Google+ Followers

Tuesday, September 1, 2009

FiKiR MaTi...



IMAM GHAZALI BERKATA BAHAWA MASALAH MATI SANGAT BESAR TETAPI MANUSIA TIDAK BEGITU PEDULI TENTANG HAL ITU. BIASANYA KERNA KESIBUKAN DUNIA SESEORANG TIDAK DAPAT BERBINCANG HAL ITU.

PENULIS: BESA LA TU....KALU TANYA BEBUDAK KATANYA SIBUK NGAN MAIN. KALU TANYA STUDENT SIBUK NGAN ASSIGNMENT. KALU TANYA NGAN ORANG DEWASA SIBUK NGAN KEJE LAK. KALU TANYA ORANG TUA SIBUK NGAN CUCU LAK...MEMANG SIBUK MANUSIA NI KAN.........SIBUK...SIBUK..SIBUK...

KALU LA PERBINCANGAN DIBUAT PUN PASAL MATI NIH..TAK SERIUS LANGSUNG. BUAT LAWAK BANYAK LA. BINCANG PUN SETAKAT MULUT JER TAK MASUK DALAM HATI. PATUTNYA KENA CARI KAWAN DUK KAT SATU TEMPAT CONCERN AND FOKUS BETUL2 CITER BAB MATI NIH.

CUBA FIKIRKAN ORANG2 SEKELILING KITA ATAUPUN KAWAN2 YANG TELAH MENYAHUT SERUAN ILLAHI. MANA ANGAN2 MEREKA, CUBA BAYANGKAN WAJAH2 MEREKA DAN RANCANGAN2 MEREKA. MACAMMANA ANGAN2 MEREKA YANG KADANG2 MEMAKAN MASA BERTAHUN TAHUN UNTUK DIREALISASIKAN..MANA MEREKA SEKARANG...YER DUK DALAM KUBUR DIMAKAN ULAT ULAT. SILAP2 BOLE BUAT BAJA ORGANIK LAK..KADANG2 RANCANG NAK BUAT KENDURI ARWAH MALAM ARI, DITAKDIRKAN MALAM TU KENDURI ARWAH TUK DIRI SENDIRI. RANCANG BERTAHUN NAK BUAT KENDURI KAWIN...LAST2 JADIK PULA KENDURI ARWAH....NI SUME KENA FIKIR SECARA SERIUS SEBAB MALAIKAT MAUT SATU HARI 70 KALI ZIARAH KITA MEANS SEJAM DAH 2 KALI DIA JENGOK KITA LEBIH KURANG SETENGAH JAM SKALI......

"TIADA SESIAPA YANG MENGETAHUI KETIKA BILAKAH DIA AKAN MATI. DIA KUMPULKAN HARTA UNTUK HIDUP SERATUS TAHUN TETAPI TIDAK TAHU APAKAH AKAN BERLAKU DALAM MASA WALAUPUN SATU SAAT"


MANA BOLE KITA HAPPY2 KAT SHOPPING KOMPLEKS KER ATAU MANA2 TEMPAT PUN KALU DAH TAHU WARAN TANGKAP ATAS KITA TELAH DIKUARKAN DAN KITA SEDANG DICARI POLIS. KEMUDIAN SETELAH DITANGKAP KITA AKAN DIROTAN DENGAN 100 SEBATAN.
EMMMM KITA NIE KALU DAH TAHU WARAN TANGKAP KAT KITA DAH ADE RASENYA MAKAN PUN TAK LALU, TIDO PUN TAK LENA. MALANGNYA KITA SEDIA MAKLUM MALAKUL MAUT SENTIASA BERADA DI ATAS KEPALA KITA DAN KESAKITAN DAN KEKERASAN MATI YANG LEBIH PEDIH DARI BERIBU RIBU KALI SEBATAN AKAN MENIMPA KITA, TAPI KITA MASIH BUAT DAKKKKK JER....

INILAH KEJAHILAN DAN TIPUDAYA YANG AMAT SANGAT. BERANGAN KUAT SANGATTTTTTT......










1 comment:

NUR IMAN said...

pakcik saya suka yang ini =) syukran khatira... irhamna

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH