Rabu Lepas
Aku Dpt Berita Sepupu Aku Yg Biasa Aku Panggil Abg Ayie (Suhaili Zainuddin)
Kena Stroke Dan Berada Dlm Keadaan Kritikal Di Ppum. Melalui Info Yg Aku Dapat,
Dia Kena Stroke Berdarah. Aku Cuba Survey Kat Tenet Cari2 Information Ttg
Stroke Berdarah Nie. Apa Yg Aku Dapat Ialah :
Stroke Terbahagi Pada Dua Bahagian
Yakni Minor Stroke Dan Major Stroke. Major Stroke Plak Ada Dua Bahagian Lagi
Iaitu
·
Satu
Disebabkan Darah Yg Beku Lalu Menghalang Oksigen Sampai Ke Otak. Ini Akan
Menyebabkan Beberapa Sel2 Otak Yg Control Beberapa Bahagian Badan Akan Mati
Seterusnya Pesakit Yg Sedar Kebiasaanya Akan Lumpuh. Biasanya 9/10 Kena Stroke
Nie
·
Satu
Lagi Stroke Ialah Stroke Berdarah. Nie Disebabkan Tekanan Darah Yg Terlampau
Tinggi Hingga Urat Kat Dlm Otak Pecah. Otak Akan Lemas Dgn Darah Dan Pesakit
Akan Koma. Kalu Hidup Kira Ajaib....
Tahun 1993
Aku Duk Ngan Sepupu Aku Di Subang. Masa Tu Ler Dia Trap Aku Kuar 3 Hari Huhuhu.
Dia Tinggalkan Aku Kat Masjid Ngan ‘Geng’ Dia, Pastu Dia Sendiri Hilang (Daftar
Dan Lari). Aku Pun Tak Tau Istilah Jemaah Tabligh Nih. Jiwa Pun Muda, Nafsu
Bergelora, Hati Memberontak Rase Cam Nak Lari, Tapi Tak Tau Jalan. Maklum Ler
Orang Kampong. Kesan Terbaik Kuar 3 Hari Secara Tipu Daya Ialah Aku Mengakui
Jemaah Tabligh Baik, Buat Menda Baik, Suruh Kpd Kebaikan, Cakap Yg Baik2
Saje....Walupun Nafsu Aku Tak Suke...
Jadi Pada
Hari Jumaat Maka Aku Pun Bertolak Ke Kuala Lumpur Selepas Jam 3 Petang Membawa
Mak Ayah Aku. Ikut Jalan Lama Lumut – Setiawan – Sekinchan - Sg Buluh Sb Nak
Tgok Pesta Bendera...
Memandangkan
Budget Sampai Malam, Maka Pagi Sabtu Baru Nak Gi Ke Ppum Tgok Sepupu Aku. Namun
Setelah Balik Dari Solah Subuh, Mak Aku Habaq Sepupu Aku Baru Meninggal Sebelum
Subuh Tadi. So Kami Terus Ke Rumah Arwah Di Pjs 1/56 Taman Pejasa Dekat Taman
Medan Jln Kelang Lama.
Jenazah Dah
Sampai Ke Umah. Ahliah Atau Isteri Arwah Mengadu Pada Aku Yg Nurse Cukur
Janggut Arwah Tanpa Tanya Dulu Atau Mintak Kebenaran. Geram Betui Aku Dengaq.
Dipendekkan Citer
Jenazah Dibawa Ke Masjid As Salam Tuk Urusan Mandi Dan Solah Jenazah Selepas
Zuhur.
So Apa Yg
Aku Nak Citer Ialah :
Tok Imam
Bawa Tahlil Takyah Ler Menjerit Jerit...Kan Allah Suruh Berdoa Kepadanya Dgn
Cara Yg Lembut2. Pastu Time Doa Selit Jugak Pasal Pru 13...Ish Tak Kira Tempat
Nak Jugak Sentuh Bab2 Nih. Hormatilah Skit Sensitivity Kaum Keluarga Arwah Dan
Org Yg Hadir.
Aku Suruh
Ler Anak Saudara Aku Jadik Imam Solah Jenazah Ayah Dia. Aku Bagi La Kursus
Jangka Pendek Dan Fadhilat Bahwa Jika Anak Yg Solahkan Jenazah Bapak Maka Allah
Ampunkan Sume Dose2 Ayahnya. Last2 Aku Plak Yg Dia Suruh Imamkan Jenazah Bapak
Dia. Anak Sulung Dia Umur 27 Dah Ada Ada 8 Bijik Rumah Sekitar Kuala Lumpur Dan
Petaling Jaya. Setiap Umah Dia Belikan Tuk Mak Ayah Dan Adik2 Pompuan Dia. Kira
Abg Yg Baik Nie...
So Moral Of
Story Jika Kita Ada Anak Laki Maka Persiapkan Lah Anak Kita Supaya Bole Jadik
Imam Bagi Jenazah Kita Nanti. Apa Guna Ada 8 Org Anak Yg Hebat Dr Segi Dunia
Tapi Nak Suruh Jadik Imam Solah Jenazah Pun Tak Mampu. Salah Sape? Salah Kita
La Yg Corakkan Anak Kita.....
So Skrg Bagi
Mereka2 Yg Baca Statement Aku Nih...Cer Renung Dalam2 Anak Laki Mana Yg Bole
Jadik Imam Solah Kita Andai Kita Mati Hari Nie Atau Sok Pagi...
No comments:
Post a Comment