Wednesday, August 7, 2013

Sunnah raya...

Sunat bangun sepanjang malam hari raya untuk kerjakan solah, baca quran dan zikrullah
Mahfum hadis:
Barangsiapa menghidupkan malam kedua hari raya, maka dihidupkan allah akan hatinya pada hari mati semua hati.

Dianggap sudah menghidupkan malam hari raya jika bangun lebih banyak dari tidur. (Tapi kalu bangun bakar lemang, tgok tv, pasang langsir tak masuk list ler)

Sunat mandi pd kedua hari raya. Bole mandi start tengah malam tapi yg terbaik sesudah terbit fajar.

Org yg berhaid jugak sunat mandi dgn niat mandi hari raya.

Sunat pakai wangian serupa macam adab hari jumaat.

Sunat bagi pompuan yg tua ( yg menopaus, yg dah tak menarik dah) pergi solah hari raya dan berjemaah syaratnya dgn memakai pakaian yg sederhana dan bersih dan makruh pakai wangian serta menghiasi diri.

Makruh pula pompuan yg lawa cantik walupun sudah tua pergi masjid.

Makruh pompuan2 muda pergi solah hari raya, maka mereka hendaknya bersolah di umah saje.

Sunat wanita yg tidak pergi solah hari raya menghiasi diri sebagai tanda bersuka ria.

Tidak bole wanita pergi solah tanpa izin suaminya.

Sunat pergi masjid awal2 pagi kecuali imam, sunat imam pergi bila solah akan didirikan.

Sunat pi solah berjalan kaki kalu mampu, time balik ikut jalan lain. Masa pi ikut jalan jauh, balik ikut jalan dekat

Sunat time raya adha imam pi masjid cepat dan mula solah cepat, sebab meluaskan waktu tuk sembelih binatang korban. Tapi sunat plak raya fitri imam pi lambat sebab nak bagi luas waktu mengeluarkan zakat fitrah.

Sunat makan dan minum pada hari raya fitri sebelum solah, tapi pada raya korban sunat tidak makan minum sebelum korban dan sunat makan hati binatang korban.

Sekian, dimaklumkan

1 comment:

Iman said...

selamat hari raya pakcik

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH