Google+ Followers

Tuesday, August 18, 2009

Berita MasYhar


SATU KETIKA HADRAT AISYAH ر صي الله عنه TERINGATKAN JAHANNAM DAN MENANGIS. BAGINDA RASULULLAH صلى الله عليه و سلمBERTANYA, “APA HAL? KENAPA MENANGIS?” HADRAT AISYAH ر صي الله عنه MENJAWAB, “SAYA TERINGATKAN JAHANNAM, SEBAB ITU LAH SAYA MENANGIS. APAKAH TUAN AKAN INGAT KAUM KELUARGA JUGA PADA HARI ITU ATAU TIDAK?” RASULULLAHصلى الله عليه و سلم BERSABDA,“ADA TIGA MASA YANG MANA TIADA SESIAPA PUN AKAN INGAT SESIAPA.


SATU, KETIKA DIADAKAN NERACA UNTUK DITIMBANG AMALAN SEHINGGA DIA MENGETAHUI SAMA ADA AMALAN2 NYA YANG BAIK MENJADI BERAT ATAU TIDAK.

YANG KEDUA, KETIKA PENGUMUMAN DIBUAT, ‘MARI AMBIK BUKU AMALAN MASING2’ KETIKA ITU TIADA SESIAPA YANG AKAN INGAT SESIAPA SEHINGGA DIA MENGETAHUI SAMA ADA BUKU AMALAN DIA MENERIMA DENGAN TANGAN KANAN ATAU TANGAN KIRI DARI BELAKANG.

KETIGA, APABILA TITIAN SIRAT AKAN DILETAK DI ATAS JAHANNAM( DAN MESTI MELALUINYA) SEHINGGALAH SESEORANG ITU MENYEBERANGINYA DENGAN SELAMAT.

[ MISYKAAT]


HADRAT IBNU ABBAS ر صي الله عنه BERKATA, BAHAWA PADA HARI KIAMAT AKAN DIADAKAN PERHITUNGAN. SESIAPA YANG AMALAN BAIKNYA MELEBIHI WALAUPUN DENGAN SATU KEBAJIKAN SAHAJA. MAKA IA AKAN MASUK SYURGA. DAN SESIAPA YANG DOSANYA MELEBIHI WALAUPUN DENGAN SATU DOSA SAHAJA MAKA IA AKAN MASUK NERAKA. SELEPAS ITU MEMBACA AYAT,فمن ثقلت موازينه ‘MAKA SESIAPA YANG BERAT TIMBANGAN AMALANNYA(YANG BAIK),’[A’RAAF 8] DAN BERKATA BAHAWA NERACA TIMBANGAN AKAN MENJADI BERAT WALAUPUN LEBIH SATU BIJI. DAN SESIAPA YANG KEBAJIKAN DAN DOSA MENJADI SEIMBANG AKAN BERADA DI A’RAAF(ANTARA SYURGA DAN NERAKA).


HADRAT ALI ر صي الله عنه BERKATA BAHAWA SESIAPA YANG ZAHIRNYA LEBIH BAIK DRPD BATINNYA, MAKA NERACANYA AKAN JADI RINGAN DARIPADA SESIAPA YANG BATINNYA LEBIH BAIK DARI ZAHIRNYA.

HADRAT ANAS ر صي الله عنه MENUKILKAN SABDAAN BAGINDA RASULULLAH S.A.W. BAHAWA SATU MALAIKAT AKAN BERADA DEKAT TIMBANGAN NERACA. SESIAPA YANG TIMBANGAN AMALANNYA(AMALAN BAIKNYA) AKAN MENJADI BERAT, MALAIKAT AKAN BUAT PENGUMUMAN DENGAN SUARA DENGAN SUARA YANG BEGITU KUAT SEHINGGA SEMUA MAKHLUK AKAN DENGAR, BAHAWA SI FULAN BIN SI FULAN AKAN MENJADI BAHAGIA. DIA MENERIMA KEBAHAGIAN YANG SELEPASNYA TIADA KECELAKAAN. JIKA TIMBANGAN(AMALAN BAIK) SESIAPA MENJADI RINGAN MALAIKAT ITU AKAN MENGUMUMKAN DENGAN SUARA YANG SAMA KUAT BAHAWA DIA SUDAH MENERIMA KECELAKAAN DAN SEMUA MAKHLUK AKAN MENDENGARNYA.

DALAM BEBERAPA RIWAYAT MENYATAKAN BAHAWA NERACA ITU BEGITU BESAR SEHINGGA SEMUA BUMI DAN LANGIT SERTA APA YANG ADA DI ANTARANYA BOLEH DILETAK ATAS SEBELAH DACINGNYA SAHAJA.

DALAM SATU RIWAYAT TELAH DINYATAKAN SABDA RASULULLAH صلى الله عليه و سلم BAHAWA MALAIKAT SEBELAH KANAN YANG MENCATIT AMALAN KEBAJIKAN MANUSIA MERUPAKAN AMIR BAGI MALAIKAT SEBELAH KIRI YANG MENCATIT DOSA. APABILA SESEORANG HAMBA MENGERJAKAN SESUATU AMALAN BAIK, MAKA MALAIKAT SEBELAH KANAN MENCATIT SEPULUH KALI GANDA PAHALANYA. APABILA DIA MELAKUKAN SUATU DOSA MAKA MALAIKAT SEBELAH KIRI HENDAK MENCATIT DOSA ITU, TETAPI DIA MEMINTA IZIN TERLEBIH DAHULU DARI MALAIKAT SEBELAH KANAN YANG MERUPAKAN AMIR UNTUK MENCATIT DOSA TERSEBUT. MALAIKAT SEBELAH KANAN MENYURUH MALAIKAT SEBELAH KIRI SUPAYA TUNGGU 6 ATAU 7 JAM LAGI. JIKA DALAM MASA ITU HAMBA TERSEBUT BERTAUBAT MAKA TIDAK DIBENARKAN MENCATIT DOSA TERSEBUT. TETAPI, KALAU LAH DIA TIDAK BERTAUBAT DALAM MASA ITU BARU LAH DICATIT DOSA TERSEBUT.


[DURRE MANTHUR]

No comments:

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH