Wajib pi walimaturus tapi wajib disini hanya melibatkan kenduri kawen jer bukan sume jemputan
Kenduri kawen dihukumkan wajib hadhir jika takde uzur
TAPI WALIMATURUS ATAU KENDURI KAWEN YG WAJIB HADHIR TERSEBUT TERLEBIH DAHULU MEMENUHI SYARAT WAJIB JUGAK YAKNI ADA SEKURANG KURANGNYA ADA 24 SYARAT :
1. Tidak hanya mengundang orang2 kaya dan meninggalkan orang2 miskin.
2. Orang yg mengundang mestilah beragama islam
3. Yang diundang juga mestilah orang islam.
4. Undangan tersebut mestilah yg pertama kali. ( yakni jika tuan rumah buat kenduri 3 hari, hari pertama saja wajib, hari kedua sunat, hari ke tiga dah kira muka tak malu dan makruh)
5. Orang yg mengundang tu seorang yg dewasa yakni yg bole uruskan hartanya sendiri. Kalu bebudak kecil undang tak wajib dipenuhi
6. Orang yg mengundang bukan kerna takut kepada yg diundang
7. Orang yg mengundang tidak mengharap kedudukan, projek atau kepentingan terhadap orang yg diundang
8. Orang yg mengundang tujukan atau sebutkan secara khusus nama orang yg diundang. Kalu undang secara umum tak wajib datang. Contohnya " sesiapa saja yg mahu datang ke majlis pernikahan anakku boleh datang" maka undangan macam nie tak wajib datang.
9. Tidak ada halangan bagi orang yg diundang untuk mendatangi walimaturus
10. Undangan tersebut tidak didahului oleh undangan lain. Kalu serentak maka kena pi undangan dari kerabat yg lebih dekat tapi kalu dua dua kerabat dekat, maka didahulukan rumah yg lebih dekat.
11. Orang yg mengundang hartanya bukan harta haram ertinya banyak hartanya dimiliki dgn cara haram. Jika terpaksa mai maka hukumannya makruh. Tapi kalu dah kopom harta tersebut harta haram maka kalu pi maka haram hukum nya.
12. Orang yg mengundang hartanya bukan harta syubhat. Menurut imam zarkasyi, jika orang yg mengundang hartanya banyak syubhat maka tidak wajib memenuhi undangannya. Sedangkan pada masa sekarang, seakan akan manusia tidak ada yg memiliki harta yg tidak syubhat, hampir setiap orang hartanya pasti dicampur harta syubhat.( nie dlm kitab bukan aku tulis sendiri dan kitab nie sudah ratusan taun dulu dikarang)
13. Orang yg mengundang bukan wanita lain( bukan mahramnya) dimana dlm rumah tersebut tidak ada orang lain atau mahramnya sama sekali.
14. Orang yg mengundang bukan orang zalim, fasik, buruk perangainya, sombong. Ini menurut keterangan imam ghazali dalam kitab ihya' ulumiddin
15. Orang yg diundang bukan hamba
16. Undangan tersebut bertepatan dengan waktu walimaturus
17. Orang yg diundang bukan seorang hakim atau pemimpin daerah atau negeri
18. Orang yg diundang tiada halangan untuk datang yakni halangan yg dimaksudkan adalah halangan yg membolehkan seseorang meninggalkan jemaah ( ehhh ada sebab rupanya baru boleh tinggal solah jemaah. Kenduri pi solah jemaah senang2 jer tak pi, ape citer beb!!!)
19. Di tempat orang yg mengundang tidak ada orang yg menganiaya kehadirannya atau tempat pertemuan yg disediakan tidak layak kerna terlalu hina
20. Orang yg diundang bukan amradh ( anak lelaki yg belum keluar misainya)
21. DI TEMPAT ORANG YG MENGUNDANG TIDAK ADA PERKARA YG MUNGKAR( HARAM) JIKA ADA PERKARA MUNGKAR, MAKA TIDAK WAJIB DATANG KECUALI KEHADIRANNYA MAMPU MENCEGAH PERKARA MUNGKAR TERSEBUT, MAKA KEHADIRANNYA DIHUKUM WAJIB. Sedangkan yg dikategorikan perkara yg mungkar adalah minuman keras, bermain muzik yg mengundang alat malahi, tempat duduk yg digunakan berasal dari yg haram seperti dari harta rampasan atau harta curi. Termasuk haram ialah alat tikar dibuat dari kulit harimau atau sutra yg mana yg hadhir adalah lelaki
22. Di tempat orang mengundang tidak ada gambar haiwan seperti gambar kambing atau lainnya, sama ada di alasnya atau ditempat lain
23. Jika yg mengundang perempuan maka yg datang perempuan, perempuan yg mengundang boleh mendatangkan orang lelaki jika ditempat tersebut terdapat mahramnya dari jenis lelaki
24. Orang perempuan wajib memenuhi undangan perempuan lain jika mendapat keizinan dari suaminya. Dgn syarat dia tidak takut atau cemas menghadiri tempat undangan tersebut. Jika takut atau cemas, maka tidak wajib memenuhi undangan tadi meskipun mendapat izin suami.
YG LEBIH BAIK WANITA TIDAK BAIK MENDATANGI UNDANGAN KERANA PADA MASA SEKARANG SETIAP MAJLIS PERKAHWINAN PASTI TERDAPAT TEMPAT LELAKI DAN PEREMPUAN YG TIDAK DIPISAH ATAU TIDAK DIBERI TABIR SEHINGGA TERLIHAT MENJADI SATU LELAKI DAN WANITA.
Apatah lagi ramai wanita sekarang yg tidak menutup auratnya secara sempurna seakan akan masa sekarang adalah masa yg rosak yg tidak ada lagi wanita yg berpegang pada prinsip agama.
Ibnu al hajj al maliki banyak membahas perkara ini. Beliau mendeskripsikan zaman sekarang adalah zaman yg telah terbakar sehingga segalanya panas dan rosak, di sana sini banyak terjadi keruntuhan moral ( ni ulamak ratusan taun dulu, zaman skrg lagi ler)
Sekian dimaklumkan....
No comments:
Post a Comment