Wednesday, March 31, 2010

MARI JADIK ORANG ASLI




Ade Satu Orang PAKAR BINATANG Yang Telah Menghabiskan Masa Hidup Dia Dengan Mengkaji Tentang Kehidupan Harimau. Apa Harimau Suka Makan...Makanan Jenis Apa Harimau Nie Suka, Kat Mana Tempat Tinggal Harimau Nih..Pantang Larang Harimau Nih Ape...Pendek Kata Sume Ttg Harimau Nih Dia Tau La...




Memang Takleh Tipu Dia Tentang Harimau Nih...Lagipun Bukan Skit Masa Dia Kaji Tentang Harimau Nih Berpuluh Puluh Tahun. Sampai Kuku Harimau Berapa Inci Pun Dia Tau. Gigi Harimau Ade Berapa Batang Sume Dalam Kepala Dia..


Sepintas Lalu Jer Dia Tgok Belang Harimau Tau Jantan Betina Siap Birthday Bila Pun Dia Leh Tau. Teruna Kaa Dara Kaa Pun Dia Tau.....Huhuhu Tero Betui Dia Nih...


Satu Hari Dia Bawak Satu Orang Asli Masuk Hutan Temankan Dia Cari Harimau. Orang Asli Ni Pun Bukannya Mau Sangat Tapi Oleh Kerna Disogok Dgn Upah Yang Lumayan Tima Aje Laa...Bukan Senang Harap Nak Jual Petai Jer Pendapatan Dia. Ini Sekali Keje, Bole Cover Bertahun Tahun Punya Keje Cari Petai Huhuhu..


Dah Berhari Hari Dlm Hutan Tiba Tiba Waktu Tgah Berhenti Rehat Bawah Pokok Mereka Dengar Bunyi Harimau Mengaum...Apalagi Si Asli Tadi Pun Meloncat La Ketakutan Terus Panjat Pokok, Sekelip Mata Jer Lepas Ke Pucuk Huhuhu...


PAKAR BINATANG Tadi Relax Jer Ambik Rokok Sebatang Buh Kat Mulut Hisap Ngan Feeling Skali Puh..Puh..Hembus Asap....Sambil Menenangkan Orang Asli Tadi Dan Pujuk Dia Turun, “ Relax Laa Jangan Takut Bukannya Bahaya Apa Pun...Harimau Memang Macam Tu,” Kata PAKAR BINATANG Tadi Dengan Tenang Skali. Jadik, Orang Asli Tadi Pun Turun Laa....


Mereka Kemudian Menyambung Perjalanan Dan Tidak Lama Kemudian Di Tepi Sebatang Sungai Mereka Nampak Satu Family Harimau Sedang Duk Lepak Baik Punya Kat Situ...


PAKAR BINATANG Tadi Penuh Semangat Mendekati Family Harimau Tu Dengan Cool Skali, Mengeluarkan Camera 12 Megapixcel Dia Dan Bertungkus Lumus Merakamkan Aksi Aksi Harimau Harimau Di Situ. Kemudian Dengan Penuh Bersemangat Menerangkan Kepada Orang Asli Tadi Umur, Jantan Betina, Specis Dan Macam Macam Maklumat Berkaitan Harimau Tu Pada Si Asli Tadi....


Tapi Bila Dia Tgok Kat Belakang, Orang Asli Tadi Dah Hilang....Rupanya Dah Cabut Lari...Huhuhu Cakap Sorang Rupanya Si PAKAR BINATANG Tadi...


MORAL OF THE STORY


Sebenarnya Aku Nak Kasi Tau Tentang Situasi Kita Sekarang Tentang Agama. Tapi Terpaksa Corner Jauh Skit...Supaya Korang Leh Faham Lebih Jelas ( Allah Kasi Faham Insyaallah )


Bagi Aku Biar La Kita Jadik Macam Orang Asli Tadi...Walaupun Tak Tau Kuku Harimau Panjang Mana, Taring Harimau Panjang Mana Tapi Dia Faham Sifat Harimau Tu...


Jadik Ilmu Org Asli Tu Kita Isytiharkan Ilmu Yang Bermanfaat Manakala Ilmu Si PAKAR BINATANG Tadi Kita Gelarkan Ilmu Maklumat Huhuhu...Ilmu Yang Bermanfaat Akan Menolong Orang Asli Tadi, Tapi Ilmu Maklumat Akan Mudharatkan PAKAR BINATANG Tadi, Sudahnya Dia Nanti Kena Ngap Dek Rimau Tu Lor..


Macam Kita Jugak....Walaupun Tak Pandai Nak Hurai Sifat Sifat Allah Tu, Tapi Kita Faham Allah Tu Hebat Agung Dan Sebagainya...Bila Kita Dengar Azan Jer Sekurang Kurangnya Kita Kelam Kabut Nak Gi Solat Jemaah Sebab Kita Kenal Sebalik Yang Panggil Tu...Rabb Yg Mencipta Kita Dan Seluruh Mahkluk Termasuk Rimau...Rabb Yang Maha Hebat...Yang Beri Manfaat Dan Rezeki Pada Kita...Rabb Yang Menguasai Sekalian Alam....Huhuhu


Tindakan Kalu Faham Ttg Azan Tu Ialah Lari Solat Ke Masjid Berjemaah. Mahfum Sebuah Hadis Kalu Tahu Fadilat Solat Subuh Berjemaah Akan Datang Walau Terpaksa Merangkak. Satu Hadis Lagi, Mahfum Lebih Kurang Kalu Tahu Ganjaran Solat Zuhur Berjemaah Akan Datang Dalam Keadaan Berlari Lari....Huhuhu


Tu Kita Panggil Ilmu Yang Bermanfaat Yang Mana Ilmu Ini Akan Manfaatkan Si Pengamal Ilmu Di Akhirat Nanti. Manakala Ilmu Maklumat Ialah Ilmu Yang TAK DIAMALKAN Dan Akan Menyebabkan Orang Yang Tahu Ilmu Tu Mudharat Di Akhirat Nanti. Dalam Satu Hadis Diberitahu Sume Orang Tidak Akan Bergerak Di Padang Masyhar Sebelum Ditanya 4 Soalan Dan Salah Satu Soalan Itu Ialah, ADAKAH KAMU AMALKAN ILMU YANG KAMU TAHU.


Hari Nie Kita Dapati Ramai Orang Dan Bijakpandai Hatta Ustaz2 Pun Hanya Ade Ilmu Maklumat Jer. Kalu Bab Ilmu Maklumat Nie Aku Rasa Orang Yahudi Pun Lebih Expert Dari Kita. Kalu Diaorg Citer Ttg Nabi S.A.W. Lebih Detail Dari Kita Lagi...


Bila Azan Berkumandang Manusia Terbahagi Kepada Beberapa Golongan Iaitu Golongan Yg Mempunyai Ilmu Maklumat ( Jenis Nie Relax Jer...Kat Umah Pun Leh Solat.; Ala Waktu Panjang Lagi..So Jgn Berhujah Ngan Puak2 Nie Nanti Dia CITER KUKU HARIMAU PANJANG BERAPA INCI MAMPUS LAK KO NAK JAWAB HUHUHU )


Satu Lagi Golongan Cam Org Asli Tadi Lor...Aku Bahagikan 3 Kategori Lak Orang Asli Nih..


1. Nak Masuk Hutan Pun Takut Dah ( Means Sebelum Azan Dah Ade Kat Saf Tunggu Solat )


2. Bila Dengar Rimau Ngaum Dia Tengah Lari Takut ( Means Bila Azan Dia Dlm Perjalanan Ke Masjid )


3. Sekali Lagi Bila Rimau Ngaum Mengeletar Takut ( Means Bila Dgar Azan Lari Ke Masjid Terus Tuk Solat )


Sebenarnya banyak lagi ilmu kat kita yg Cuma dlm kategori ilmu maklumat.... bab aurat, berapa ramai kaum hawa skrg yg tahu tapi tak beri manfaat...siap berhujah lak tu, pompuan bertudung blum tentu baik ( kuku harimau sudah kuar )


Ku akhiri leteran aku ini dengan satu situasi.....


“Abah!!! Ade Keta Polis Kat Belakang Tu Abah..., Dia Bunyikan Siren..” Kata Anak Laki Pada Si Fulan Dgn Penuh Suspen. “ Ala Abah Tahu La Tu Siren Polis..Huh Bukan Setakat Siren Polis, Sume Jenis Siren Abah Tahu..Ambulance, Bomba Sume Dalam Telinga Abah Nih...” Kata Si Abah Dengan Teronya Pada Anak Laki Dalam Keretanya Sambil Meneruskan Pemanduan Berhemah Di Tengah Jalan............


ILMU MAKLUMAT VS ILMU MANFAAT


SO PENDEK CITER BIAR KITA JADIK ORANG ASLI TADI, HUHUHU SELAMAT BRO..


7 comments:

love_angel~ said...

contoh ilmu maklumat tu mcm mna? :)

seorangnenektua said...

Yang tahu segala gala pasal ikan pun banyak!mana lubuk ikan jenahak,Senangin suka kat mana,suhu air macam mana ikan suka,kekuatan tarikan ikan apa yang paling mencabar tapi bila sampai masa sujud pada pencipta ikan itu....ada yang sujud maka tidaklah mereka lalai tapi yang leka itu...kenalah diperingatkan. eh,lari tajuk!

mamawana said...

Salam ziarah dari mama

Menarik dan buat mama tersenyum pasal orang asli tu.

Mama Berfikir pasal azan dan slat tu.

Betul betul betul...

arizWanmerahs said...

salam ziarah,

ilmu maklumat ni boleh buatkan manusia jadi bijak dan jenius la... Tapi akan menambahkan pulak keegoan dan kesombongan dalam dirinya, cam pakar harimau tadi tu ler, eksen semacam jek dengan orang asli tuh.. Tapi dia lupa la pulak dalam bab mara bahaya yang akan menjengok dia sebentar saja lagi yakni ketika dia asyik bersuka2 dengan kehebatan pengentahuannya itu..

Wallahu a!lam..

Peluncur Islam said...

minta copy dulu...huhu

kerja agama maksud hidup

Anonymous said...

Ilmu yang sama boleh jadi manfaat atau mudarat.
Ilmu yang bermanfaat akan menyebabkan kita nampak kekurangan dan kelemahan diri kita.
Ilmu yang mudarat akan menyebabkan kita nampak kesalahan orang lain.

ubaidah said...

,,,assalamualaikum...dtg ke blog sy pasal malaikat maut juga :)

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH