Saturday, February 4, 2012

Camno Aku Bole Terjoint Tabligh...... (Siri 1)

Kalu Aku Tak Lupak La...., Dalam Tahun 1996 Ketika Pratikal Di Sebuah Syarikat Swasta Kat Kuala Lumpur.  Taman Apa Ntah Aku Dah Lupa. Tapi Berdepan Ngan Kilang Calsberg Di Petaling Jaya. Kat Company Aku Keje Tu Ada La Bilik Kosong Satu Ataupun Nak Kata Stor Pun Bole Jugak. Berselerak  Barang2 Dlm Bilik Tu. Nak Tido Pun Suspens.

Satu Ketika Sambil Duk Usha2 Line Nak Tido, Tiba2 Aku Ternampak Cam Sebuah Buku Atas Lantai....So Aku Ambik La Buku Tu. Rupa2nya Kitab Agama. Tahun 1979 Punya Cetakan. Dah Kuning Kertasnya. Cis.... Kurang Asam Punya Manusia, Main Campak Atas Lantai Jer Kitab Nih. Dalam Tu Dah La Ade Ayat Quran. Aku Nie Waktu Tu Baca Quran Pun Bukan Kata Merangkak..Meniarap Rasenya....,Tapi Bila Tengok Tulisan Arab Nie Kira Sensitive Jiwa Aku Nie. Kira Mulia La Kiranya Bagi Aku Tulisan Arab Nih.

Pernah Skali Masa Kecik2 Aku Tengok Tulisan Khat Arab Bentuk Manusia Duduk Tahiyat Tu.., Aku Anggap Tuhan Huhuhhu. Punya La Mulia Tulisan Quran Nie Bagi Aku... Nie Main Campak2 Lak. Ini Sudah Lebih. Jadik Aku Pun Dengan Hematnya Menatang Kitab Tu Dengan Niat Nak Bawak Balik Rumah. Dlm Hati Kecik Berkata La Plak..., “Eh...Bukan Nama Mencuri Ker Nie. Mesti Ada Tuannya.Aahhh Kira Aku Nak Muliakan Kitab Nie Kira Ok La Daripada Org Letak Atas Lantai.” Suara Kecik Yg Satu Lagi Menzihin Aku.
                                                                                                 

3 comments:

Iman said...

salam....sambungan nyer

Iman said...

apa yg m'buatkan pakcik nak citer kisah nih

Intan Mazzuin said...

seterusnya?

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH