Google+ Followers

Tuesday, October 19, 2010

KeTaGiH TiDoQ

baby mati kecik

Tadi Lagi Nak Tulis Bab Tidur Nih, Tapi Mengantuk Gileeerr Lak Plak...So Tidur Dulu Huhuhu. Aku Nih Mmg Suka Tido Dari Kecik Lagi. Dalam Perut Mak Aku 9 Bulan Lebih Aku Lepak Tak Buat Apa2.. Makan Tido..Makan Tido Jer Keje. Bila Dah Terlepas Kat Dunia Jadik Ketagih Lak Tido Uhuks.

Long Story Cut Off...Aku Masih Ingat Time Sekolah Rendah Bila Mak Aku Gerak Suruh Mandi Pagi Pagi...Eerrrrrr Sejuk Betui Campur Ngantuk. Antara Strategi Aku Ialah Bukak Air Pelan Pelan..Slow N Steady. Semetelaah Menunggu Air Dlm Besen Penuh Dapat La Jugak Kira2 20 Minit Aku Tido Dlm Bilik Air Sambil Mencangkung Ahaks.. Perrhh Bila Air Paip Sejuk Tu Mercik Kat Betis Aku, Huh Dia Punya Feeling Sejuk Gedik Manyak Syok Lor... Tapi, Biasanya Tido Aku Terganggu Bila Mak Aku Menjerit Pasai Lama Sangat Tak Mandi Mandi Lagi. “Air Tak Penuh Lagi Mak” Selamba Aku Jawab, Ceh Macam Mak Aku Tak Tau Strategi Aku Tu...

Kadang2 Aku Mengira Umur Aku Waktu Tu Baru Darjah Satu, Ade Lagi Darjah 2 Sampai Darjah 6 = 5 Taun Lagi Aku Kena Bangun Pagi Pagi....Owh Tidaaaakkkk!! Kejam Sungguh Dunia Nih. Masa Tu Plak Mana Ade Water Heater. Kalu Abis Kesian Pun Mak Aku Jerang Air Panas. (Tq Mak) Tapi Banyak Hari Jugak Aku Buat Special Effect. Air Dijirus Mulut Menjerit Sejukkkkk Kasi Mak Aku Dengar, Tapi Badan Tak Basah. Mandi Ala Ala P Ramlee Ngeh Ngeh Ngeh....

Kalu Bab Tido Nih Banyak La Citer... Dlm Quran Pun Ade Citer Pasal Uzir As Tidur 100 Taun. 7 Pemuda Ashabul Khafi 309 Taun Tido. Cuma Secara Realltynya Aku Nak Berkongsi Citer Kisah Sorang Rakan Tentang Amalan Dia Berkaitan Tido. Zaasssshhhh


Akuhuduh       :  Selalunya Hj Tido Awal Yer...
Haji               : Biasanya Kul 10 Setengah Kul 11 Tido La.. Tapi Skrg Nih Umur Camni Dah       Takmau Tido  Lama2. Kul 3 Pagi Mesti Dah Bangun...

Akuhuduh       : Uiks..Awainya Haji..
Haji               : Emmm.. Kalu Bangun Lewat Nanti Tak Sempat Nak Solat...Singkat Sangat Masa

Akuhuduh      : Owh... Biasanya Haji Solat Apa?
Haji                : Setiap Hari Bangun Kul 3 Saya Buat Solat Tasbih. Abis Tasbih Saya   Terus Sambung Solat Sunat Hajat, Taubat, Syukur Dan Witir Sampai Subuh. Jarang Dah Tido Lepas Bangun Nih.

Akuhuduh      : Glurrppp...( Hari2 Buat Solat Tasbih. Huhuhu Setengah Orang Bersilat Nak Buat Setahun Skali )
Haji                : Tapi Kadang2 Kalu Saya Terbangun Awal Cam Kul 2 Pagi Jadik Saya Tido La Skit Semula.

Akuhuduh      : Ade Orang Kul 2 Pagi Baru Nak Tido Uhuks.


Begitu La Skit Kisah Aku Ngan Ahli Tahajjud Nih. Sejak Itu Aku Berazam Tuk Istiqamahkan Amalan Malam Ku. Kalu Kita Berkawan Ngan Si Penjual Minyak Wangi, Tak Dapat Minyak Wangi Dapat La Jugak Baunya.

Tido Jugak Dikira Amalan Ikhlas Jika Kita Tido Mengikut Sunnah. Kerna Tido Tadak Dengki2.

TIDOQ CARA PUNAH SUNNAH

Lagipun Aku Dah Tak Tahan Menanggung Malu Bia Membaca Surah Selimut Nih Seperti Firman Allah Swt:

1. Wahai Orang Yang Berselimut!.
2. Bangunlah Sembahyang Tahajjud Pada Waktu Malam, Selain Dari Sedikit Masa (Yang Tak Dapat Tidak Untuk Berehat),
3. Iaitu Separuh Dari Waktu Malam, Atau Kurangkan Sedikit Dari Separuh Itu,
4. Ataupun Lebihkan (Sedikit) Daripadanya; Dan Bacalah Al-Quran Dengan "Tartil".
5. (Sayugialah Engkau Dan Pengikut-Pengikutmu Membiasakan Diri Masing-Masing Dengan Ibadat Yang Berat Kepada Hawa Nafsu, Kerana) Sesungguhnya Kami Akan Menurunkan Kepadamu Wahyu (Al-Quran Yang Mengandungi Perintah-Perintah) Yang Berat (Kepada Orang-Orang Yang Tidak Bersedia Menyempurnakannya).
6. Sebenarnya Sembahyang Dan Ibadat Malam Lebih Kuat Kesannya (Kepada Jiwa), Dan Lebih Tetap Betul Bacaannya.
7. (Kami Galakkan Engkau Dan Umatmu Beribadat Pada Waktu Malam), Kerana Sesungguhnya Engkau Pada Siang Hari Mempunyai Urusan-Urusan Yang Panjang Kira Bicaranya;
8. Dan Sebutlah (Dengan Lidah Dan Hati) Akan Nama Tuhanmu (Terus Menerus Siang Dan Malam), Serta Tumpukanlah (Amal Ibadatmu) Kepadanya Dengan Sebulat-Bulat Tumpuan

2 comments:

Ishak Zaini said...

Aslmkm..

Mohon diselitkan nama saya dalam esak tangis tuan di hujung2 masjid di malam gelita itu..

Semoga Allah beri taufik untuk menjejaki perjalanan orang-orang soleh seperti tuan, kepada saya yang dhaif ini juga.

Tuan, Untuk menjaga akhlaq jemaah, rasanya adalah lebih manis andai gambar-gambar hiasan tuan tu ditukar dengan gambar hiasan yang lain..

Selamat mencari kemuliaan di malam hari.. Doakan untuk orang baru macam saya.. Boleh juga delete komen ni.. Jazakallah..

Toyin O. said...

Interesting blog.

http://youcanfacetodaybecausehelives.blogspot.com

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH