Google+ Followers

Thursday, May 13, 2010

lucah melampau...JGN BACA!!!

ANDA KALI INI TERMASUK PEMBACA OTAK KUNING ATAU KENA DEMAM KUNING ATAU SEWAKTU DENGANNYA JIKA ANDA KLIK ENTRY KALI NIE KERNA TERKESAN DENGAN TAJUKNYA KUIKUIKUI…


Bila anak panjat pokok mak bising “adik jangan la panjat nanti jatuh…” kita buat taktau jer dan panjat lagi, tapi bila ayah kata “ aaa panjat la lagi…panjat bagi tinggi skit..” so dgn slow motionnya kita turun dari pokok huhuhu….so skali lagi JANGAN BACA!!!


Hatiku terusik tiba tiba bila membaca satu blog….tentang seni mempertahankan diri. Diajar beberapa tips ttg cara asas self defence if someone trying to hurting you…huhuhu


Aku tak salahkan penulis tu….Cuma hatiku tersentuh jer…sebagai org islam keyakinan kita skrg pun dah sama macam keyakinan orang kafir…orang kafir yahudi dan nasrani yakin dengan peluru dan bom kita orang islam pun yakin dengan peluru dan bom jugak..


Dulu dulu time kafir quraish mereka yakin pada 360 berhala sekeliling kaabah untuk selesaikan masalah mereka. Time sakit ade berhala mereka jumpa tuk sembuhkan sakit… time kemarau ade berhala mereka jumpa tuk minta turunkan hujan… time nak anak jumpa berhala yang dikhaskan tuk tujuan tu…huhuhu


Hari nie kita tiada berhala camtu tapi…. Berhala kita hari nie time sakit kita jumpa doctor…time susah kita jumpa somebody… hilang barang jumpa tok bomoh dan macam macam lagi berhala kita jumpa bergantung pada masalah kita….huhuhu…Cuma tak jumpa tuhan kita jer (perantaraan solat)


Apa maksud perkataan tuhan nie..??? maksud perkataan tuhan ialah sesuatu yang kita yakin bole beri manfaat dan mudharat….dan yakin nie plak tak perlu cakap cukup jer dengan perbuatan kita menunjukkan apa yg ade dlm hati kita….
Selalu jugak kita dgar orang yg berTUHANKAN  setan, wang ringgit dan sebagainya...


Hari nie umat islam dah tak yakin dengan amalan bole selesaikan masalah…yakin kita same jer ngan orang kafir. Dari segi psikologi dan fizikal sama jer ngan orang kafir…


Berbalik pada kisah self defence tadi…camno kita nak mempertahankan diri kita..huhuhu
Dalam hadis allah sendiri beri jaminan bahawa sesiapa yang solat subuh berjemaah maka si fulan tersebut dalam pemeliharaan aku.


Orang sekarang dah tak yakin dgn amalan bole selesaikan masalah…huhuhuhu
Kita tgok orang islam sekarang bila masuk umah baru apa diorang buat????
Apa lagi pertama tamanya pasang grill la sebagai factor keselamatan kononnya…kalu la rumah akan selamat kerna grill maka selamat la lagi umah org kafir kerna mereka punya grill lagi canggih manggih extra dgn system alarm lak tu…tapi umah camtu la plak jadik favourite pencuri n penyamun..dan paling safety dan canggih ialah sistem security bank laa, tapi yg banyak kena rompak bank jugak huhuhu...


Kita skrg nih lebih mahal grill, lebih mahal kunci or lebih branded sume tu maka lebih yakin la kita lebih selamat…..huhuhu istighfar.istighfar… 100% yakin sama jer dgn org yg tidak bertuhan…


Rumah orang kafir ade astro = rumah orang islam pun jarang yg takde astro
Rumah orang kafir tadak bacaan yasin setiap pagi or malam = umah orang islam pun tadak jugak…
Rumah orang kafir ade set meja makan n set blik tido = rumah orang islam pun apa kurengnya huhuhu ( nabi tak pernah makan makanan atas dari lantai huhuhu )
Kalu la umah org kafir tadak tokong depan umah jadik confius aku nak beri salam tidak…


Islam is the whole life beginning we wake up early in morning n continuously until we sleeps again. Tu la islam dari bangun tido makan minum kencing berak sume ade caranya apatah lagi amalan masuk umah dan amalan dlm umah tuk keselamatan.


Dibawah ni aku senaraikan jenis grill2 yang bole dipasang dan didapati dgn amat murah, mudah lagi berkesan…..huhuhu
1. Sesiapa yang baca ayatul kursi 3 kali maka setan pun tak masuk dlm umah dia… dari abu hurairah ra berkata rasulullah saw bersabda, “dlm surat al baqarah terdapat satu ayat yang menjadi penghulu dari semua ayat mana pun dalam quran. Tidaklah ia dibaca dalam sebuah rumah yang didlmnya ada syaitan, melainkan syaitan itu akan keluar dari rumah itu. Itulah ayat kursi” (hr hakim)
2. membaca surah al baqarah di dalam rumah baru….
3. membaca doa abu darda setiap pagi
4. menjaga solat jemaah di masjid allah akan jaga rumah kita
5. selalu membaca quran dlm umah…mahfum sebuah hadis rumah yg ditinggalkan kosong ialah rumah yg di dlmnya tiada dibaca ayat suci quran…
6. membaca hadis2 secara tetap dan istiqamah dlm rumah akan menyebabkan rumah didatangi para malaikat berduyun duyun dan bagi setiap 40 hari satu malaikat jadik penghuni tetap umah tu n this will prevent the evil from that such of house. Setan mana bole kongsi satu umah ngan angel….
7. sebelum tidur baca ayatul kursi dan kita mau yakin kalau tak baca seolah olah kita belum kunci lagi pintu pagar umah kita huhuhu…
8. membaca 2 ayat terakhir al baqarah….dari nu’man bin basyir ra, dari nabi saw.., beliau bersabda, “ sesungguhnya 2 ribu tahun sebelum allah menciptakan langit dan bumi allah swt telah menuliskan sebuah kitab yang darinya dia menurunkan 2 ayat dan dgn keduanya dia mengakhiri surat al baqarah. Tidaklah 2 ayat itu dibaca dalam sebuah rumah ( selama ) 3 malam, kecuali syaitan tidak akan berani mendekat dgn rumah itu.” ( hadis riwayat termidzi ) pembaca jugak akan dilindungi daripada segala kejahatan sepanjang malam itu..kejahatan pencuri n penyagak nipun dari bisikan syaitan jugak…


cukup la setakat tu….bukan nak buat pun kalu tak yakin huhuhuhu..kalu pencuri nak masuk dia akan masuk jugak…lagikan bank pun bole masuk…yang penting kita ikhtiar dan yang paling penting penting lagi cara kita ikhtiar ikut cara islam..huhuhu


“allah bersama sangkaan hambanya”






6 comments:

e k i n said...

nice..thanks memperingatkan

e k i n said...

nice..thanks memperingatkan

seorangnenektua said...

Asalamualaikum,nenek singgah sini pasal nak dengar mamat hindi tu bersyair tau.dah addicted dah ni.Jgn sangka buruk ye!
Alhamdulillah!entry kali sangat bermunafaat.

umu6point said...

Assalamualaikum...
haa..saya pun sama dengan nenek atas tuuu... cari juga syair ni..tapi x jumpe...nak x nak kena la selalu datang singgah d sini dengar syair hindi percumaaa..hehee
apepun...perlindung diri kat atas tu sememangnya bermanfaat!

NUR IMAN said...

=) grill ini upenya pakcik cakap...hehehehehe

akuhuduh said...

takpe...yg penting bukan nya dari golongan penyokong kuning thailand huhuhu...

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH