Tuesday, June 14, 2011

Pompuan Mati Katak (Siri 10)



Apa Citernya Percampuran Lelaki Perempuan Di Pusat Pusat Ipt

Emmm... Patutnya Digelar Pusat Pengajian Unisex Lagi Tepat. Usahlah Dibicarakan Pusat Pengajian Yg Menawarkan Bidang Logic Akal Spt Arkitek, Kejuruteraan Dan Sebagainya, Tetapi Marilah Kita Tgok Pusat Pengajian Yg Menawarkan Bidang2 Keagamaan Seperi University Islam, Kolej Islam Atau Lain2 Pusat Pengajian Yg Berlabel Islam. Sumenya Hampeehhh..... Sumenya Campur Bercampur Antara Student Laki Dan Pompuan Sama Jugak 2 X 5 Dengan Lecturenya.

Pencampuran Pelajar Laki Pompuan Nih Secara Sedihnya Aku Katakan Telah Masuk Dlm Otak Orang Islam Dan Bole Diterima Pakai Oleh Sume Orang. La Nie Sampai Tadak Langsung Orang  Yg Nak Bercakap Bab Nie. Tak Dengaq Dah Suara Bantahan Atau Demo Yang Mengatakan Bahawa Campur Laki Pompuan Nie Haram Hukumnya.

Peliknya Kat Masjid2 Buka Kitab Kata Tgok Pompuan Tutup Aurat Pun Haram. Plak Tu Bila Anak Laki Pompuan Dah Besar Pun Takleh Tido Sekali Dalam Satu Bilik Kena Asingkan. Tapi Bab Nie Buat ‘Sepi’ Jer Dan Pandang ‘Sipi’ Jer.  Sume Otak Dah Kena ‘Karen’ Ngan Politik Yahudi Wal Kristian. 24 Hidup Jam Orang Kafir Sampai Lupak Cara Islam. Yg Maintain Jaga Tertib Nie Cuma Pondok2 Agama Jer.  Tu Sb Ustaz Keluaran Pondok Walau Tadak Degree Dunia Tapi Pengajian Mereka Diberkati... Dan Member Kesan Pada Orang Yg Dengar. Yg Belajar Cara Moden Nie Ilmu Banyak Laaa.... Tapi Amal Hampeh..!!! Bab Bab Degree Nie Pun Aku Bukan Berkenan Sangat Pun.. Nie Sume Dakyah Kafir Yahudi Nasrani.  Mereka Rancang Begitu Halus.. Buat Tertib Kalu Nak Keje Gaji Besaq Kena Masuk Sekolah Dan Pusat Pengajian Yg Mereka Beri Iktiraf. Kalu Setakat Sekolah Pondok Mmg Tak Laku La.... 

Tapi Bila Belajar Kat Tempat Kafir Nie Kena Ikut System Kami Laa...
Mesti Ade Assignment.. Kena Buat Grouping...Pulak Tu Mesti Campur Laki Pompuan Group Tu. Satu Group, Kongsi 2 Laki, 2 Pompuan Yer.... Baru La Semangat Skit Buat Tugasan.( Yor... Setan Nafsu La Yg Semangat Sangat Tu...) Sekali Tu Aku Tgok Bukan Main Semangat Ustaz Dan Ustazah Kacau Gulai Nak Jamu Orang Asli Makan Time Bulan Pose Lepas. ‘Kukeh..Kukeh Gelak...’ Pandai Betui Ustaz Buat Lawak Sampai Nak Putus Urat Perut Ustazah Gelak.... Nie La Kesannya Bila Time Belajar Pun Dah Biasa Campur Laki Pompuan.

Pencampuran Laki Pompuan Time Belajar Nie Ataupun Co-Education Diwujudkan Kerna Mereka Menganggap Tiada Perbezaan Dari Segi Jiwa Jasmani Antara Lelaki Pompuan Nih. Mmg Nafsu Menguasai Akal Mereka Yg Turut Berkongsi Pandangan Camtu!!! Abis Tu Nanti Kat Umah Suruh Jer Anak Dara Kau Kongsi Bilik Dgn Anak Teruna Korang...Apa Nak Risau..Lagipun Adik Beradik Membesar Bersama Sama Dari Kecik.

Tu Sebab Bila Pompuan Duk Kat Luar Skrg Dah Hilang Rase Malu N Segan. Selamba Jer Sembang Dgn Laki. Mana Belajar Nih? Lor Mana Lagi... Belajar Kat Sekolah N Unirversiti Laa... Kisah2 Wanita Solehah Dianggap Lagenda Dan Tak Sesuai Lagi Diamalkan Zaman Skrg. Bagaimana Kisah Anak Pompuan Said Al Musaiyib Yg Masuk Umah Husband Dia Sampai Terjatuh Dek Kerna Malu. Kerna Selama Hidup Tidak Pernah Berbual, Melihat, Bercampur Atau Membuat Sebarang Hubungan Dgn Sebarang Lelaki Bukan Mahram. Begitu Jugak Mak KePada Sheikh Abdul Qadir Jailani.

Meletakkan Anak2 Dara Ke Pusat2 Ipt Yg Bercampur Aduk Laki Pompuan Tak Kira La Sama Ada Pelajar Pompuan Dan Laki Atau Pensyarah  Berlainan Jantina Seolah Olah Kamu Mengurung  Ayam Bersama Sama Dengan Musang. Berapa Lama Sangat Musang Tu Bole Tahan... Walaupun Musang Berjanggut!!!

Walaupun Tulisan Aku Nie Tidak Dibaca Oleh Pocik2 Dan Mocik2 Kerna Buta It, Tetapi Tetap Disantap Oleh Anak2 Muda. Golongan Nie Sebenarnya Ramai Yg Tak Tau Strategi Yahudi N Nasrani. Sebuah Syair Yg Amat Terkenal Dan Selalu Disyairkan Kita Sejak Kecik Lagi... Lebih Kurang Begini Bunyinya :

Tuhan Ku…Aku Tidak Lah Layak Untuk Syurgamu….﴿
Tapi Aku Tidak Mampu Menahan Panas Api Nerakamu 
﴿
Cuba Study Balik Kisah Di Sebalik Lagu Tu… Bagaimana Kisah Seorang Pemuda Yg Terperangkap Dlm Sebuah Bangsal Ketika Hujan Lebat Bersama Sorang Pompuan. Hingga Dia Membakar Jari Dia Pada Unggun Api Supaya Ingatkan Panas Api Neraka, Takut Dia Beringinan Terhadap Pompuan Tersebut.
Sekarang Cuba Tgok Hati Masing2 Ade Rasa Dosa Tak Bila Sembang Bebas Dgn Student Jantan. Selemah Iman Benci Dlm Hati.

Kamu Bercita Cita Syurga Yg Sama Dengan Mereka, Malangnya Jalan Yg Kamu Ambik Jalan Ke Neraka!!!

Bersambung.....Siri Akan Datang..


7 comments:

hidayu samsudin said...

pocik..ini perempuan mati katak(siri 10) ler...kui,kui

Unknown said...

hidayat betul...hahaha

doa kan sya..

fuad ansari said...

T_T

keet said...

jenjalan + folo sini :)

RuMaH TuA said...

Allah...
Sentap...

PrinCeSS SnoW said...

mohon share entry2 kamu ya . tq .

Zaujah Shamsul Baharin said...

salam. Sy setuju dgn penulis. Bukan setakat di sekolah n ipt je. Dlm pertubuhan pertubuhan islam pun sma. Sy ni dah byk join jemaah. Tp boleh dikatakan semuanya bercampur lelaki n wanita. Masa tu sy x berapa nak faham soal ni, sy fikir betul. Bayangkan kami naik kereta bersama lelaki2 bukan muhrim yg jg ahli jemaah utk pi dengar ceramah. Lawak x? ALLAH.... Jahilnya sy masa tu. Sehinggala sy berkahwin dgn seorg karkun n mula bergiat dgn usaha ni baru sy faham. Tiada yg indah tertibnya seindah tertib usaha ini....

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH