Thursday, September 3, 2009

KiSaH MaTi......

UNTUK MENYEDAPKAN HATI PENULIS...MAKA PENULIS BERHENTI JAP MENULIS BAB SAKITNYA MATI SEBAB RASA TAKUT DAN NGERI LAK RASANYA…

MAKLUM LA PENULIS INSAN YANG BANYAK BERBUAT DOSA. DARIPADA DOSA YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT, YANG SEDAR DAN TAK SEDAR, YANG NAMPAK DAN TAK NAMPAK, YANG KECIK DAN YANG BESAR, YANG SENGAJA DAN TAK SENGAJA EMMM ALAHAI MALANGNYA NASIB PENULIS DI MASYHAR ESOK…….

JADIK UNTUK MEMUJUK HATI PENULIS YANG BERDOSA NIE…(PUJUK SENDIRI) MENCARI HARAPAN PADA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENGAMPUN, PENULIS TERINGAT KISAH2 KEMATIAN YANG DIREDHAI…MOGA2 ALLAH KURNIAKAN JUGAK NANTI KESUDAHAN YANG BAIK HUSNUL KHATIMAH PADA PENULIS YANG BERDOSA INI…Amin.

ADE 3 KISAH PERIHAL KEMATIAN YANG DUA DARIPADANYA BERLAKU SEKITAR KAMPUNG PENULIS SENDIRI.


KISAH YANG PERTAMA

IANYA BERLAKU PADA BAPAK KAWAN PENULIS SENDIRI SEKITAR 20 TAHUN DULU. MATI DALAM KEADAAN KETIKA BERSUJUD PADA PAGI SUBUH JUMAAT KETIKA JADIK IMAM. SUJUD RAKAAT TERAKHIR. ANAKNYA YANG JADIK MAKMUN TELAH BANGUN DARI SUJUD KERNA DIRASAKAN TERLALU LAMA DAN MENDAPATI KAKI BAPANYA YANG SEDANG SUJUD TU TELAH TERANGKAT. KEMUDIAN BELIAU DAPATI BAPANYA TELAH MENGHADAP ALLAH DALAM KEADAAN SUJUD. SURE HEBOH JUGAK KAMPUNG MASA TU. (KATANYA KUAR SURATKHABAR).

JENAZAH BAPANYA KETIKA DIURUSKAN PUN MASIH TERASA PANAS DAN LEMBUT CAM URUS ORANG TIDUR.(BIASANYA BILA NYAWA DICABUT BADAN AKAN JADI SEJUK DAN KEJANG)

EMMMMM…..APAKAH AMALAN BAPANYA??? ORANG BERTANYA PADA ANAKNYA…..JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH ANAKNYA TENTANG AMALAN BAPANYA BILA KITA DENGAR PUN JADIK TAK HERAN KALU DAPAT MATI DALAM KEADAAN SUJUD.

KATA ANAKNYA, BAPANYA MACAM DAH TAHU NAK MATI HARI TU SEBAB DIA KATA, NIE SUBUH LAST DIA SOLAT. KEMUDIAN BAPA DIA KATA SELEPAS NIE KAKAK HANG PULAK.( MEMANG BETUL SELEPAS TU KAKAK DIA PULAK YANG DIJEMPUT ALLAH)

INI DIA AMALAN BAPAK DIA…..SETIAP HARI BANGUN PUKUL SATU PAGI MENGAJI QURAN HINGGA KE SUBUH.

*PENULIS …………………………….NO KOMEN

KISAH YANG KEDUA

NI KISAH DALAM TAHUN 1986.PENULIS BARU JER JUMPA CUCU DIA KAT MASJID. TOK DIA MERUPAKAN KETURUNAN PAKISTAN DAN BERTUGAS SEBAGAI IMAM MASJID.
ANTARA SIFAT2 PERIBADI TOK DIA IALAH KURANG BERCAKAP HAL HAL DUNIA DAN BANYAK BERZIKIR. MENYIMPAN KERANDA DI ATAS BUMBUNG STOR TEMPAT DIA BERISTIREHAT.

SELEPAS BERSIHKAN KAWASAN MASJID ACAPKALI MEMANDANG KE ARAH KERANDA UNTUK MENGINGATI KEMATIAN.

SALAH SATU PERISTIWA YANG DISAKSIKAN SENDIRI OLEH RAKAN PENULIS TENTANG KELEBIHAN YANG ALLAH KURNIAKAN PADA IMAM NIE.(KISAH BENAR NI BUKAN REKA2).

PADA SATU PAGI KETIKA RAKAN PENULIS MEMASUKI MASJID UNTUK SOLAT SUNAT ISRAK, SEMASA ITU IMAM TERSEBUT SEDANG MENCABUT RUMPUT DI SEKITAR MASJID. DAN PADA MASA YANG SAMA SEEKOR ULAR TEDUNG MEMANGGUNG KEPALANYA PADA SI IMAM TADI. SUSPEN SUSPEN…..

APA YANG RAKAN PENULIS NAMPAK NGAN MATA KEPALA DIA SENDIRI (MMG LA TAKKAN PINJAM MATA ORG LAK KOT) IMAM TADI MENEPUK NEPUK KEPALA ULAR TEDUNG YANG TENGAH MEMANGGUNG TADI CAM TEPUK KEPALA KAMBING JER. MAKA ULAR TEDUNG TU TERUS BEREDAR BEGITU SAJA.RAKAN PENULIS KATA SEBELAH TANGAN TEPUK, SEBELAH LAGI PEGANG BUAH TASBIH SAMBIL BERZIKIR.

MASA IMAM TADI NAK MENINGGAL RAKAN PENULIS PUN ADE KAT MASJID. (RAKAN PENULIS NIE BAGUS SUKA LEPAK KAT MASJID). ANAK IMAM TADI DATANG KE MASJID(RUMAH IMAM SEBELAH MASJID) PANGGIL RAKAN PENULIS TENGOK AYAHNYA DAH NAZAK. KATA RAKAN PENULIS BILA DIA SAMPAI JER IMAM TADI DAH MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR. ISTERI DIA AMBIK KAIN DAN MENUTUPI JENAZAH IMAM TADI. SELESAI SAJE DIA TUTUP JENAZAH ARWAH SUAMINYA SI ISTERI TERUS JUGAK MENINGGAL DUNIA KAT SITU LER LER TU JUGAK. NI YANG AMAZING NIH….SAMPAI AKHIR HAYAT SEMPAT LAGI KHIDMAT KAT SUAMI DAN SEHIDUP SEMATI (YA ALLAH BERI LA ISTERI KU DARI JENIS CAMNI…aMin).

IMAM TADI DIKEBUMIKAN DENGAN KERANDA YANG DIA DOK SELALU TENGOK TU.
KEMATIAN MEREKA SUAMI ISTERI TURUT DISIARKAN FRONT PAGE(MUKA DEPAN) BERITA HARIAN


KISAH YANG KETIGA

MASIH ANDA SUME INGAT HADIS2 KELEBIHAN AMALAN SOLAT YANG DIBACA DI TV3 HINGGA SEKARANG NIE. CONTOHNYA ,“BERI LA BERITA GEMBIRA PADA MEREKA YANG PERGI KE MASJID DI MALAM YANG GELAP GELITA BAHAWA MEREKA AKAN DAPAT CAHAYA YANG SEMPURNA DI AKHIRAT KELAK.”


HADIS2 TENTANG KELEBIHAN ATAUPUN FADHAIL AMAL MASIH DIBACA DI TV3 HINGGA SEKARANG BIASANYA SETIAP KALI WAKTU SOLAT.

PENULIS NAK BAGITAU YANG PEMBACA DAN PELOPOR KEPADA PEMBACAAN HADIS2 TU DAH MENINGGAL DUNIA. DIA MENINGGAL DALAM MASJID DALAM KEADAAN SEDANG DUDUK MENDENGAR BACAAN HADIS2 KELEBIHAN AMALAN.

SETELAH SELESAI BACAAN HADIS, MEMBER KEJUTKAN DIA INGATKAN DIA TIDUR SAMBIL DUDUK RUPANYA ALLAH DAH JEMPUT DIA.SEMOGA ALLAH RAHMATI ROHNYA.

KISAH KE EMPAT( TAK MASUK LIST NIE)

KISAH KE EMPAT NI KISAH YANG BERLAKU PADA DIRI PENULIS SENDIRI KETIKA ADIK PENULIS MENINGGAL DUNIA…HUHUHU..
PADA PAGI HARI ADIK PENULIS MENINGGAL DUNIA, SETELAH BALIK DARI SURAU SOLAT SUBUH PENULIS BERASA SOMETHING WRONG WITH MYSELF. TAK DAPAT DIUNGKAPKAN DENGAN KATA KATA. CANNOT EXPLAIN WITHIN WORDS MAT SALLEH KATA. RASA TAK TENTERAM, TAK SELESA, TAK KERUAN, TAK KETAHUAN EMMM TAKTAU LAA…


PENULIS PUN SURUH MEMBER SETTLEKAN HAL KEJE (BAD TQ YER). PENULIS DENGAN LONGLAINYA MELANGKAH PERGI KE SURAU SEMULA MENCARI KETENANGAN. DALAM TAK KERUAN TU PENULIS TIDOR SAMPAI ZOHOR. LEPAS PENULIS AZAN ZOHOR THEN SOLAT JEMAAH NGAN PAK LANG(IMAM..KESIAN DAH UZUR DIA SKRG).

