Tuesday, October 4, 2011

PoliGami

Suami Bin Lelaki
17, Jalan Poligami,
24300, Nat Ti Wat
Malaysia.

Isteri Binti Perempuan
17, Jalan Raksasa
24300, Nak Kna Nie,
Malaysia.
31 Feb 2020

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara Di Atas Adalah Di Rujuk.

2. Sebab Utama Permohonan Ini Di Lakukan Adalah Kerana Saya
Ingin Melengkapkan Kuota Yang Telah Di Peruntukkan Bagi Saya.
Buat Masa Ini Kuota Yang Telah Di Isi Cuma Satu, Memandangkan
Masih Ada 3 Kekosongan, Eloklah Jika Dapat Di Penuhi Secepat Mungkin.
Pihak Yang Akan Mengisi Satu Kekosongan Ini Buat Masa Ini Ialah
Cik Hana Fazura Binti Ramli Yangmerupakan Setiausaha Saya Di Pejabat.
Memandangkan Komitmen Yang Beliau Tunjukkan Di Pejabat Amat Baik,
Eloklah Jika Kita Masukkan Dia Bersama Kita Di Dalam Organisasi Keluarga Kita.
Kekosongan Yang Selebihnya Akan Di Isi Di Masa Akan Datang.


3. Untuk Makluman Pihak Puan, Yang Sebenarnya Masalah Ini Telah Lama
Saya Fikirkan Tetapi Memandangkan Poket Saya Yang Selalu Nipis, Terpaksalah
Saya Tangguhkan Dulu Permohonan Ini Di Samping Kurangnye Rasa Keyakinan
Untuk Mengemukakan Permohonan Ini. Kini, Setelah Saya Dapat Mengeluarkan
Kesemua Duit Pelaburan ASB Saya, Saya Merasakan Kembalinya Semangat
Saya Yang Telah Hilang Selama Ini.


4. Permohonan Ini Amat Setimpal Kerana
Dengan Kedudukan Sekarang Ia Menguntungkan Kedua Belah Pihak Dan Juga
Pihak Ketiga. Selama Ini Hidup Kita Bahagia Sebab Jika Tidak, Manakan
Mungkin Puan Dapat Menjadi Seperti Sekarang. Semua Yang Puan Miliki
Sudah Bertambah Besar. Kereta Besar, Rumah Besar, Rantai Besar Dan
Pakaian Besar. Jika Dulu Potongan Puan Seperti Gitar, Kini Sudah
Bertukar Menjadi Drum. Oleh Itu, Sudilah Kiranya Dapat Kita Kongsi
Bersama Insan Lain Kebahagiaan Kita Ini.


5. Pihak Puan Juga Dapat Menikmati Faedah Dari Kelulusan Permohonan Ini
Kerana Puan Akan Tetap Menikmati Apa Yang Telah Puan Miliki Sekarang
Dengan Waktu Bekerja Lebih Singkat Dan Sistem Syif Akan Di Perkenalkan
Iaitu 1 Hari Kerja Dan 1 Hari Cuti Rehat. Waktu Bekerja Yang Selebihnya
Akan Ditampung Oleh Pihak Ketiga. Kebaikan Yang Puan Akan Nikmati
Ialah Waktu Rehat Yang Bebas Kerana Dalam Waktu Puan Bercuti, Saya
Selaku Penyelia Tidak Akan Memantau Aktiviti Yang Puan Lakukan.
Pada Waktu Itu Saya Cuma Akan Fokus Kepada Hasil Kerja Pihak Ketiga.
Menguntungkan Bukan?


6. Segala Kerjasama Dari Pihak Puan Saya Dahulukan Dengan
Ribuan Terima Kasih. Saya Amat Berharap Pihak Puan Dapat
Meluluskan Permohonan Saya Ini Kerana Adalah Lebih Baik Jika Kita
Dapat Berkongsi Kebahagiaan Kita Ini Bersama Insan Lain.
Harap Permohonan Saya Ini Di Balas Dengan Senyuman Penuh Keikhlasan
Dari Pihak Puan Dan Tandatangan Puan Di Atas Kertas Yang Saya Lampirkan
Bukannya Balingan Periuk Nasi, Pinggan-Mangkuk, Ketukan Senduk Dan
Perkara-Perkara Yang Menyukarkan Pihak Puan Untuk Melakukannya.


7. Saya Harap Puan Sudi Meluluskan Permohonan Ini. Hadirkanlah
Senyumanmu Sebagaimana Ketika Kita Menyambut Orang Baru Iaitu
Bayi Kita Kedalam Keluarga Kita 10 Tahun Lepas. Situasinya Lebih Kurang
Sama Dengan Masa Kini. Kita Akan Menerima Orang Baru Juga Cuma Bezanya
Jika 10 Tahun Yang Lepas Kita Perlu Menjaga Dan Membelainya Dengan Manja
Bersama Tetapi Kali Ini, Setiap Urusan Penjagaan Dan Belaian Manja
Akan Di Laksanakan Oleh Saya Sepenuhnya.


8. Akhir Kata, Saya Harap Permohonan Saya Ini Dapat Dibalas
Mungkin. Semoga Kita Bersama-Bersama Dengan Pihak Ketiga Akan
Dapat Melaksanakan Program Ini Dengan Jayanya.

Sekian, Terima Kasih.


"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN
LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"


Yang Ikhlas Memohon,



Suami Bin Lelaki

8 comments:

~fam~ said...

i like!

kinakona said...

Huhuhu

AkuHuduh said...

resepi kebahgiaan

1-dua hati dimasak gulai bersama rindu berapikan cinta yg membara,dicampurkan dengan keikhlasan dan kejujuran,kemudian ditaburkan dengan dedaun kasih sayang....

2-cara hidangan-makan berpinggankan kesabaran yg dihiasi bunga-bunga janji hidup semati bersama...

fuad ansari said...

sah!! permohonan ni kene reject!!.. (",)

Abu Zarim Mohamad said...

mmg xleh bla,,,best betol,,,,ayat die pon kene dgn situasi,,:),,subhanAllah,,,moga Allah mudahkan,,:)

Amzach said...

Mohon Share dalam FB :)

Iman said...

erk...

FOOTPC said...

yes...jalan untuk lelaki berpoligam...liie sekali

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH