Google+ Followers

Wednesday, April 4, 2012

DAhsyatnya Neraka.....!!!!

Bagaimanakah Neraka Serta Ahlinya (siri 02)

Abul-Laits Meriwayatkan Dengan Sanadnya Dari Abdullah Bin Amr R.A. Berkata: "Orang-Orang Neraka Memanggil Malaikat Malik Tetapi Tidak Dijawab Selama Empat Puluh Tahun, Kemudian Dijawabnya: "Bahawa Kamu Tetap Tinggal Dalam Neraka." Kemudian Mereka Berdoa (Memanggil) Tuhan: "Ya Tuhan, Keluarkanlah Kami Dari Neraka Ini, Maka Bila Kami Mengulangi Perbuatan-Perbuatan Kami Yang Lalu Itu Bererti Kami Zalim." Maka Tidak Dijawab Selama Umur Dunia Ini Dua Kali, Kemudian Dijawab: "Hina Dinalah Kamu Di Dalam Neraka Dan Jangan Berkata-Kata."

Demi Allah Setelah Itu Tidak Ada Yang Dapat Berkata-Kata Walau Satu Kalimah, Sedang Yang Terdengar Hanya Nafas Keluhan Dan Tangis Rintihan Yang Suara Mereka Hampir Menyamai Suara Himar (Kaldai).

Qatadah Berkata: "Hai Kaumku, Apakah Kamu Merasa Bahawa Itu Pasti Akan Terkena Pada Dirimu, Atau Kamu Merasa Akan Kuat Menghadapinya. Hai Kaumku, Taatlah Kepada Allah S.W.T. Itu Jauh Lebih Ringan Bagi Kamu Kerana Itu, Taatilah Sebab Ahli Neraka Itu Kelak Akan Mengeluh Selama Seribu Tahun Tetapi Tidak Berguna Bagi Mereka, Lalu Mereka Berkata: "Dahulu Ketika Kami Di Dunia, Bila Kami Sabar Lambat Laun Mendapat Keringanan Dan Kelapangan.

Maka Mereka Lalu Bersabar Seribu Tahun, Dan Tetap Siksa Mereka Tidak Diringankan Sehingga Mereka Berkata: Ajazi'na Am Sobarna Malana Min Mahish (Yang Bermaksud) Apakah Kami Mengeluh Atau Sabar, Tidak Dapat Mengelakkan Siksa Ini.Lalu Minta Hujan Selama Seribu Tahun Sangat Haus Dan Panas Neraka Maka Mereka Berdoa Selama Seribu Tahun, Maka Allah S.W.T. Berkata Kepada Jibril: "Apakah Yang Mereka Minta?". Jawab Jibril: "Engkau Lebih Mengetahui, Ya Allah, Mereka Minta Hujan." Maka Nampak Pada Mereka Awan Merah Sehingga Mereka Mengira Akan Turun Hujan, Maka Dikirim Kepada Mereka Kala-Kala Sebesar Kaldai, Yang Menggigit Mereka Dan Terasa Pedih Gigitan Itu Selama Seribu Tahun. Kemudian Mereka Minta Kepada Allah S.W.T. Selama Seribu Tahun Untuk Diturunkan Hujan, Maka Nampak Mereka Awan Yang Hitam, Mereka Mengira Bahawa Itu Akan Hujan, Tiba-Tiba Turun Kepada Mereka Ular-Ular Sebesar Leher Unta, Yang Menggigit Mereka Dan Gigitan Itu Terasa Pedihnya Hingga Seribu Tahun, Dan Inilah Ertinya: Zidnahum Adzaba Fauqal Adzabi. (Yang Bermaksud) Kami Tambahkan Kepada Mereka Siksa Diatas Siksa.

Kerana Mereka Dahulu Telah Kafir, Tidak Percaya Dan Melanggar Tuntutan Allah S.W.T., Kerana Itulah Maka Siapa Yang Ingin Selamat Dari Siksaan Allah S.W.T. Harus Sabar Sementara Atas Segala Penderitaan Dunia Didalam Mentaati Perintah Dan Menjauhi Larangan Allah S.W.T. Dan Menahan Syahwat Hawa Nafsu Sebab Syurga Neraka Diliputi Syahwat-Syahwat.

Seorang Pejungga Berkata: "Dalam Usia Tua Itu Cukup Pengalaman Untuk Mencegah Orang Yang Tenang Dari Sifat Kekanak-Kanakan, Apabila Telah Menyala Api Dirambutnya (Beruban). Saya Melihat Seorang Itu Ingin Hidup Tenang Bila Dahan Pohon Telah Menguning Sesudah Hijaunya. Jauhilah Kawan Yang Busuk Dan Berhati-Hatilah, Jangan Menghubunginya Tetapi Bila Tidak Dapat, Maka Ambil Hati-Hatinya, Dan Berkawanlah Pada Orang Yang Jujur Tetapi Jangan Suka Membantah Padanya, Engkau Pasti Akan Disukai Selama Kau Tidak Membantah Kepadanya. Berkawanlah Dengan Orang Bangsawan Dan Yang Berakhlak Baik Budinya."

Maka Siapa Yang Berbuat Baik Pada Orang Yang Tidak Berbudi Bererti Ia Telah Membuang Budi Itu Ke Dalam Laut. Dan Allah S.W.T. Mempunyai Syurga Yang Selebar Langit Tetapi Diliputi Dengan Kesukaran-Kesukaran.

6 comments:

fuad ansari said...

insaf jugak rasanya..

memang benar..
kena banyakkan cakap perkara2 ghaib..
baru dapat kesan yg baik pada hati..

akuhuduh said...

NAK BETULKAN HATI, KENA BETULKAN LIDAH...

BETULKAN LIDAH KENA BETULKAN CAKAP...

NAK CAKAP APA?

TERBAEK CAKAP MAHFUM KALIMAH DAN PERKARA IMANIYAT... :)

siti noorhajar binti mohamed saufi said...

salam..hey nice blog! follow mine ^_^

http://penhijaupenpink.blogspot.com/

rara91 said...

:)

Anak Pendang Sekeluarga said...

kata Syiekh Yusof rah"apa yang kamu hendak wujudkan dlm diri kamu,hendaklah kamu cakapkan(dakwah) perkara tersebut"

qina said...

Ya Allah..entry banyak menyedarkan.
nice entry :)

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH