Monday, September 7, 2009

KaYu SuGi.....




SEMPENA RAMADAN MUBARAK NI PENULIS INGIN MENGHADIAHKAN KAYU SUGI TUK PEMBACA BUDIMAN SEMOGA DAPAT MENGHIDUPKAN SUNNAH.



PEMBACA YANG BERMINAT BOLE LA MENGEMAILKAN NAMA DAN ALAMAT KE EMAIL ANA.



SUME URUSAN ADALAH PERCUMA TERMASUK URUSAN POS.



AYA HAMBA FAKIR





Fadhilah Miswak (Kayu Siwak):“Menggunakan miswak menjadikan satu asbab kemudahan dalam sakaratul maut. Selalu menggunakannya akan memudahkan roh keluar dari jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba.” (Syarhus-Sudur)‘Aisyah r.ha. berkata bahwa: “Miswak (penggunaan secara tetap) dapat menyembuhkan penyakit kecuali mati.” (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)



“Empat perkara yang menambahkan kecerdasan yaitu meninggalkan percakapan sia-sia, menggunakan miswak, duduk di dalam majlis orang-orang soleh, dan duduk di dalam majlis para ulama”. (Thibbi Nabawi)





Allamah Ibn Dariq rah.a berkata, “Kebaikan yang terkandung di dalam penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap busuk naik dari perut ke arah mulut. Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya indera merasa atau kecapan. Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki perubahan yang terjadi pada indera perasa tersebut.”





Ali r.a. berkata bahawa: “Miswak mempertajamkan ingatan.”Subhanallah, Maha suci Allah… sungguh indah dan sempurna agama yang diturunkan-Nya, sungguh mulia hukum-hukum yang disyariatkan-Nya, karena tak ada satupun dari apa-apa yang diturunkan-Nya dan apa-apa yang diciptakan-Nya kecuali pasti ada manfaat dan hikmahnya. Kesempurnaan Islam ini benar-benar tiada bandingannya dibandingkan agama-agama lainnya. Diantara kesempurnaan Islam adalah syariat bagi ummatnya untuk menjaga kebersihan dan kesehatan, seperti kewajiban istinja’ setelah buang air, mandi janabat setelah junub, bahkan banyak sekali hikmah-hikmah syariat yang tersingkap dalam ajaran Islam yang telah dibuktikan oleh sains modern, seperti khasiat madu, habbatus sauda’ (jinten hitam), minyak zaitun hingga ‘si kayu ajaib’ siwak yang bermanfaat bagi kesihatan gigi dan gusi.





Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW. menetapkan penggunaan siwak sebagai sunnah beliau yang sangat dianjurkan, bahkan beliau bersabda :“Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi). Hal ini menunjukkan bahwa Rasulullah SAW. adalah orang pertama yang mendidik manusia dalam memelihara kesehatan gigi. …Tahukah anda bahwa bersiwak itu penting dalam Islam?Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda, “Jadikan bersiwak itu satu amalan, karena yang demikian (bersiwak) itu menyehatkan mulut dan merupakan sesuatu yang disukai Yang Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).





Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku niscaya aku menyuruh mereka bersiwak setiap kali hendak menunaikan sholat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).



Proses pencemaran proton pada gigiGigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasam untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak akan menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak bisa dibersihkan secara fisik seperti mencongkel, menggosok gigi dengan berus gigi dengan ubat gigi dan sebagainya.





Proses Gigi Mendapat Elektron Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berusaha untuk mengawal aktivitas biotik dan terhindar dari terjangkit kuman. Oleh karena itu, gigi yang disosok dengan kayu siwak (kayu sugi /malaysia) mempunyai kemampuan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada menyungkil atau menberus. Walaupun anda hanya menggosok beberapa gigi saja, elektron akan tersebar ke gigi lain yang bersebelahan apabila gigi tersebut bersentuhan atau rapat.Plak dibagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu siwak.





Dengan hanya menggosok dibagian depan gigi, bagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menanggalkan plak dengan sendiri, insyaAllah.Oleh karena itu, menggosok tidak perlu mencapai keseluruh permukaan gigi termasuk gigi belakang dan geraham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang tersebut perlu digosok karena elektron tidak mengalir dengan sempurna dari gigi depan.



Berus Gigi Linen atau Plastik
Terdapat berbagai berus gigi atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi. Mereka membuat berbagai teknik dan reka bentuk. Diantara teknik yang digunakan ialah seperti mesin getar, mesin yang memutar berus, pengurut gusi dari getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan berbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan berbagai bentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan sempurna.Berus yang dibuat dari linen atau plastik amat mudah memerangkap bakteri. Itulah sebabnya persatuan dokter gigi menyarankan agar berus gigi diganti setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rusak atau berusnya masih keras, tetapi ia sudah membahayakan kesehatan gigi.



Kerisauan yang berdasar..Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya (termasuk Indonesia) terjadi lonjakan barangan keperluan yang dibuat dari sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan pada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (2006),“Lazimnya berus yang dibuat dari bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus penggosok sajadah dan songkok, berus gigi dan berus cukur dikhawatirkan mengandung bahan haram ini.”Disaat umat Islam dilanda kebimbangan mengenai status barang halal, khususnya keperluan dalam menjaga kesehatan mulut, Nabi SAW. telah memberikan satu solusi yang terbaik sejak 1430M yang lalu. Pada zaman nabi telah terdapat berbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder, tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda SAW.





SEDIKIT INFO TENTANG SUGI....

'MENGAMBIL WUDUK DENGAN SEMPURNA' MAKSUDNYA IALAH KITA HENDAKLAH MENGETAHUI ADAB ADAB DAN SUNAT SUNAT WUDUK DAN MENGAMBIL BERAT MENGAMALKAN ADAB ADAB DAN SUNAT SUNATNYA KETIKA MENGAMBIL WUDUK.

MISALNYA BERSUGI IALAH SALAH SATU SUNAT WUDUK TETAPI KALU 10 ORANG KAT TEMPAT WUDUK NAK CARI SORANG BERSUGI PUN SUSAH CAM DAH PUPUS LAK AMALAN NI(BERSUGI BUKAN BERUS GIGI )

DIRIWAYATKAN DALAM SEBUAH HADIS BAHAWA SOLAH YANG DIKERJAKAN DENGAN BERSUGI ADALAH 70KALI LEBIH BAIK DARIPADA SOLAH TANPA BERSUGI.

DIRIWAYATKAN DALAM SEBUAH HADIS,"HENDAKLAH KAMU MENGAMBIL BERAT TENTANG BERSUGI, KERNA BERSUGI MEMPUNYAI 10 FAEDAH;
1)MEMBERSIHKAN MULUT.
1)MENJADI SEBAB KEREDHAAN ALLAH.
3)MENYEBABKAN SYAITAN MARAH.
4)ALLAH DAN MALAIKAT MENGASIHI ORANG YANG BERSUGI.
5)MENGUATKAN GUSI.
6)MENGHILANGKAN GELEMA.
7)MEWANGIKAN MULUT.
8)MENGHAPUSKAN SAFRA'(SEJENIS PENYAKIT).
9)MENGUATKAN PANDANGAN MATA.
10)MENGHILANGKAN BAU BUSUK MULUT"

SELAIN DARIPADA SEMUA KELEBIHAN DI ATAS BERSUGI ADALAH SUNNAH RASULULLAH. (MUNABBIHAT IBNI HAJAR)

PARA ULAMAK TELAH MENCATATKAN 70 KELEBIHAN BERSUGI. SALAH SATU FAEDAHNYA MATI BOLE MENGUCAP KALIMAH SYAHADAH...

MASA PENGGUNAAN SUGI:

1)KETIKA MAHU SOLAT.
2)KETIKA MAHU MENGAJI QURAN.
3)KETIKA MAHU BERSAMA ISTERI.
4)KETIKA MAHU TIDOR
5)KETIKA AMBIK WUDUK.
6)SELEPAS MAKAN.
7)SELEPAS BANGUN TIDOR.

CARA GUNA NANTI AKAN DISERTAKAN DALAM SAMPUL SURAT.

SEMOGA BERMANFAAT....










2 comments:

AsMa AmAnI said...

Salam... Bersugi tu guna kayu sugi tu kan? tapi saya tak tahu mcm mana nak guna? so boleh bg tahu tak macam mana nak guna...
sebab orang cakap kayu sugi ni bagus tapi tak de plak artikel yg ajar mcm mana nak guna.. that all... salam ukhwah

Anonymous said...

subhanallahhi wabihamdihi subhanallahhil azim...

alhamdulillah,
bru hri ni aku dpt amal sugi selama beminggu2 aku beli terus disimpan begitu shja,huh..

mungkin slpas aku mula start amal sugi nih mjadi sebab Allah redho.

lalu Allah jemput aku hadir ke rumah-Nya, (surau) ntuk aku solat isyak dgn cara yg ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah S.A.W yg mana Mahgrib aku telah dikalahkn oleh Syaitan(menjauhkan).

Jazaka Allah..

Moga kita sume dpt istiqomah amal sugi dlm khidupan sharian..

Doakan Ana...

HANZALAH ABDUL RAZAK AZAM KELUO 40 HARI BULAN DISEMBER, Insya Allah..

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH