Thursday, January 19, 2012

cinta ORANG KURANG UPAYA (OKU)

Chenta oku

Cinta tak kenal usia...
Cinta tak kenal bangsa...
Cinta tak kenal darjat...
Cinta tak kenal cacat...

Ikuti petikan ayat2 cinta dari seorang pompuan oku kepada lelaki oku di sebuah sekolah nusantara....
Hampir semua tulisan tidak diedit tuk mengekalkan ke OKU an surat nie..
Semua surat2 nie akan dibakar masa si azim kuar 3 hari cuti raya cina nie...menunjukkan keazaman tak mau bercinta sebelum kawen huhuhu....

Surat 1

Azim hang ada awet ka kalau ada tunjuk kat aku. Kalau hang tak dak takpa. Azim hang bila nak tulis surat kat aku aku dak hantar bak bayak banyak kali dah tau hang tapi hang tak bap balas balas pun.
Petang ni aku takdak kat umah aku pergi bagan dengan mak aku. Esok mak hang mai tak.aku aku nak tahu hang azim aku nak tahu hang suka kat aku atau tak. Azim aku betul-betul suka kat hang.hang tengok aku lukis bentuk hati

*azim takleh balas surat pasai dia bagi tau saya dia tak pandai menulis lagi uhuks....
*bentuk hati leh lukis sini, nanti ada masa upload...


Surat 2

Aku suka hang sebab hang sangat baik dan hang sa suka tolong cikgu.
Kalau hang seyum aku suka dan hati bed gembira.dan hang sangat tegas.dan hang aku suka tengok hang seyum.dan aku tau hati hang sangat baik

*tips....pompuan suka lelaki yg ringan tulang hahahaha


Surat 3

Azim semalam hang kata nak telefon aku. Aku tunggu semalam tau tapi hang tak telefon akupun.
Petang ni hang telefon aku.
Hang telefon nombor mak aku.
Akuka tunggu tau.

*tips... pompuan tak suka lelaki mungkiri janji... pompuan kalu janji pegang sampai mati, duk tenung telefon dari pagi sampai petang hari...kesian yer...


Surat 3

Azim aku betul betul suka kat hang. Aku tak main-main. Aku serius. serius tau. Azim petang ni hang pergi pekan tak.kalau hang pergi aku nak jumpa hang.

*Tips.... pompuan ternanti nanti saat pertemuan...


Surat 4

Aku mau kawan dengan hang tapi dengan satu syarat. Aku tak mau kita bergaduh lagi tau. Aku mau berkawan dengan hang tapi hang yang tak mau berkawan dengan aku. Aku nak kita berkawan berkawan semula aku harap hang pak faham perasaan aku azim. Am aku tak mau kita bergaduh lagi.
Aku marah sebab yusri bukan hang la azim.

*tips.... pompuan mahu lelaki sentiasa memahami atau buat2 faham perasaan mereka ahaks.. yusri sebagai ujian kesetiaan....


Surat 5

Azim mak hang nak kawin ka kalau mak hang kawin jemputlah aku.
 Azim hang o mau aku jadi awet hang kalau hang tak mau tolong balas.


*Tips...pompuan sentiasa ternanti nanti respon, malangnya dlm kes nie azim ialah OKU yg belum pandai menulis  huhuhuhu


  

"Sungguh allah jadikan kamu berpasang pasangan"



*AZIM KINI TELAH MULAI MENJAGA SOLAH 5 WAKTU DI SURAU TEMPAT AKU BUAT USAHA. WAKTU ZUHUR ASAR TIME AZAN HANYA DIA SI OKU YG ALLAH PILIH TUK SAHUT SERUAN AZAN DARI RAMAI2 ORG.
AZIM JUGAK DUDUK DLM MAJLIS BACAAN HADIS SELAMA 1/2JAM SETIAP HARI.
HABIS BACAAN HADIS AZIM AKAN ZIKIR 300 PAGI DAN PETANG DI BELAKANG AKU. KERNA DIA TAK INGAT LAGI LEPAS SUBHANALLAH NAK SEBUT APA, SO DIA CUIT AKU TANYA.

AZIM TELAH MEMBAWA PULANG NOTE AKU TULIS BARANG YG PERLU DIBAWA UTK KUAR 3 HARI CAM BANTAL SELIMUT DLL. NANTI BALIK SURUH MAK DIA BACA...

DOA LA UNTUK HAMBA PENDOSA INI DAN SI AZIM PEMUDA 16 TAHUN DLM DOA KALIAN.......




2 comments:

AHLIA NAIEM said...

masyaAlllah..hidayah itu milik sesiapa sahaja..Allah lah pemberi hidayah..

di marhalah saya juga ada seorg oku (org tua tp bersifat mcm budak2)..dia selalu tegur suami saya..

"abg, baju abg cantik" di pujinya jubah putih suami saya yg dh lusuh tu..

mggu depan dia pn pakai jubah juga tp yg stail arab tu, lengan pendek..dia dekat dgn suami saya..tengok jubah suami tgk jubah dia, berulang2 kali dia membandingkan jubahnya tu..suami saya paham.."takpe, jubah abg pendek lengan kan..nanti hari lain pakai yang panjang pulak ye..rasulullah suka yg pnjg"

minggu depan tersengih2 dia menunjuk2 jubah barunya.."sunnah kan abg" katanya kepada suami saya..:)

Iman said...

waaaaaa

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH