Friday, March 14, 2014

Mengumpat Berpahala???

Kerna politik mengumpat jadik halal!!!
Kerna politik dedah aib sesama seislam jadik halal!!!

Wah...hebat dan mulia ilmu Ustaz2 yg kuarkan fatwa camtu. Mulia akhlak
orang2 yg mengatakan mengumpat dedah aib nie islam suruh!!!

Yang follower pun ikut jer sb Ustaz tu pandai cakap Arab!!! ( Abu Jahal lagi expert Arab)

Bila tanya dalil...set2 ustaz nie kata kias dari hukum dibenarkan mengumpat diambik dlm bab Meminang. Wah....hebat ilmu diorang hingga dah sampai tahap mujtahid ( hafal 300 ribu hadis dgn sanad) hingga layak kuarkan fatwa baru.

"Ehh ehh kau nie, jumud ler. Kan Rasul saw sendiri berpolitik!!"
Perrhh siap jual nama Nabi saw plak walau akhlak jauh macam langit dgn bumi!!!

Bila tanya kitab bab bencana lisan karangan Hujjahtul Islam Al Imam Ghazali dah baca belum sengeh jer...maklum ler ustaz2 diaorang pun sama level mujtahid jugak.

Bila tanya seerah Nabi saw bab melarang sahabah mengumpat dah baca belum atau Sekurang2nya pernah dengar tak ustaz2 mujtahid korang syarah bab nie sengeh jugak..!!!

Alloh sendiri HARAMKAN kita dedah aib kita, macammana pulak kita boleh halalkan dedah aib orang!!!??

Owh...lupak plak aku..Ustaz2 mujtahid pandai arab kuarkan fatwa. Takpelah walau bercanggah dgn kehendak dan akhlak rasul saw.

AIB = AURAT. DEDAH AURAT AKU HARAM,TAPI DEDAH AURAT SAUDARA SEISLAM USTAZ2 MUJTAHID AKU KATA TAKPE... ISLAM SURUH( WALUPUN TAKDE DALIL NABI SAW MENGUMPAT HATTA ABU JAHAL N KRONI)

Aurat zohir tubuh badan. Aurat batin amalan buruk seseorang.

Ehh ehhh teringat plak ayat Quran "jangan kamu Intai buruk saudara kamu"
Surah apa tu? Ler patut la ngumpat, surah apa pun tak tahu. Kalu rajin ngaji sebulan skali lintas ayat tu.
Takpelah aku bagi jugak rujukan ayat tu. Surah hujurat dlm ayat 12

Tapi ustaz2 mujtahid bole tafsir ayat tu kot len...tu UNTUK orang len UNTUK mashalahat umum bole!!! ( gilerr.. Kitab tafser menda rujukan???)

Hukum Kias berlaku bila takde dalil quran hadis sahabah dll, tapi ustaz2 kami hebat pandai cakap arab so boleh over rule sume tu!!!

Kalu betui pun nak tegur, Alloh sendiri dah ajar dlm Quran.
Firaun sape tk kenal zolimnya hingga nama nya pun ketua samseng tak sanggup pakai!!! Tapi Musa as yg garang tu diperintahkan jumpa Firaun dgn bercakap lemah lembut.
Ada jugak dlm Quran citer nie. Takkan tak tau plak. Nk kasi reference jugak ker? Kata ahli Quran dan sokong Islam???

Ada baca ka hadis2 bab mengumpat nie? Baca abes ker? Ker ustaz2 mujtahid tak pernah bacakan hadis nie depan korang??

Takpelah aku taip mana larat

Dr Ibnu Abi Syaibah dan ath Thabrani dr Ibnu Mas'ud ra, katanya:
Kami berada disamping Rasulullah saw ketika seorang lelaki tiba2 berdiri dan seorang lelaki lain mengata ngata lelaki itu. Maka Rasulullah saw bersabda kepada lelaki yang mengata ngata itu,
"Bersihkan diri mu dan bertaubat lah."
Tetapi lelaki itu berkata, "Untuk apa saya membersihkan diri saya?"
Jawab Rasulullah saw,
"SESUNGUHNYA kamu telah memakan daging saudara kamu " (at Targhib)

Angin ribut pun takleh ngumpat walu dia angkat bumbung umah.

Binatang pun takleh diumpat.

Menjeling pun dikira mengumpat.

Dr Ibnu Saad dr Zaid bin Aslam, ia berkata:
Rasulullah saw sedang jatuh sakit yg membawa kewafatan beliau. Lalu para isteri beliau berkumpul di sekelilingnya.
Safiah bin Haiy berkata: "Wahai pesuruh Alloh! Aku suka sekali sekiranya akulah yang menanggung sakit engkau ini."
Lalu isteri2 baginda yang lain MELIRIK ke arahnya. Rasulullah saw sempat melihat tingkah laku mereka .
Rasulullah saw bersabda kepada mereka, "berkumur kumurlah kalian!"
"Mereka bertanya untuk apa kami berkumur kumur Wahai Rasulullah?"

Jawab Rasulullah saw, "Sebab kalian telah MENJELING ke arah Safiah. Demi Alloh! Dia telah berkata benar."

Yg terpenting Nabi saw tak ngumpat!!!
Nabi saw dan sahabah tak ngumpat Hindun yg mamah hati saidina Hamzah.

Dan kamu claim kamu politik cara Nabi saw???
Nie ler fitnah paling besar. Kamu jual nama Nabi saw ku demi kepuasan nafsu politik kamu!!!

Tobat tobat tobat....

Kusampaikanwaluayah

2 comments:

Anonymous said...

pretty nice blog, following :)

Unknown said...

Cmne tah nk bwt usaha kt ustaz2.. mcm tuan xpe la ok lg bole hafal hadis2.. ana ni ape pn xtaw.. tp Allah swt dh pilih kuar, kena la bwt jgk. Mahalah ana ramai ustaz. 13 org dalam satu taman. Gigil gk nk bwt usaha kt surau. Baca taklim pn takot2 kalo tersilap. Ape lagi nk tasykil... perghhh....

I TELL YoU

My photo
Alamat di no.75, Titian Sirat,Simpang Neraka 1500 Jalan Iman,Kampung Jannah. Nama aku Abdullah bin Adam. Mendapat pendidikan awal di sekolah rendah Roh. Relax jer kat sekolah tu..tadak peksa pun. Kemudian di hantar sambung blajar kat Sek Men Dunia. Sini tak abis2 peksa dan ujian. Assignment pun banyak. Emmm taktau la sukses ke tidak. Masalahnya Lecture aku dah kasi soalan bocor just aku jer buat dakkk je. Malas study lagi kononnya peksa jauh lagi. Kena Encik Izrael buat kuiz mengejut baru padan ngan muka aku...wa..waa..waa. Nanti penggal pertama nak kena peksa kat Dewan Kubur. Penggal Kedua Peksa Kat Majlis Bandaran Masyhar plak. Lepas tu baru la leh tgok mana nak sambung blajar kat U syurga ker atau U neraka ker

kitab haidistihadahnifas

don't follow me....follow la allah swt dan rasul saw.

BerZina Lebih MuDah DaRi BerNiKaH