Kisah Nabi Allah Yusof Digoda Masuk Mahligai.....
Belek2 Note Tetiba
Terlibat Lah Kisah Nabi Allah Yusoff Dan Siti Zulaikha Maka Hampir Genap
SetahunLah Juga Ianya Terhenti...siri 01
Maka Hamba Cuba Juga Sedaya Upaya Menulis Kembali Barang Sepatah Dua Buat Penghibur Hati....
Harapan Hamba Moga Kita Suka Kiranya Akan Kisah Nabi2 Malah Menjadi Santapan Hati Nurani Anak Dan Isteri Setiap Hari...
Selamat Menikmati........
Setelah Nabi Allah Yusoff Datang Maka Kata Puteri Zulaikha:" Hai Yusoff Pergilah Engkau Kepada Mahligai Yang Baharu Diperbuat Itu Lihatkan Sudahkah Atau Belumkah?"
Maka Nabi Allah Yusoff Pun Pergilah Dan Puteri Siti Zulaikha Pun Mengikut Dari Belakang Nabi Allah Yusoff. Maka Nabi Allah Yusoff Pun HairanLah Melihatkan Perbuatan Mahligai Itu Dan Melihat Tulisan Pada Segala Dindingnya Itu.
Maka Puteri Siti Zulaikha Pun Datang Dari Belakang Nabi Allah Yusoff, Lalu Masuk Ke Dalam Tirai Tujuh Lapis Yang Keemasan Yang Bertatahkan Ratna Mutu Manikam.
Maka Puteri Siti Zulaikha Pun Duduk Di Atas Emas Yang Bertatahkan Ratna Mutu Manikam Dan Yakut Dan Zamrud Itu, Maka Dipanggilnya Akan Nabi Allah Yusoff, Maka Nabi Allah Yusoff Tiada Mau Pergi Kepadanya.
Maka Oleh Puteri Siti Zulaikha Ditutupkannya Segala Pintu Mahligai Itu, Maka Katanya:" Hai Yusoff Inilah Aku Perbuatlah Olehmu."
Maka Kata Nabi Allah Yusoff:" Berlindung Kepada Allah Taala Bahawa Tuhanku Itu Sebaik Baik Tempat Berlindung. Bahawa Akan Tuan Puteri Isteri Raja Aziz Katafir, Bahawa Akan Raja Katafir Itu Pengulu Hamba Pula Sebaik Baik Tempat, Tempat Hamba."
Untuk Mengelakkan Pembaca ' Stim' Maka Eloklah Hamba Menangguhkan Dulu Ini Cerita Barang Seketika.....
Bersambung Kiranya Nanti. Apalah Daya Hamba Menulis Mengikut Kata Hati.....Maafkan Hamba Wahai Pengemar
Kisah Bersiri....
Siri Akan Datang :
“ Ayat Stim Vs Ayat Takwa”
2 comments:
Tuan, ini 2 artikel yang tersangat menarik tentang politik nabi/
Politik dakwah
http://www.malaysiakini.com/news/158332
http://penaminangreturn.blogspot.com/2013/06/sudut-pandang-azman-husin-erti.html
antara petikan..
Parti politik dapat menguatkuasakan undang-undang kepada rakyat jika memenangi pilihanraya, tetapi ia tidak dapat mengubah akhlak masyarakat. Dakwahlah yang akan mengubah akhlak masyarakat. Sebaliknya, dalam demokrasi, rakyat yang telah mengubah parti politik. Jika parti politik tidak menuruti kehendak masyarakat, ia akan kalah.
.....Politik Nabi Muhammad SAW adalah mendakwah dan menyebarkan ajaran Islam kepada masyarakat melalui contoh teladan baginda sendiri, sehingga Islam menjadi cara hidup (addin, budaya dan semuanya tentang kehidupan manusia). Kesempurnaan agama seseorang itu akan terpancar melalui akhlaknya. Islam Nabi SAW bukan hanya di mulut dan ceramah. Semenanjung Tanah Arab yang jahil dan zulmat menjadi terang rohaninya kerana dakwah
.....Islam sebenarnya sudah ada kaedah politiknya sendiri, iaitu dakwah; memenangi hati majoriti rakyat dengan dakwah, menyampaikan kalimah kebesaran Allah. Apabila akhlak Islam menjadi budaya masyarakat, selesailah semua masalah. Masalah akhlak tidak boleh diselesaikan dengan kekuasaan politik.Masalah asas yang sebenarnya adalah begini: parti politik memilih kuasa untuk melaksanakan hukum-hukum Islam melalui negara. Nabi Muhammad SAW pula berusaha memasyarakatkan Islam. Walaupun tidak berhajatkan kepada kekuasaan, baginda telah dikurniakan kekuasaan oleh Allah sehingga tertegaklah negara Islam Madinah. Nabi menghidupkan api (agama) untuk menerangi alam. Parti politik mencari cahaya untuk menghidupkan api, sedangkan cahaya tidak boleh didapati jika tidak dihidupkan api.
So apa kaitannya dgn nabi yusoff!!!??
Post a Comment