RUPANYA RASA TAK KERUAN TU TAK HILANG LAGI SO PENULIS BARING DALAM KEADAAN TU HINGGA TIBA WAKTU ASAR. LEPAS SOLAT ASAR BERJEMAAH PENULIS BACA BEBERAPA POTONG HADIS DAN PULANG KE RUMAH.

SAMPAI JER KAT UMAH, MEMBER BISING KATA SURUH BALIK KAMPUNG CEPAT ADIK PENULIS PARAH ACCIDENT. EMMM ALAHAI…MASA TU PERASAAN ALLAH JER YANG TAHU.

CALL KAMPUNG SUME TAK ANGKAT, CUBA TRY TEST CALL COUSIN, ISTERI DIA KATA MEMANG PARAH.HUHUHU………AMBIK BAS TERUS SAMPAI KAT PEKELILING, KUALA LUMPUR. SAMPAI JER KAT PEKELILING CALL LAGI…TERUS SEPUPU I CAKAP ADIK I DAH MENINGGAL……HUHUHU…

APE PERASAAN MASA TU??? SEBAGAI MANUSIA BIASA DAN SEBAGAI SEORANG ABANG PERASAAN SEDIH TAK USAH DICAKAP LAA..HUHUHU. TERASA PUTUS SUDAH KASIH SAYANG. KENANGAN HIDUP BERSAMA (ADIK I LAKI BEZA UMUR 2 TAHUN) DARI KECIK BERGADUH, BERGURAU, SUKA DUKA TERUS BERMAIN DI FIKIRAN DAN JIWA, MERUNTUN BETUI RASANYA.HUHUHU

APA YANG PENULIS BOLE BUAT HANYA LA BERSABAR…“DAN MOHON LA PERTOLONGAN DENGAN SABAR DAN SOLAH.” MASA TU PENULIS TERINGAT KISAH SAIDINA JAAFAR KALU TAK SILAP PENULIS LA, BILA DIBERITAHU KEMATIAN SAUDARANYA LANTAS DIA TURUN DAN SOLAT 2 RAKAAT. PENULIS CUBA AMALKAN TAPI TAKLEH SEBAB KAT STESEN BAS NAK AMBIK WUDUK DAN TEMPAT SUJUD PUN TADAK.

CUMA BILA SAMPAI RUMAH MAK SAUDARA NAK JOINT BALIK KAMPUNG PENULIS DAPAT SOLAT TAUBAT KHAS TUK ADIK PENULIS SEBANYAK BANYAKNYA….

SEBENARNYA PENULIS NAK CITER LAGI…TAPI TAKUT PEMBACA BORING LAK…KISAH CAMNO LAST PENULIS BERMIMPI JUMPA ARWAH ADIK PENULIS DAN TANYAKAN PADA DIA CAMNO LAYANAN ALLAH PADA DIA…

KALU PEMBACA NAK TAU KISAH SELANJUTNYA BAGITAU KAT RUANGAN KOMEN YER…
















7 comments:

Iman said...

SEBENARNYA PENULIS NAK CITER LAGI…TAPI TAKUT PEMBACA BORING LAK…KISAH CAMNO LAST PENULIS BERMIMPI JUMPA ARWAH ADIK PENULIS DAN TANYAKAN PADA DIA CAMNO LAYANAN ALLAH PADA DIA…


pakcik leh citerkan x

Anonymous said...

sambung la lg

Anonymous said...

sambung la..

Haslina Mohamad said...

Salam..
AL-FATIHAH untuk mereka..

Maflah nyibuk di sini.Tetarik membaca entri2 anda.Penyampaian yg penuh isi untuk menarik keinsafan.Tapi yg bestnya, dgn bahasa yg bersahaja dan seronok di bc..

Tahniah saudara..Teruskan pekerjaan murni ini.
Semoga Allah merahmati saudara..

Sy linkkan blog ni di blog sy..Mohon kebenaran ye.Sekadar nak berkongsi ilmu dgn saudara.

Haslina

Anonymous said...

Salam, dtg sini dari blog Azhar Jaafar. Apa sambungan seterusnya? Kalau boleh jadi alsebab dpt iktibar, boleh le bagitahu sambungannya ye..

Abu Umar

joeLabi said...

aisehh..da iklan la plak!!!
ngat tv je da iklan nie??
sambung cpt k..kang laptop nie lak arwah kena telan...
menarik gak cite nie!!!

Anonymous said...

nk tao...~~

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH