Citernya Kisah Jemaah Malaysia Yg Kuar Ke Qatar Tahun 2000. Ada 8 Orang Dan Dia Masih Ingat Nama Mereka Sampai Skrg. Ada Sorang Yg Bayan Malam Markaz Kat Qatar Hinggakan Sume Orang Menangis. Sedih Lak Aku...Huhuhu Sebab Aku Pun Kenal Orang Tu. Namanya Yusof ( Arwah Pak Yusof – Semoga Allah Terangkan Kuburnya Dan Naikkan Darjatnya)


Berikut Lebik Kurang Perbualan Mereka:

Pembayan    : Berapa Negara Sudah Kuar Dlm Usaha Dakwah Nie...?
Pak Yusof      : Ush Hamper 100 Negara Lebih Dah Pocik Kuar..
Pembayan    : (Sesi Terkejut Beruk) Anta Kerja Apa!!!?
Pak Yusof      : Ana Keje Potong Rumput Saje La.. (Lengok P Ramlee)
Pembayan    : (Sesi Terkejut Beruk Lagi) Anta Potong Rumput Pun Bole Pergi 100 Negara???
Pak Yusof      : Ana Dapat Kuar 100 Negara Bukan Pasal Potong Rumput Laa.... Ana Dpt Kuar Banyak  Negara Kerna Allah Terima Ana Dlm  Usaha Ini... Setiap Kali Ana Hayun Sabit, Ana Minta Doa Sama Allah Supaya Terima Ana Dlm Usaha Ini....
Pembayan    : .......................
Pendengar   : Hampir2 Jadik Beruk......


Ok, Lepas Abiskan Amalan Pagi.... Maka ‘ Landing Time’. Bedal Tido Samapi Kul 11 Pagi Lebih.. Bangun Mandi  Settlekan Dhuha.

After Zuhur Namaz Gi Kawasan Masjid India Cari Kitab Skit... Perrhhh Jalan Jem Ngan Manusia Sibuk Beli Dan Tak Belah Pulak Lepas Tu... Pompuan Toksah Citer La...Berenyut Kata Org Utara. Jalan Sekaki Berhenti Usha Kain...Huhuhu. Last2 Aku Balik Masjid Sri Petaling Satu Kitab Pun Tak Beli.


Buka Pose Hari Sabtu Kat Sri Petaling Menunya Nasi Beriani..Kambing

Pastu Dengar Bayan Dari Hj Osman Simpul. Hj Osman Simpul Pun Ada Kisah Tersendiri. Macam Mana Dia Bole Involve Dlm Usaha Tabligh Nie. Actually Dia Nie Dulu Merupakan Setiausaha Sulit Kerajaan. Di Hantar Ke New Delhi Untuk Menyiasat Ttg Gerakan Tabligh. Malam Dia Iktikaf Kat Masjid Nizamuden Aulia. Sorang Lagi Iktikaf Kat Hotel. So Allah Beri Hidayah Kat Dia, Hasil Melihat Amalan2 Malam Jemaah Yg Iktikaf. Balik Malaysia Beri Laporan Tabligh Ok Jer.

Dikatakan Jugak Antara Amalan Dia Sekarang Ialah Pose Sepanjang Tahun. Huh...Kalu Tgok Pada Tubuh Fizikal Dia Mmg Logic Laaa, Kurus Kelingking..


Sebelum Isyak, Aku Bincang Ngan Kawan Nak Buat Terawih Ikut Groups Mana. Yg 20 Rakaat 1 Juz Atau 20 Rakaat 3 Juz Atau 20 Rakaat 5 Juzuk. Kemudian Ustaz Hamid Buat Iklan Terawih Malam Nie Yakni Malam 21 Akan Dibuat 10 Juzuk!!! So Aku Kata Allah Pilih Kita Buat 10 Juzuk Lor..


Dgn Kaki Yg Lenguh Pasal Gatai Pi Ronda Kat Masjid India...Peerrhhh Nak Ngadap 10 Juzuk Lak... Lepas Solah Sunat Isyak Aku Bisik Dgn Kawan Ku Supaya Betuikan Niat. Apa2 Amalan Agama Sebenarnya Dtg Dgn Taufik Allah Swt.  Bukan Kekuatan Dan Ilmu Kita. So Minta La Pada Allah Beri Kekuatan Dan Nafikan Keupayaan Kita.


10 Juzuk Buat Kat Bilik Mesyuarat Kuala Lumpur Kelebihannya Ada Air Cond Huhuhu. Ade Lebih Kurang 30 Org Kot Mula2 Start. Mula Lebih Kurang Jam 9.05minit Malam. Selesai Beri Salam Aku Tgok Jam Pukul 9.35 Malam. Maknanya 2 Rakaat Bacaan 1 Juzuk = 30 Minit.

Aku Malas Nak Mikir Berapa Lama Lagi Nak Berdiri. Cuma Bila Kita Buat Baru Kita Rasa Sendiri Hakikat Nya Berdiri Lama Nih..

Antara Yg Aku Rasa :
·        Kaki Panjang Sebelah. Huhuhu Aku Rasa Berat Badan Cam Duk Kat Selah Kaki Jer.
·        Rasa Tapak Kaki Panas Lor..... Mungkin Al Sebab Haba Tapak Kaki.

Alhamdulillah Kesan2 Tu Berlaku Dlm Rakaat2 Yg Pertama Saje... Akhir Sekali Aku Dapat Posisi Yg Paling Aku Selesa Yakni Belakang Imam Kiri Skit. Sebelah Aku Adik Pada Dr Hasan Ali Exco Selangor Yg Buat Serbuan Ke Gereja Tu.

Sume Sekali 10 Hafiz Yg Terlibat Termasuk Sorang Darinya Ustaz. Dipendekkan Citer Akhirnya Solah Sunat Teraweh 10 Juzuk Dan 20 Rakaat Dihabiskan Dgn Witir Lebih Kurang Jam 1 Suku Pagi. Maknanya 4jam 15 Minit.

Lepas Tu Kita Org Belasah Roti Nan Kat Bawah. Naik Masjid Abiskan Beberapa Amalan Kerna Nak Tido Sayang  Sebab Dikatakan Lailatur Qadar Jatuh Malam Nie ( Disebut Dlm Kitab Dan Jugak Risik2 Ngan Maulana Sri Petaling Waallahu ‘Alam)
Sahur Beriani Lagi...Kali Nie Lagi Sedap. Bayan Subuh Hj Ghazi Mantan Pegawai Besar Telekom.

Aku Abiskan Dlm Rm100 Lebih Beli Kitab. Korbankan Perkara Yg Tak Penting Gantikan Dgn Kitab Huhuhu. 

Lepas Zuhur Tangguh.



2 comments:

ahLia shahril said...

waaa..terbaek

AkuHuduh said...

akhirnya...malam laila diketemui pada malam 21 berdasarkan maklumat yg diterima. antaranya.....

msj yg diantar pada satu jemaah rakan yg kuar di kampung org asli begini lebih kurangnya...

perisik laila : mlm laila jatuh pd 21, syura kemboja call kasi tau. dlm kemaah kami ada org kemboja

akuhuduh : syura malaysia tak kasi tau apa2 pun..ngeh..ngeh..ngeh

perisik laila :hj sulaiman syura kemboja..., dia nampak bukit dan pokok sujud waktu chaya bulanterang. kami satu jemaah bangundlm kul 2 pagi, tgok bulan terang pelik dan banyak tanda2 ajaib.

akuhuduh : huhuhuhu..............

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH