Bermula syurga itu delapan:
1. Darul Jalal, daripada lu'lu ( mutiara) putih.
2. Darus Salam, daripada ya'qut yg merah.
3. Jannatul Ma'wa, dari zabarjad hijau.
4. Jannatul Khuld, daripada marjan kuning
5.Jannatun Na'im, daripada perak yg putih.
6. Jannatul Firdaus, daripada emas merah.
7. Jannatu 'Adn, daripada mutiara putih.
8. Darul Qarar, tempat tinggal yg kekal.
Riwayat daripada Anas ra, drpd Nabi saw:
Telah menjadi Allah swt akan 'Adn dgn tangannya satu bata daripada mutiara yg putih dan satu bata daripada ya'qut yg merah dan satu bata daripada zabarjad yg hijau. Pagarnya kasturi, rumputnya za'faran, anak batunya lu'lu( mutiara) dan tanahnya 'anbar. Kemudian berfirman Nya baginya:
" berkata olehmu!"
Maka berkata ia:
Kemenangan lah orang yg mu'minun.( surah al mu'minun: ayat1)
Maka firmannya:
Demi kemuliaan Ku dan kebesaran Ku, tiada berjiran akan Daku pada engkau oleh orang bakhil.
1 comment:
Ya Allah, redhakan aku untuk mendapat nikmat Syurga Mu.
Post a Comment