Thursday, August 15, 2013

PUASA 6 VS OPEN HOUSE..

Kalu seseorang puasa qadho atau nazar atau puasa sunat lainnya di dalam bulan syawal apakah ia memperolehi pahala puasa sunat syawal atau tidak?

Sheikh ramli dlm kitab nya "nihayah" berkata : ia memperolehi pahala sunat syawal kalau tidak diqashadnya mengerjakan puasa sunat syawal itu sesudahnya, tetapi kalau diqashadnya mengerjakan puasa sunat syawal SESUDAH berniat qadho maka tidaklah mendapat pahala puasa sunat syawal, kerana dgn qashad yg seperti itu maka berubah dari puasa syawal.

Maka hendaklah dikejekan puasa sunat syawal sesudah habis puasa qadho kalu masih ada bulan syawal berbaki, kalu syawal dah abis maka sunat qadho puasa sunat syawal pada bulan dzulkaedah..

Jadik kena belajar betul2 bab agama nie, jgn duk ambik ustaz tenet jer nanti rugi tak dapat pahala...

Berapa ramai tak tau bab nie men post jer dapat cover sunat syawal jika buat qadho dan macam2 tafsiran lagi...

Pastu skrg sibuk open house makan tak henti henti... Puasa 6 tah kemana... Takkan sibuk sangat sampai tak sempat puasa sunat. Paling teruk takde niat pun sebab dia telah disalah fahamkan oleh ustaz2 bahwa, " ala sunat jer buat takpe tak buat tak dosa"
Nie ler hasil ustaz ustazah takde tuntut ilmu dgn guru mursyid dan bersanad, men faham agama ikut kepala hotak masing2!!!!

Kalu kereta tau plak nak ada aircond, radio, power window, power stering dan macam2 lagi, umah nak jugak ada tv, pagar, aircond meja kerusi!!! Kan sume tu jugak " SUNNAT!!!" TAKDE PUN TAKPE. Keta tetap bole jalan, rumah tetap bole tido....

PI RAAAHH!!!!

Sekian dimaklumkan....

No comments:

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH