Google+ Followers

Friday, April 27, 2012

Kisah Nabi Allah Yusof As ( siri 1 )

Kisah Nabi Allah Yusof As ( siri 2 baca sini....)



Bab Chenta Berahi Puteri Siti Zulaikha Pada Yusof...

Adapun Akan Puteri Siti Zulaikha Pun Sangatlah Hatinya Berahi Akan Nabi Allah Yusof Daripada Sehari Kepada Sehari Makin Bertambah Tambah Juga Berahinya Dan Kasihnya Akan Nabi Allah Yusof, Kerana Puteri Siti Zulaikha Lagi Anak Dara Dengan Muda Belianya.

Maka Akan Raja Aziz Katafir Pun Memberi Akan Puteri Siti Zulaikha Dan Nabi Allah Yusof Pada Tempat Sesuatu. Apabila Telah Sampailah Kepada Tiga Puluh Tahun, Maka Akan Raja Aziz Katafir Akan Nabi Allah Yusof Itu Dijadikan Menterinya Di Dalam Negeri Mesir Itu Dan Diserahkan Segala Perbendaharaan Di Dalam Tangan Nabi Allah Yusof As.

Liqawlihi Taala : Dan Demikianlah Caranya Kami Menetapkan Kedudukan Yusuf Di Bumi (Mesir Untuk Dihormati Dan Disayangi), Dan Untuk Kami Mengajarnya Sebahagian Dari Ilmu Takbir Mimpi. (Surah 12:21)

Sebermula Raja Aziz Katafir Pun Berkata Akan Nabi Allah Yusof : “Ini Kuambil Akan Anakku.” Tetapi Akan Puteri Siti Zulaikha  Itu Sangat Berahinya Akan Nabi Allah Yuof, Tiadalah Tertahan Olehnya, Gilalah Rasanya Dan Kuninglah Mukanya. Bahawa Dikehendaki Oleh Puteri Siti Zulaikha  Akan Nabi Allah Yusof  Itu Mengikut Hawa Nafsunya. Maka Daripada Ingin Sangatlah Puteri Siti Zulaikha  Akan Nabi Allah Yusof  Itu,

Liqawlihi Taala : Dan Perempuan Yang Yusuf Tinggal Di Rumahnya, Bersungguh-Sungguh Memujuk Yusuf Berkehendakkan Dirinya; (12:23)

Maka Tatkala Nabi Allah Yusof  Di Rumah Puteri Siti Zulaikha  Maka Oleh Puteri Siti Zulaikha  Diserunya Akan Nabi Allah Yusof , Dikatakannya Rahsianya Dan Kehendaknya Itu Kepada Nabi Allah Yusof . Maka Nabi Allah Yusof  Tiada Redakan Bicaranya Itu, Maka Beberapa Upayanya Hendak Berdapat Nabi Allah Yusof . Maka Itu Pun Tiada Juga Nabi Allah Yusof  Redakan Dan Tiada Nabi Allah Yusof  Kena 
Upayanya Itu.

Maka Ada Inang Puteri Siti Zulaikha Yang Memeliharakan Puteri Siti Zulaikha Dari Kecil, Maka Ujar Puteri Siti Zulaikha : “Ya Mak Inang Bicarakan Olehmu Halku Ini, Tiadalah Menderita Hatiku Oleh Sebab Bernyala Nyala Apinya Maka Asapnya Naik Ke Muka. Maka Dengan Api Berahi Itu Hendakkan Aku Padamkan Dengan Air Makin Sangatlah Nyalanya, Melainkan Yang Dapat Memadam Dia Itu Yusof Itulah Dengan Sebab Kerana Sangatlah Berahi Hatiku Akan Dia. Jika Tiada Aku Peroleh Nescaya Jadi Penyakit Nyawalah Rupanya Atasku, Bawa Apalah Yusof Itu Kepada Aku.”

Maka Sahut Inangnya : “Wahai Tuan Puteri, Jika Tuan Puteri Hendak Akan Penuh Seperti Hasrat Tuan Puteri, Hendaklah Tuan Puteri Suruh Perbuat Sebuah Mahligai 7 Pintunya Dan Tujuh Peraduannya Di Dalamnya Yang Terlalu Indah Indah, Maka Segala Dinding Mahligai Itu Suruh Tuliskan Rupa Tuan Puteri Dan Rupa Yusof Duduk Pada Tempat Itu, Nescaya Ingin Juga Yusof Itu Akan Tuan Puteri, Di Sanalah Tuan Puteri Bertemu Dengan Yusof Itu.”

Bab Rancangan Membina Mahligai Dan Keindahan Dalamnya..

Maka Puteri Siti Zulaikha Pun Menyuruhkan Segala Tukang Berbuat Sesuatu Mahligai Yang Keemasan. Maka Dipanggil Orang Yang Pandai Menulis, Lalu Diberinya Emas Akan Orang Itu. Disuruhnya Tulis Kepada Dinding Mahligai Itu Rupanya Dan Rupa Nabi Allah Yusof Dan Pada Sesuatu Dinding Ditulisnya Puteri Siti Zulaikha Berkata Kata Dengan Nabi Allah Yusof Dan Pada Satu Dinding Ditulisnya Puteri Siti Zulaikha Oleh Berpeluk Peluk Dengan Nabi Allah Yusof Dan Pada Satu Dinding Ditulisnya Puteri Siti Zulaikha Diriba Nabi Allah Yusof Dan Pada Suatu Dinding Ditulisnya Puteri Siti Zulaikha Dengan Nabi Allah Yusof Seperti Orang Laki Isteri.

Pada Masa Itu Sepatah Kata Puteri Siti Zulaikha Itu Jadilah Barang Yang Dikehendakinya Di Dalam Benua Mesir Itu.

Dengan Tiada Berapa Lamanya, Maka Mahligai Itu Pun Sudahlah Diperbuatnya Oleh Segala Pandai Itu, Maka Akan Segala Perhiasan Peraduan Itu Daripada Tirai Kelambu Yang Keemasan Dan Permaidani Dan Mutiara Dan Tilam Yang Amat Ajaib. Maka Dan Dibubuhnya Bau Bauan Dan Diasapnya Dengan Astanggi Itu Dan Ditaburinya Pelbagai Bagai Perhiasan Yang Terlalu Indah Indah Diturutnya Seperti Kata Inangnya Itu Oleh Puteri Siti Zulaikha.



Bersambung Kisah Nabi Allah Yusof Digoda Masuk Mahligai.....

2 comments:

Panglima Muda said...

salam...teringat saya kitab usul ambia'

Iman said...

rasa mcm lama pakcik xtulis blog...cibuk kali....salam

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH