Monday, September 5, 2011

mari belajar tentang darah wanita.... Pelajaran Haid Untuk Mereka Yg Malu2

Beberapa Masalah Berkaitan Perempuan Yang Kedatangan Haid

Soalan :
Apakah Hukumnya Membaca Al Quran Atau Mengulang Hafalan Atau Mentasmi’ Bacaan Bagi Seorang Perempuan Berhaid Yang Takut Terlupa Al Quran Yang Sedang Dihafalnya?

Jawapan :
Jumhur Fuqaha’, Mazhab Hanafi, Mazhab Syafie Dan Mazhab Hambali Rah. Berpendapat Bahawa Wanita Yang Berhaid Adalah Haram Membaca Al Quran Berdasarkan Sebuah Hadis Riwayat Tirmizi Yang Berbunyi :
“ Janganlah Orang Yang Berhaid Dan Berjunub Itu Membaca Sesuatu Pun Daripada Al Quran”.
Daripada Hadis Ini, Dapat Difahami Bahawa Di Sisi Mazhab Kita, Wanita Yang Berhaid Adalah Haram Membaca Al Quran Dengan Bersuara, Walaupun Separuh Ayat Sehinggakan Termasuklah Ayat Singkatan Seperti Huruf Huruf Muqatta’ah ( Contohnya Seperti : Alif/Lam/Mim/ Ya/ Sin) Kerana Perbuatan Itu Dianggap Mencemari Kemuliaan Al Quran.
Walaubagaimanapun Dia Harus Membaca Al Quran Di Dalam Hatinya Tanpa Mengeluarkan Suara (Bunyi)

Imam Nawawi Rah. Berkata :
“Harus Bagi Perempuan Yang Berhaid Membaca Al Quran Di Dalam Hatinya Sambil Melihat Kepada Mashaf Al Quran Yang Diletakkan Dihadapannya, Sama Ada Ayat Ayat Tersebut Telah Dihafalnya Sebelum Ini Ataupun Tidak, Tetapi Jika Digerakkan Lidahnya Dengan Mengeluarkan Lafaz ( Bersuara ), Hukumnya Tetap Haram”.

Di Dalam Kitab Al Mausuaah Al Fiqhiyyah, Iqnak Dan Al Bujairimi Ada Dinyatakan Bahawa Perempuan Yang Berhaid Harus Me`Ijrak’ Kan Al Quran. Maksudnya Menggayakan Dengan Mulut Bacaan Al Quran Dengan Cara Mengerakkan Lidahnya Tanpa Mengeluarkan Lafaz Dan Suara Pada Diri Si Pembaca Itu Sendiri Kerana Perbuatan Ini Tidak Dinamakan Membaca Al Quran. ( Haram Jika Boleh Mendengar Bacaan Sendiri )

Jadi Kesimpulannya, Hukum Bagi Perempuan Yang Berhaid  Yang  Mengulang Ulang Bacaan Al Quran Sama Ada Untuk Menghafal Ayat Baru Yakni Pelajaran Baru ( Sabak ) Atau Melancarkan Hafalan Manzilnya Atau Amuktah Yakni Hafalan Lama Yang Sudah Dihafal Adalah Sama Dengan Hukum Bagi Perempuan Yang Berhaid Yang Membaca Al Quran.
Begitu Juga Hukum Mentasmi`Kan Al Quran Iaitu Memperdengarkan Dan Menyemak Hafalannya Kepada Orang Lain Yakni Kepada Ustazah Hafizah. Dalam Erti Kata Yang Lain, Memperdengarkan Hafalan Al Quran Akan Menyebabkan Perempuan Yang Berhaid Mengeluarkan Suara Semasa Membacanya Supaya Dapat Didengari Oleh Orang Yang Menyemaknya.
Maka, Hukumnya Tetap Sama Iaitu Haram Ke Atasnya Melakukan Perbuatan Tersebut.

7 comments:

kinakona said...

salam

nk tanya,kalau dlm haid tu nk teruskan membaca surah2 lazim bole?

AkuHuduh said...

sebarang ayat pun tak bole...hatta apa saje cara dan isyarat yg bole difahami yg ianya merupakan bacaan quran maka DIHARAMKAN.. termasuk jugak org pekak dan bisu guna isyarat..

AkuHuduh said...
This comment has been removed by the author.
fuad ansari said...

ada byk pendapat ulama' mengenai perkara ni kan...

isu berkaitan perempuan haid

AkuHuduh said...

to fuad = ana syor anta belajar dgn guru yg mursyid....tidak cukup dgn tok guru tube...

fuad ansari said...

sy hanya sekadar ingin mendengar perbezaan pendapat.. ustaz yg lain juga, ada pendapat yg lain..

pandangan ustaz azhar idrus

AkuHuduh said...

to fuad = ana faham anta punya faham tu.

tapi masalah haid istihadah satu masalah yg rumit. spt doktor tidak sume pakar sume bidang.

anta bole rujuk ustaz mansoor atau sheikh nuruldeen al banjari...

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH