Google+ Followers

Wednesday, April 18, 2012

DAhsyatnya Neraka.....!!!!

Bagaimanakah Neraka Serta Ahlinya (siri 03)

Abul-Laits Meriwayatkan Dengan Sanadnya Dari Abu Hurairah R.A. Berkata: "Nabi Muhammad S.A.W Bersabda: "Allah Memanggil Malaikat Jibril Dan Menyuruhnya Melihat Syurga Dengan Segala Persiapannya Untuk Ahlinya, Maka Ketika Kembali Berkata Jibril: Demi Kemuliaanmu, Tiada Seorang Yang Melihatnya Melainkan Ia Akan Masuk Kedalamnya.

Maka Diliputi  Syurga Dengan Serba Kesukaran,Dan Menyuruh Jibril Kembali Melihatnya, Maka Kembali Melihatnya, Kemudian Ia Berkata: Demi Kemuliaanmu Saya Khuatir Kalau-Kalau Tiada Seorangpun Yang Masuk Ke Dalamnya.

Kemudian Disuruh Melihat Neraka Dan Semua Yang Disediakan Untuk Ahlinya, Maka Kembali Jibril Dan Berkata: Demi Kemuliaanmu Tidak Akan Masuk Ke Dalamnya Orang Yang Telah Melihatnya.

Kemudian Diliputi Neraka Dengan Kepuasan Syahwatnya, Dan Diperintah Supaya Kembali Melihatnya Kemudian Setelah Dilihatnya Kembali, Berkatanya: Saya Khuatir Kalau Tiada Seorangpun Melainkan Akan Masuk Ke Dalamnya."

Juga Nabi Muhammad S.A.W Bersabda: "Kamu Boleh Menyebut Tentang Neraka Sesukamu, Maka Tiada Kamu Menyebut Sesuatu Melainkan Api Neraka Itu Jauh Lebih Ngeri Dan Lebih Keras Daripadanya."

Abul-Laits Meriwayatkan Dengan Sanadnya Dari Maimun Bin Nahran Berkata: "Ketika Turun Ayat (Yang Berbunyi) Wa Inna Jahannam Lamau'iduhum Ajma'in (Yang Bermaksud) Sesungguhnya Neraka Jahannam Itu Sebagai Ancaman Bagi Semua Mereka. Salman Meletakkan Tangan Di Atas Kepalanya Dan Lari Keluar Selama Tiga Hari Baru Ditemuikannya.

Begitulah Keadaan Sahabat Nabi Saw.., Bila Diceritakan Azab Neraka Maka Mereka Fikir Mereka Lah Ahlinya. Berbeza Dgn Kita Yg Relax Jer  Tak Rasa Apa2. Dikatakan Salman Al Farisi Telah Lari Menyorok Dlm Sebuah Lubang Kerna Terlampau Takutkan Neraka Dan Mengenang Nasibnya....

Yazid Arraqqasyi Dari Anas Bin Malik R.A. Berkata: "Jibril Datang Kepada Nabi Muhammad S.A.W Pada Saat Yang Tiada Biasa Datang, Dalam Keadaan Yang Berubah Mukanya.

Maka Ditanya Oleh Nabi Muhammad S.A.W: "Mengapa Aku Melihat Kau Berubah Muka?"

Jawab Jibril: "Ya Muhammad, Aku Datang Kepadamu Pada Saat Dimana Allah Menyuruh Supaya Dikobarkan Api Neraka.

Maka Tidak Layak Bagi Orang Yang Mengetahui Bahawa Neraka Jahannam Itu Benar, Siksa Kubur Itu Benar, Siksa Allah Itu Terbesar Untuk Bersuka-Suka Sebelum Ia Merasa Aman Daripadanya."
Lalu Nabi Muhammad S.A.W Bersabda: "Ya Jibril, Jelaskan Kepadaku Sifat Jahannam."

Jawabnya: "Ya, Ketika Allah Menjadikan Jahannam Maka Dinyalakan Selama Seribu Tahun Sehingga Merah, Kemudian Dilanjutkan Seribu Tahun Hingga Putih, Kemudian Seribu Tahun Sehingga Hitam.

Maka Ia Hitam Gelap, Tidak Pernah Padam Nyala Dan Baranya. Demi Allah Yang Mengutuskan Engkau Dengan Hak, Andaikan Terbuka Sebesar Lubang Jarum Nescaya Akan Dapat Membakar Penduduk Dunia Semuanya Kerana Panasnya.

Cuba bayangkan api neraka nie berwarna hitam dan menjerit jerit kegeraman pada bakal2 ahlinya. Dalam neraka juga api diberi keizinankan bercakap. Marah teramat marah pada ahli2 neraka hingga neraka itu hampir pecah kerna kemarahan neraka sendiri...

Apa kata neraka? Begini katanya..  Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. Hampir-hampir ia pecah berkecai-kecai kerana kuat marahnya.”

Sebab apa marah sangat...??? sebab kat dunia bila orang datang bagi ingatan buat2 tak layan atau buat2 tak dengar atau tak suka nak dengar. bertanyalah penjaga-penjaga Neraka itu kepada mereka: Tidakkah kamu pernah didatangi seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran (di dunia dahulu)?
Emmm... aduhai nasib......

Demi Allah Yang Mengutuskan Engkau Dengan Hak, Andaikan Satu Baju Ahli Neraka Itu Digantung Diantara Langit Dan Bumi Nescaya Akan Mati Penduduk Bumi Kerana Panas Dan Baranya.

Demi Allah Yang Mengutus Engkau Dengan Hak, Andaikan Satu Pergelangan Dari Rantai Yang Disebut Allah Dalam Al-Quran Itu Diletakkan Diatas Bukit Nescaya Akan Cair Sampai Kebawah Bumi Yang Ketujuh.

Demi Allah Yang Mengutusmu Dengan Hak, Andaikan Seorang Di Hujung Barat Tersiksa Nescaya Akan Terbakar Orang-Orang Yang Dihujung Timur Kerana Sangat Panasnya.

Jahannam Itu Sangat Dalam Dan Perhiasannya Besi Dan Minumannya Air Panas Campur Nanah Dan Pakaiannya Potongan Api. Api Neraka Itu Ada Mempunyai Tujuh Pintu, Tiap-Tiap Pintu Ada Bahagian Yang Tertentu Dari Orang Laki-Laki Dan Perempuan."



1 comment:

Nugroho Ardi Cahyono,S.Pi.M.eng said...

ditunggu folow balik
saya folow blog ini 1382, ditunggu folow di
http://perpustakaandinaskelautandanperikanan.blogspot.com/

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH