Kisah
Nabi Allah Yusof As ( siri 2 baca sini....)
Bab
Chenta Berahi Puteri Siti Zulaikha Pada Yusof...
Adapun
Akan Puteri Siti Zulaikha Pun Sangatlah Hatinya Berahi Akan Nabi Allah Yusof
Daripada Sehari Kepada Sehari Makin Bertambah Tambah Juga Berahinya Dan
Kasihnya Akan Nabi Allah Yusof, Kerana Puteri Siti Zulaikha Lagi Anak Dara
Dengan Muda Belianya.
Maka
Akan Raja Aziz Katafir Pun Memberi Akan Puteri Siti Zulaikha Dan Nabi Allah
Yusof Pada Tempat Sesuatu. Apabila Telah Sampailah Kepada Tiga Puluh Tahun,
Maka Akan Raja Aziz Katafir Akan Nabi Allah Yusof Itu Dijadikan Menterinya Di
Dalam Negeri Mesir Itu Dan Diserahkan Segala Perbendaharaan Di Dalam Tangan
Nabi Allah Yusof As.
Liqawlihi
Taala : Dan Demikianlah Caranya Kami Menetapkan Kedudukan Yusuf Di Bumi (Mesir
Untuk Dihormati Dan Disayangi), Dan Untuk Kami Mengajarnya Sebahagian Dari Ilmu
Takbir Mimpi. (Surah 12:21)
Sebermula
Raja Aziz Katafir Pun Berkata Akan Nabi Allah Yusof : “Ini Kuambil Akan
Anakku.” Tetapi Akan Puteri Siti Zulaikha
Itu Sangat Berahinya Akan Nabi Allah Yuof, Tiadalah Tertahan Olehnya,
Gilalah Rasanya Dan Kuninglah Mukanya. Bahawa Dikehendaki Oleh Puteri Siti
Zulaikha Akan Nabi Allah Yusof Itu Mengikut Hawa Nafsunya. Maka Daripada
Ingin Sangatlah Puteri Siti Zulaikha
Akan Nabi Allah Yusof Itu,
Liqawlihi
Taala : Dan Perempuan Yang Yusuf Tinggal Di Rumahnya, Bersungguh-Sungguh
Memujuk Yusuf Berkehendakkan Dirinya; (12:23)
Maka
Tatkala Nabi Allah Yusof Di Rumah Puteri
Siti Zulaikha Maka Oleh Puteri Siti
Zulaikha Diserunya Akan Nabi Allah Yusof
, Dikatakannya Rahsianya Dan Kehendaknya Itu Kepada Nabi Allah Yusof . Maka
Nabi Allah Yusof Tiada Redakan Bicaranya
Itu, Maka Beberapa Upayanya Hendak Berdapat Nabi Allah Yusof . Maka Itu Pun
Tiada Juga Nabi Allah Yusof Redakan Dan
Tiada Nabi Allah Yusof Kena
Upayanya
Itu.
Maka
Ada Inang Puteri Siti Zulaikha Yang Memeliharakan Puteri Siti Zulaikha Dari
Kecil, Maka Ujar Puteri Siti Zulaikha : “Ya Mak Inang Bicarakan Olehmu Halku
Ini, Tiadalah Menderita Hatiku Oleh Sebab Bernyala Nyala Apinya Maka Asapnya
Naik Ke Muka. Maka Dengan Api Berahi Itu Hendakkan Aku Padamkan Dengan Air
Makin Sangatlah Nyalanya, Melainkan Yang Dapat Memadam Dia Itu Yusof Itulah
Dengan Sebab Kerana Sangatlah Berahi Hatiku Akan Dia. Jika Tiada Aku Peroleh
Nescaya Jadi Penyakit Nyawalah Rupanya Atasku, Bawa Apalah Yusof Itu Kepada Aku.”
Maka
Sahut Inangnya : “Wahai Tuan Puteri, Jika Tuan Puteri Hendak Akan Penuh Seperti
Hasrat Tuan Puteri, Hendaklah Tuan Puteri Suruh Perbuat Sebuah Mahligai 7
Pintunya Dan Tujuh Peraduannya Di Dalamnya Yang Terlalu Indah Indah, Maka
Segala Dinding Mahligai Itu Suruh Tuliskan Rupa Tuan Puteri Dan Rupa Yusof
Duduk Pada Tempat Itu, Nescaya Ingin Juga Yusof Itu Akan Tuan Puteri, Di
Sanalah Tuan Puteri Bertemu Dengan Yusof Itu.”
Bab
Rancangan Membina Mahligai Dan Keindahan Dalamnya..
Maka
Puteri Siti Zulaikha Pun Menyuruhkan Segala Tukang Berbuat Sesuatu Mahligai
Yang Keemasan. Maka Dipanggil Orang Yang Pandai Menulis, Lalu Diberinya Emas
Akan Orang Itu. Disuruhnya Tulis Kepada Dinding Mahligai Itu Rupanya Dan Rupa
Nabi Allah Yusof Dan Pada Sesuatu Dinding Ditulisnya Puteri Siti Zulaikha
Berkata Kata Dengan Nabi Allah Yusof Dan Pada Satu Dinding Ditulisnya Puteri
Siti Zulaikha Oleh Berpeluk Peluk Dengan Nabi Allah Yusof Dan Pada Satu Dinding
Ditulisnya Puteri Siti Zulaikha Diriba Nabi Allah Yusof Dan Pada Suatu Dinding
Ditulisnya Puteri Siti Zulaikha Dengan Nabi Allah Yusof Seperti Orang Laki
Isteri.
Pada
Masa Itu Sepatah Kata Puteri Siti Zulaikha Itu Jadilah Barang Yang
Dikehendakinya Di Dalam Benua Mesir Itu.
Dengan
Tiada Berapa Lamanya, Maka Mahligai Itu Pun Sudahlah Diperbuatnya Oleh Segala
Pandai Itu, Maka Akan Segala Perhiasan Peraduan Itu Daripada Tirai Kelambu Yang
Keemasan Dan Permaidani Dan Mutiara Dan Tilam Yang Amat Ajaib. Maka Dan
Dibubuhnya Bau Bauan Dan Diasapnya Dengan Astanggi Itu Dan Ditaburinya Pelbagai
Bagai Perhiasan Yang Terlalu Indah Indah Diturutnya Seperti Kata Inangnya Itu
Oleh Puteri Siti Zulaikha.
Bersambung
Kisah Nabi Allah Yusof Digoda Masuk Mahligai.....
2 comments:
salam...teringat saya kitab usul ambia'
rasa mcm lama pakcik xtulis blog...cibuk kali....salam
Post a Comment